Kami Juara Cabaran Nescafé Tarik Mana Mana
Pada 26 November lepas, bertempat di Pasar Seni KL, uncle bersama rakan blogger lain telah turut serta dalam cabaran NESCAFÉ® Tarik Mana Mana yang telah dianjurkan oleh pihak Nescafé Malaysia.
Cabaran ni ala-ala ‘amazing race’ yang pertama kali uncle join. Dah lama wo uncle teringin nak join cabaran macam ni, dan alhamdulillah dapat jemputan dari pihak Nescafé .
Sebab pertama kali join cabaran macam ni, uncle terlebih excited dan energetic! hehe
Dah pernah try Nescafé Tarik? Memang rasa macam minum kat kedai mamak kan?
Cabaran Nescafé Tarik Mana Mana
Baik, cabaran Nescafé Tarik Mana Mana ini dianjurkan khas untuk mempromosikan produk terbaru Nescafé iaitu Nescafé Tarik. Cabaran ini berkonsepkan amazing race yang mana para blogger yang turut serta dalam cabaran ini dikehendaki melengkapkan tugasan yang ada di setiap checkpoint.
Ada 5 tugasan yag diperlu dibuat di 6 checkpoint. Setiap tugasan mesti ada gambar dan video yang kemudiannya perlu dihantar kepada juri untuk diberi markah.
Blogger yang hadir dibahagikan secara rawak kepada 5 kumpulan; iaitu Kuning, Biru, Hitam, Putih, dan Merah.
Satu team ada 4 orang. Malangnya team warna hitam hanya 3 orang je sebab ada blogger yang gagal hadirkan diri disaat akhir.
Uncle dapat team warna kuning.
Tugasan pertama kami; Kami dikehendaki membuat tarian singa untuk lepas cabaran ini sebelum proceed ke cabaran ke-2. Pertama kali kami buat lion dance. Susah juga nak buat. Tapi kami berjaya juga!
Tugasan ke-2 kami, kami dikehendaki ke Kasturi Walk dan mengambil gambar sedang membuat gimik Nescafe tarik sebijik macam dalam model Nescafe tarik yang ada di tin.
Cabaran ke-3 kami di Clock Tower, Jalan Medan Pasar.
Cabaran ni banyak sikit tugasan diberi. Kami perlu ambil gambar gunakan props yang ada. Memandangkan kami ada 4 orang, jadi setiap seorang perlu ada 1 gambar bersama props, dan satu gambar kumpulan.
Kami memang suka bergambar, jadi macam-macam gaya la yang keluar hehe.
Cabaran ke-4. Cabaran mannequin di stesen LRT Masjid Jamek. Kami diminta membuat aksi keras seperti anak patung sementara kami dirakamkan untuk 30 saat dengan latarbelakangkan musik.
A video posted by Muhammad Syazwan Norhalik (@unclezuan11) on
Selesai cabaran ke-4, kami teruskan perjalanan ke UTC Pudu bagi menyahut cabaran ke-5.
Cabaran ni menguji social skill kami dalam berinteraksi dengan orang awam.
Kami diminta selfie bersama dengan orang awam sambil memegang tin minuman Nescafe Tarik.
Alhamdulillah, semua orang awam yang kami jumpa sporting.
Selesai semua tugasan, kami diminta ke final stop iaitu di Merchant’s Lane yang terletak di Petaling Street.
Kami bernasib baik sebab jadi yang pertama tiba ke final stop. Yeah!
Video Nescafe Tarik Mana Mana Challenge
Berdebar-debar juga tunggu keputusan juri sampai nak makan pun tak ada selera nak makan juadah yang disediakan.
Kami diberitahu yang juara bukan ditentukan dengan siapa dahulu yang sampai ke final stop, ia ditentukan dengan kreativiti kami mengambil gambar dan video bagi setiap tugasan yang diberikan.
Dan Juara Jatuh Kepada;
Sejujurnya kami tak jangka sangat menang cabaran ni. Masing-masing cuma nak manfaatkan masa hujung minggu bergembira bersama rakan blogger yang lain.
Secara keseluruhan, cabaran ni memang menarik dan penuh interaktif. Setia cabaran yang ada uncle lihat boleh dikaitkan dengan jenama dan rasa Nescafe itu sendiri.
Tahniah dan terima kasih kepada pihak Nescafe kerana menganjurkan cabaran seperti ini kepada kami blogger.
Untuk apa-apa update terkini mengenai initiatif #TarikManaMana dari pihak Nescafé , boleh rujuk di laman web www.nescafe.com.my.
10,875 total views, 22 views today
About Author
Uncle Zuan
Seorang 'hantu burger' yang mula menulis blog sejak tahun 2009 dan telah menggunakan nickname 'Uncle Zuan' dalam dunia social media. Banyak berkongsi pengalaman travel, gaya hidup dan pendapat peribadi kepada pembaca.
asyik menang je korang ni.. hahah
nikkhazami recently posted…Lazada Online Revolution: Apa yang Best?
hehehe rezeki, alhamdulillah 😀
Uncle Zuan recently posted…Buffet Istimewa di Swiss-Garden Hotel Sempena Kedatangan Xmas dan Tahun Baru
Tahniah Uncle Zuan..memang semangat berpasukan betul tengok keceriaan tu hehe
Elih Japahar recently posted…Komisen Kedua InvolveAsia Bulan November 2016
ya betul, seronok dapat team yang sporting 😀
Uncle Zuan recently posted…Buffet Istimewa di Swiss-Garden Hotel Sempena Kedatangan Xmas dan Tahun Baru
wahhh.. macam bestnya event santai..
AbgferOz recently posted…Akibat Suka Menyibuk
aah santai je event ni. memang best
Uncle Zuan recently posted…Buffet Istimewa di Swiss-Garden Hotel Sempena Kedatangan Xmas dan Tahun Baru
hoho.. tahniah ankel. dapat satu carton nescafe tarik lah hadiahnya.. hehehe.. bak mai sikit
nurmisnan recently posted…Minyak herba asmak wajib ada disetiap rumah anda
hehe tak dapat satu carton nescafe, tapi dapat voucher membeli belah 😀
Uncle Zuan recently posted…Buffet Istimewa di Swiss-Garden Hotel Sempena Kedatangan Xmas dan Tahun Baru
wahh..
takniah beb sebab jadi juara.
ohcikgu recently posted…Bila orang kata kerja CIKGU nih senang..
yeah, thanks bro 😀
Uncle Zuan recently posted…Buffet Istimewa di Swiss-Garden Hotel Sempena Kedatangan Xmas dan Tahun Baru
Tahniah. Semoga telah mencapai kejayaan seterusnya.
alhamdulillah, thanks bro 🙂
Uncle Zuan recently posted…Buffet Istimewa di Swiss-Garden Hotel Sempena Kedatangan Xmas dan Tahun Baru
Hebat lah uncle zuan, boleh buat gaya macam-macam sambil selfie dengan orang ramai. Tahniah
Noriza Rahman recently posted…Bapa Anak 2 Bebas dari Penyakit Penapis Buah Pinggang Bocor tanpa Melakukan Ujian Biopsi
hehe hebat lagi team-mate saya yang sporting-sporting semuanya 😀
Uncle Zuan recently posted…Buffet Istimewa di Swiss-Garden Hotel Sempena Kedatangan Xmas dan Tahun Baru
wahh, bestnyaa and tahniah sebab juara
Ira recently posted…10 Tips Tingkatkan Imun Sistem Di Musim Hujan
yeah! memang best cabaran macam ni.
terima kasih ya 😀
Uncle Zuan recently posted…Buffet Istimewa di Swiss-Garden Hotel Sempena Kedatangan Xmas dan Tahun Baru
wah, tahniah uncle!!!
siti hazreen recently posted…Permohonan Kemasukan Program Tamidhi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2017
thanks 😀
Uncle Zuan recently posted…Buffet Istimewa di Swiss-Garden Hotel Sempena Kedatangan Xmas dan Tahun Baru
Dah lama tak join aktiviti macam ni… Masa sekolah dulu rajin juga join aktiviti mencari harta karun….
Lepas tu masa buat program-program fasilitator pun rajin juga buat aktiviti macam ni… Tapi dah lama tak buat dah… Bila baca artikel ni ada idea nak buat program-program macam ni balik..
Anuar recently posted…Promosi Buku Travel Masa Cuti Sekolah (Tengah Murah Sekarang ni!)
Tahniah… Sebab group Uncle jadi juara..
Anuar recently posted…Promosi Buku Travel Masa Cuti Sekolah (Tengah Murah Sekarang ni!)
nice. moga dapat hidupkan balik aktiviti riadah yang sihat macam ni 😉
Uncle Zuan recently posted…Buffet Istimewa di Swiss-Garden Hotel Sempena Kedatangan Xmas dan Tahun Baru