Kafeteria Aunty Tartlets Bukan Hanya Jual Tarts
Seremban 2 dah makin meriah dengan tempat makan yang best-best yang sudah pasti telah menarik perhatian kaki jalan-jalan cari makan. Salah satu tempat makan best yang dah masuk dalam senarai tempat makan best uncle adalah Aunty Tartlets Cafe.
Terletak di Pusat Dagangan Seremban 2, berdekatan dengan Mydin Mall Seremban 2, Aunty Tartlets Cafe pasti buatkan anda yang pertama kali datang tak tau nak order apa sebab bukan tarts je yang ada di jual di sini.
Ada pelbagai pilihan menu makanan yang ada di sini, daripada pelbagai jenis pilihan tarts, pastri, muffin, brownies, cake, cupcakes, donut, sandwich, cookies, pasta, dan nasi lemak!
Pelbagai jenis tarts, sandwich, cream puff, macaroni, dan tak ketinggalan nasi lemak adalah antara menu utama di Kafe Aunty Tartlets
Semua jenis menu yang ada di atas di jual pada harga yang competitive. Tak mahal sangat, tak murah sangat. Tapi yang pasti, anda akan puas hati dan tersenyum lebar lepas makan kat sini sebab sedap-sedap makanan kat sini.
Aunty Tartlets juga sedia menerima tempahan kek dari pelanggan yang mana pelanggan boleh order kek seawal 3 hari. Kenapa 3 hari? Sebab Aunty Tartlets kafe hanya jual sliced kek sahaja. Nak full kek, kena la order awal hehe.
Set yang jadi rebutan di pagi hari, Nasi Lemak + Teh O Ais. RM1.50 je. Bukan Nasi Lemak kosong okay, nasi lemak menggunakan beras basmati, ada sambal, ada telur, ada ikan bilis, ada kacang. Teh O Ais dia pun cawan besar. Memang sedap dan berbaloi sangat-sangat pada harga dia. kredit gambar IG @kitepunye
Dekorasi dalaman Aunty Tartlets kafe yang cukup selesa. Siap ada sediakan free WiFi kepada pelanggan yang datang. Sangat sesuai untuk sesi mengeteh di petang hari atau borak santai di sini.
Jadi, kalau dah sampai Seremban tu, jangan lupa singgah Aunty Tartlers Cafe yang hanya tutup pada hari Isnin, dan setia menunggu ketibaan pelanggan seawal 9 pagi sehingga 7 malam.
Alamat: Aunty Tartlets Cafe No. 173, Jalan S2 B22, Pusat Dagangan Seremban 2 Seremban, Negeri Sembilan
Follow Instagram @Aunty_Tartlets, dan Facebook AuntyTartlets173 untuk usya apa lagi menu best yang ada kat Aunty Tartlets Cafe.
12,036 total views, 1 views today
Boleh dicoba nih kak ^_^
Smoga pertengahan tahun ini bisa kesana hehehe
Memang menarik tempat makan ni, nampaknya adalah tempat best nak lepak kalau ke seremban 2 lepaa nih
Suatau saat nanti ingin mampir di kafetarianya, pengen coba makanan enak 😀
Terbaiklah harganya, semoga segera ada rejeki 😀
mantap, kapan-kapan saya bakalan mampir nih, semoga aja ada kesempatan…
salam kenal mas
Adam Pecinta Coffee recently posted…Jual Green Coffee dan Kopi Hijau Berkualitas
memang selalu ronda s2 nie..port lepak kadang2..hehe..tp xpernah pergi g dekat kafeteria aunty tartles,,
Macam macam ada. Tak pernah sampai lagi Seremban 2 ni, nanti ada rezeki boleh lah ke sana.
nanti saya ke seremban saya hello uncle belanja ya
Raihanah Ahmad recently posted…7 Cara Atasi Psoriasis Dengan Selamat
inshaAllah, kalau uncle ada dalam kawasan uncle payung ye 😀
Uncle Zuan recently posted…Kelebihan dan Kekurangan Kamera Aksi GoPro Hero 4 Silver
Sedap2 la. Macam2 ada rupanya, lapar rasa tengok makanan tue.
uncle tak rasa lagi semua makan kat Aunty Tartlets, tapi setakat apa yang uncle rasa setakat ini, sedap sedap belaka 😀
Uncle Zuan recently posted…Kelebihan dan Kekurangan Kamera Aksi GoPro Hero 4 Silver
WoW! Marvellous… Sedapnye… Lapar rasa…
LeYa recently posted…Karnival PeaceYall.FM di Dataran Ayer Keroh Melaka
haaa apa lagi, datang singgah Aunty Tartlets 😀
Uncle Zuan recently posted…Kelebihan dan Kekurangan Kamera Aksi GoPro Hero 4 Silver
Banyak jual tarts jela ni ye
tarts banyak. makan lain lain pun banyak. senang cerita macam-macam ada hehe
Uncle Zuan recently posted…Kelebihan dan Kekurangan Kamera Aksi GoPro Hero 4 Silver
tak tahan mata yang memandnag bak sikit makana itu hulur sini..
kalau boleh di hulurkan, saya hulurkan. lebih baik akak suri datang sendiri ke aunty tartlets merasa makanan di sana. lagi fresh dan lagi sedapppp 😀
Uncle Zuan recently posted…Kelebihan dan Kekurangan Kamera Aksi GoPro Hero 4 Silver
naama memang catchy. dan presentation kedai (signboard ) pun nampak menarik.terbaik
oh pt3 recently posted…Pentaksiran Tingkatan 3 PT3 Ada Berapa Subjek?
betul. branding dia memang bagus!
Uncle Zuan recently posted…Kelebihan dan Kekurangan Kamera Aksi GoPro Hero 4 Silver
Nasi lemak + air tes ais baru RM1.50? Peh. Ini berita gembira dizaman gawat macam ni. Murah dan berbaloi 🙂
itulah memang terbaik harga tu
Raihanah Ahmad recently posted…Apakah Anti Penuaan dan Kepentingannya
betul tu. bayangkan kalau ada di jual dekat dengan kawasan pejabat. walahhhh. hot sell punya!
Uncle Zuan recently posted…Kelebihan dan Kekurangan Kamera Aksi GoPro Hero 4 Silver
terliur pulak tengok gambar makanan yang terhidang tu…hhiihih
ni baru terliur tengok gambar ek. kalau dah terhidu bau macam mana la pulak tu kan hehe
Uncle Zuan recently posted…Kelebihan dan Kekurangan Kamera Aksi GoPro Hero 4 Silver
lapar la pula tetiba tengok gambar
Wan Zawawi recently posted…Zaptor Performance Voltage Stabiliser Memang Terbaik !!!
ni baru gambar. belum sedut bau lagi hehe
Uncle Zuan recently posted…Kelebihan dan Kekurangan Kamera Aksi GoPro Hero 4 Silver
Dah dekat dengan rumah nie.. akan terjah dalam masa terdekat.. tq for info
Afif Rayyan recently posted…Dia Semanis Honey
dok kat area Seremban juga ya? nice
Uncle Zuan recently posted…Kelebihan dan Kekurangan Kamera Aksi GoPro Hero 4 Silver
Yup.. kat taman tuanku jaafar
Afif Rayyan recently posted…Tonton Dan Download Ada Apa Dengan Cinta 2 Full Movie
oic. nanti boleh la ‘mengopi’ exchange idea 😀
Uncle Zuan recently posted…Kelebihan dan Kekurangan Kamera Aksi GoPro Hero 4 Silver
Lapar pula tengok makanan tue. ^_^
Fyna recently posted…Blog Komputer Dan IT
hehe apa tunggu lagi, datang la terjah aunty tartlets 😀
Uncle Zuan recently posted…Kelebihan dan Kekurangan Kamera Aksi GoPro Hero 4 Silver
next bawa DN makan kat sini tau…. ^_^
deq noor recently posted…Phuket Weekend Market (Naka Market)
boleh boleh. nanti boleh buat meeting kat sini 😀
Uncle Zuan recently posted…Kelebihan dan Kekurangan Kamera Aksi GoPro Hero 4 Silver
nampak semua sedap2, ala kenapalah kat seremban pulak
Raihanah Ahmad recently posted…3 Sebab Anda Perlukan Minyak Ikan dan Kebaikan Untuk Semua
haha seremban is the best kot! tak jem! hehe takkan nak KL.
Uncle Zuan recently posted…Kelebihan dan Kekurangan Kamera Aksi GoPro Hero 4 Silver
Sedap nye heee lapar juga rasanya , menu yang disajikan pun tidak begitu mahal
ican mori recently posted…Kerajinan Tangan Unik dan Cantik yang Bisa Anda Coba di Rumah
Sedap nye heee lapar juga rasanya ….
ican mori recently posted…Kerajinan Tangan Unik dan Cantik yang Bisa Anda Coba di Rumah
Nak pergi seremban 2 la macam ni, boleh uncle belanja makan tart banyak2
Noriza Rahman recently posted…5 Hari Terindah Lalui Cabaran Detoks dan Clean Eating
hehe boleh! tapi kena roger awal awal. last minit tak layan hehe
Uncle Zuan recently posted…Kelebihan dan Kekurangan Kamera Aksi GoPro Hero 4 Silver
rasa nak makan tart la lepas nie..
tempat makan begini macam best dan santai je…
mrhanafi recently posted…Telco Wafy Mobile Terlajak Jimat
relax bila lepak kat sini. kawasan tak busy. makanan sedap sedap.
Uncle Zuan recently posted…Kelebihan dan Kekurangan Kamera Aksi GoPro Hero 4 Silver
aku tunggu hang belanja aku makan tarts nih ehh..
titan recently posted…Simpan duit anda dengan SSPN-i PLUS
haha mai la seremban 2, aku belanja.
Uncle Zuan recently posted…Kelebihan dan Kekurangan Kamera Aksi GoPro Hero 4 Silver
Sedap la spaghetti aglio olio tu.. tu belum rasa cake rainbow tu..
semua kat aunty tartlets sedap sedap belaka hehe
Uncle Zuan recently posted…Kelebihan dan Kekurangan Kamera Aksi GoPro Hero 4 Silver
Murah tu harga nasi lemak + teh o ais..Kena usha kedai ni nanti kalau ke Seremban 2..Tq UncleZuan for the info!
jida recently posted…3 sebab kenapa saya suka buat bisnes online ?
sama-sama. selamat menjamu selera in advance 😉
Uncle Zuan recently posted…Kelebihan dan Kekurangan Kamera Aksi GoPro Hero 4 Silver
Haihh, lepas aku da blah dari Seremban 2…makin best pula kat area sana…dulu takde apa2 sangat kot kat situ…hehe
Ezad Skytech recently posted…Pertempuran Captain America v Iron Man Di Sunway Pyramid
aah, dulu aku datang sini pun lepak mamak je kot. haha
sekarang ni dah macam-macam boleh buat
Uncle Zuan recently posted…Kelebihan dan Kekurangan Kamera Aksi GoPro Hero 4 Silver
Kali terakhir aku pergi Seremban 2 dulu sebulan lepas…masuk kawasan situ aku jadi pening kejap…macam sesat…HAHA…padahal dulu kawasan tu dalam “poket aku” je…sekarang ni semuanya da berubah…makin meriah Seremban 2…HAHA…
Ezad Skytech recently posted…Salam Browser Mampu Hindari Perkara Haram Ketika Melayari Internet ?
Barulah tahu… rupanya bukan setakat tart sahaja yg dijual dekat kedai… macam-macam ada rupanya…
anuar recently posted…Seminar Tajwid Luar Biasa di Kuala Kangsar dan KL
variety of foods dijual di sini. datang la singgah 😀
Uncle Zuan recently posted…Kelebihan dan Kekurangan Kamera Aksi GoPro Hero 4 Silver
Semua sedap2 ~~ kalau org belanja ni lg sedap haha
Shiqin Sunshine recently posted…Cara betul memberi salam dalam SMS/Whatsapp/WeChat – Ustaz Mohd Elyas Ismail
kalau ada rezeki, mesti akan ada orang belanja punya. percaya la pada rezeki Allah 🙂
Uncle Zuan recently posted…Kelebihan dan Kekurangan Kamera Aksi GoPro Hero 4 Silver