Keju Baru.. Misi Tetap Sama

Share

Den diminta untuk kongsikan pengalaman di tempat kerja baru oleh seorang sahabat. Dia masih dalam pengajian. Ingin lihat dunia sebenar pekerjaan sebelum memulakan langkah pertama. Den cuba kongsikan siang malam yang den alami.

Bemula dengan temuduga pada satu Ramadhan yang lepas, den terus dapat tawaran bekerja di dalam sebuah bank tempatan. Tak perlu la rasanya dedahkan maklumat company den bekerja sekarang, cukup lah sekadar maklumkan nature of business. Pekerjaan biasa sahaja yang ditawarkan, tapi den cukup gembira kerana matlamat den sudah di dalam satu perjalanan. Den berniat ingin belajar dan mengasah skill yang den lemah. Kerana skill itu sangat den perlukan untuk 5 hingga 15 tahun akan datang. Ini bermakna den sudah ada satu matlamat untuk 15 tahun akan datang. Nasihat den pada fresh grad, pastikan matlamat jangkamasa panjang anda jelas, jangan fikirkan sangat matlamat jangkamasa pendek. Dan jangan nak fikirkan sangat dengan status penanam anggur.

white collar

Bebalik kepada kerja baru den, tawaran gaji yang di tawarkan biasa sahaja walaupun pekerja bank. Ia mungkin cukup jika tinggal di desa pada pendapat den, jika hidup di bandar perlu hidup di bawah kemampuan sebenar. Tapi den tak kesah mengenai tawaran gaji, biarlah kecil, asal den dapat apa yang den inginkan. Satu lagi nasihat pada fresh grads, jangan terlalu fikir pasal gaji kerana ia mungkin akan merosakkan visi sebenar anda.

Suasana tempat kerja seperti ‘kampung melayu’, jumlah pekerja melayu mendominasi melebihi kaum lain. Dapatkan kenalan rapat adalah plan awal den untuk selesakan diri di tempat baru. Den cuba menikmati ‘cheese‘ baru. Terima kasih atas nasihat Dr Spencer Johnson, den tiada masalah untuk membiasakan diri dengan environment baru ini. Ia sedikit berbeza dengan dunia IT yang pernah den masuk. Seperti yang den sedia maklum, tak semua yang kita belajar di U akan kita praktikkan di dunia pekerjaan. Pada fresh grad, sentiasa bersedia untuk menikmati ‘new cheese‘. Dan jangan terlalu memilih kawan, kawan je dengan semua orang. Musuh tu mungkin yang paling berguna untuk kita nanti.

Teknik Menjawab Soalan Temuduga

Penat adalah perkara normal. Den setiap hari travel dari Senawang (KTM Senawang) ke Plaza Pantai (LRT Kerinchi) yang mana total masa perjalanan lebih kurang 1 jam 40 minit. KTM dah seperti rumah ke 2 kerana den banyak menghabiskan masa dengan tidur dan membaca buku di dalamnya. Ramai tertanya kenapa den tak menyewa di area Lembah Klang. Jawapan den masih sama seperti dulu, den enjoy travel dan save money. Plus den tak ada soul untuk tinggal di bandar besar. Untuk orang yang baru nak bina kerjaya dan masih belum ada keluarga sendiri, travel adalah satu option bagus untuk jimat duit. Bila kita sedar jumlah yang kita dapat jimat at the end of the day, penat tu akan hilang dengan sendiri, sebaliknya kepuasan mula kita rasai.

kl city view

Tekanan kerja. Ia sentiasa ada jika tak enjoy kerja tu. Secara jujur pada awal den sangat enjoy cheese baru ni. Tapi ada beberapa ketika, sedikit goyah. Tapi kemudian kembali semangat selepas di push secara lembut oleh team leader dan beberapa buku motivasi yang dibaca di dalam train. Den nasihatkan supaya banyak baca buku dan blog. Ia adalah sumber motivasi yang bagus kepada kita.

Rahsia Resume Superstar Dibongkar

Keep good relation with everyone. Pada pendapat den, adalah sangat bagus untuk sentiasa kekalkan good relation dengan co-worker. Walaupun mungkin ada yang tidak puas hari (biasa la, Melayu. Ada je perasaan dengki dan tak puas hati dengan orang lain) kita keep calm je. Jangan terikut dengan rentak orang. Keep the good working ethics.

Jika anda baru kerja seminggu atau sebulan di tempat kerja, dan mula merasakan yang ia tidak sesuai dengan anda, atau merasakan ia tidak bagus apa kata teruskan sahaja instead dari berhenti kerja. Sebulan adalah jangkamasa yang sangat singkat untuk menilai yang ia bukan kerja untuk kita. Cuba stay untuk sekurang-kurangnya 6 bulan. Ia mungkin lama, tapi ia adalah masa yang bagus untuk menguji sejauh mana kita boleh pergi.

Ok, sampai sini je dulu den kongsi pasal pengalaman tempat kerja den. Di masa akan datang mungkin lagi banyak kisah menarik boleh den kongsikan.

Akhir kata:

Keep Calm And Earn More Income

Zuan

Share
Comments
  1. Hero Borneo
  2. Introducer maybank
  3. Hafizul
    • Zuan
  4. hazman aka species1980
  5. encikarman
  6. Mohd Shubhi
    • Zuan
  7. pahan
  8. Khairul Zamri
  9. ema
    • Zuan
  10. Lizz
  11. schaze zainn
  12. encikarman
  13. titan
  14. Nizam Ijam
  15. papa mifz
    • Zuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge