Kekal Bertenaga dan Fokus Dengan Codi Cafe
Rutin ulang alik dari Senawang ke KL memang memenatkan. Tapi itulah yang uncle perlu hadapi dalam usaha memaksimumkan simpanan kewangan dan dalam masa yang sama bagi meluangkan lebih masa bersama keluarga tercinta sementara masih di beri peluang.
Pada yang dah lama baca blog uncle zuan, pasti dah tau yang uncle adalah traveler yang berulang dari Senawang ke KL dengan menaiki kemudahan awam. Jika dulu selama lebih 2 tahun uncle menaiki KTM Komuter, harini uncle naik bus pula. Saja tukar angin hehe…
Jadi bila dah penat dengan kerja dan traveling, mesti kena dapatkan semula tenaga. Uncle pilih untuk kembalikan tenaga uncle dengan secawan Codi Cafe pada sebelah malam selepas uncle pulang dari kerja.
Menurut kajian oleh Harvard Medical School pada 2009, tabiat minum kopi setiap hari dapat meningkatkan tahap prestasi diri.
Kebaikkan Pengambilan Kopi
- Mengurangkan risiko kanser, terutamanya kanser kolon.
- Meningkatkan fungsi sistem penghadaman.
- Mengurangkan risiko penyakit jantung.
- Mengurangkan risiko penyakit Parkinson.
- Mengurangkan masalah pembentukan penyakit batu hempedu.
*sumber Harvard Health Publications, Harvard Medical School, 2006
Banyak sebenarnya kan khasiat kopi ni, sebab tu ramai orang suka minum kopi. Ramai orang minum kopi bukan semata-mata sebab kopi sedap, pada yang sedar akan kebaikkan kopi, pasti memilih untuk minum kopi untuk kebaikkan pengambilan kopi itu sendiri.
Codi Cafe
Pada pengemar kopi, uncle perkenalkan Codi Cafe, kopi pracampur dengan Cordyceps.
Codi Cafe merupakan pilihan terbaik bagi minuman pagi korang. Ia diperbuat daripada kopi Arabica yang kaya dengan aromanya dan ditambahkan pula dengan Cordyceps. Codi Cafe sesuai mencergaskan minda korang setiap pagi bagi menghadapi semua cabaran mendatang!
Selain Codi Cafe, Codi Belle juga adalah produk yang berasakan Cordyceps
Keunikkan Codi Cafe
- Gabungan kopi arabica dengan kultur Cordyceps yang telah dipatenkan.
- Rendah kalori (88Kcal setiap hidangan) menjadikan Codi Cafe sesuai untuk pengurusan berat badan.
- Tidak mengandungi sebarang sumber haiwan seperti kebanyakkan produk lain.
Sebelum ni kalau uncle banyak ambil kafien, akan jadi masaalah yang uncle akan nervous tak tentu pasal. Tah apa hal, tiba tiba rasa tak sedap je hati ni. Tapi Alhamdulillah, dengan pengambilan Codi Cafe, masalah tu tak ada lagi. So kalau korang ada maslah yang sama macam uncle, boleh cuba la Codi Cafe. 😀
Uncle sangat cadangkan korang cuba kopi ni sebab cuba sekali pasti nak lagi hehehe. Uncle dah amalkan mengambil Codi Cafe sejak sebelum bulan Ramadhan yang lepas lagi. Dan sehingga sekarang, uncle dah kurangkan minum kopi lain selain dari Codi Cafe. Tapi kalau dah tak ada sangat je baru uncle layan kopi lain hehe.
Nota Kaki: Ramai orang rasa kita kena kaya kalau nak ada gaya hidup yang di ingini, pada uncle, kita tak perlu kaya untuk ada gaya hidup yang di ingini. Pandai rancang kewangan, inshaAllah kita akan dapat gaya hidup yang di idamkan.
boleh celen kopi super powerrr… hehe
zik recently posted…Keputusan penuh perlawanan piala malaysia suku akhir pertama 24.11.2015
memang menarik kalau pekena sambil layan belajar coding php ni
zool recently posted…Ganti Spek Mata, Belajar Coding PHP, Buat Banner Majlis Perasmian dan Ekspo Rumah Mampu Milik
rasanya kalau pekena codi cafe sambil buat coding, makin power coding tu hehe
Uncle Zuan recently posted…Tarikkan di PD Ostrich & Pets Show Farm
MV pun layan codi cafe ni sebab dapat hadiah dari teamh DH, memang sedap tau
Noriza Rahman recently posted…Pengambilan Vitamin E, Zink dan Multivitamin diambil Serentak?
hehe terbaik kan kopi dia. klu dah habis tu, order la banyak banyak lagi. 😀
Uncle Zuan recently posted…Tarikkan di PD Ostrich & Pets Show Farm
aku memang suka minum kopi.
kopi codi ni je tak try lagi.
titan recently posted…21 Amalan Menjemput Jodoh dalam masa TERDEKAT
haaa kena order tu bro. klu nak order ngan aku pun boleh hehehe
Uncle Zuan recently posted…Tarikkan di PD Ostrich & Pets Show Farm
Bukan Pengemar Coffee Tapi Ada masanya Layan Jugakk Huhuhu
shedaucu recently posted…Refarm Kampar Tempat Best Untuk Mandi Manda Bersama Keluarga
hehe kalau tak gemar kopi, akan jadi pengemar kopi kalau pekena kodi kafe ni
Uncle Zuan recently posted…Tarikkan di PD Ostrich & Pets Show Farm
Rendah kalori, jangan tambah susu atau gula, nanti bertambah pula kalori. Hehe..
ringantangan recently posted…Kenali nyamuk Aedes, cegah denggi
hehe memang takkan tambah la susu atau gula. makin tak sedap jadinya kang
Uncle Zuan recently posted…Tarikkan di PD Ostrich & Pets Show Farm
Uncle Zuan… mai pekena secawan kopi jap… dapat juga hilangkan dahaga sambil membaca blog uncle Zuan…
anuar recently posted…Perkembangan Contest SEO Terbaik 2015
hehe nak free, jemput datang rumah 😀
Uncle Zuan recently posted…Tarikkan di PD Ostrich & Pets Show Farm