Kafe Big Mouth Burger Kini Di Buka di D’Cattleya Senawang

Perhatian kepada food lovers, burger lovers, hipsters dan semua yang ‘ers’ la di belakangnya! Kafe Big Mouth Burger telah membuka satu lagi outlet. Kali ini di D’Cattleya Senawang.

big mouth burger cafe senawang

Kafe Big Mouth di D’Cattleya Senawang

Uncle dah lama tak terjah kafe Big Mouth, kali terakhir uncle terjah pekena burger Chilli Beef. Kalini uncle terjah lagi Kafe Big Mouth sebab diorang bukak outlet baru yang dekat dengan rumah uncle di Senawang.

Ehemm nak suruh uncle setiap minggu melantak burger kat kafe diorang la tu.

Alamat Outlet Senawang:
No.10, Jln Cattleya 2
Persada Cattleya 70450
Negeri Sembilan
Tel: +6017 387 1035

Waktu Beroperasi:
Mon – Thu: 12pm-11:30pm
Fri – Sat: 12pm – 12midnight
Sun: 11am-11pm

Uncle ambil peluang untuk merasa burger Benedict Topped.

Benedict Topped burger. Burger daging beroti donut

Benedict Topped burger. Burger daging beroti donut di datangkan bersama fries dan ranch kacang.

Burger ni memang layan. Uncle tak expect yang burger ni ada telur mata! Ya, burger Benedict Topped ada telur mata di ring donut.

Nota: Dicadangkan untuk makan burger ini dengan menggunakan kedua belah tangan, jadi jangan lupa minta tisu lebih. 

Kenyang perut uncle melantak kat sini. Dengan persekitaran yang happening di D’Cattleya Senawang, memang Big Mouth Kafe sesuai untuk di kunjungi peminat makanan western terutamanya burger.

Komen uncle untuk outlet Senawang

Servis staff dia ok, semua mesra pelanggan. Cuma burger lambat sangat di siapkan. Uncle tunggu dekat 30 minit untuk burger sampai padahal tak ramai pun customer pada waktu tu.

Uncle faham yang penyediaan burger tu mungkin mengambil masa. Tapi kena alert la dengan ‘perut customer’ yang sedang lapar. Mungkin boleh tambah staff kat dapur supaya boleh speed up penyediaan order customer. Overall, Big Mouth Cafe still one of the best tempat makan burger yang dalam list uncle 😉

 

Nota kaki: Uncle tengok dah makin banyak tempat makan yang menarik di Seremban 2. Mungkin nanti uncle akan buatkan entri istimewa tempat makan best di Seremban 2. Nantikan ya 🙂

Comments
  1. Farhan
    • Uncle Zuan
  2. siti hazreen
  3. myrujukan
    • Uncle Zuan
  4. raihanah
  5. JMR
    • Uncle Zuan
  6. encikarman.com
    • Uncle Zuan
  7. Hero Borneo
    • Uncle Zuan
  8. nadia johari
  9. Jie Susanos
  10. Noriza Rahman
    • Uncle Zuan
  11. Belang Tarung
    • Uncle Zuan
  12. Syireen Halim
  13. Lenny Boniface
  14. reezluv
    • Uncle Zuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge