Kad Kredit.. Kad Riba?? Kad Hutang???

Adakah anda pengguna kad kredit?

Kad kredit merupakan satu kaedah pembayaran yang membolehkan anda membeli barangan atau mendapatkan perkhidmatan tanpa menggunakan wang tunai. Apabila anda menggunakan kredit kad, pengeluar kad kredit akan membayar kepada peniaga terlebih dahulu bagi pihak anda dan kemudiannya meminta bayaran daripada anda dalam bentuk penyata bulanan. (sumber bankinginfo.com.my)

Secara asasnya setiap benda dicipta punya pelbagai sebab, pelbagai fungsi untuk kemudahan kita. Ia bergantung pada si pengguna, kalau elok si pengguna guna, elok la ‘benda’ tersebut, kalau tak elok si pengugna guna tak elok la ‘benda’ tersebut. Sama juga seperti kad kredit, rata-rata bila sebut je kad kredit, di dalam kepala mereka pasti menggambarkan kad kredit ni adalah kad hutang atau kad yang boleh membawa kepada bankrupsi. Rata rata akan mula tutup perbualan dan akan terus berfikiran negative mengenainya.

Timbul pula isu mengenai kad kredit itu adalah riba! Riba disebabkan kadar interest yang tinggi sehingga 18% setahun! Β Bila dah berkait dengan riba, bermakna haram menggunakannya. (Sila tegur jika ada kesilapan dalam hal ini!) (laman rujukkan) Bab halal haram menggunakannya, aku tak berani nak kupas, sebab aku bukan pro dalam hal ini. Biarlah pakar yang menentukan halal haram perkara tersebut.

Tapi tahukah anda, hari ini jika kita guna kad kredit untuk berbelanja, jika anda bayar dalam tempoh 20 hari sebelum/apabila penyata dikeluarkan, kadar interest adalah 0%. Ini bermakna anda guna apa yang anda belanjakan. Tambahan pula kebanyakkan kad kredit hari ini memberi rebate (rebat petrol, rebat shopping online, rebat autobil, dll..) kepada pengguna dan macam macam lagi kelebihan yang memberi pulangan baik kepada pengguna mereka. Ini lagi bermakna, anda sebenarnya membayar kurang dari apa yang dibelanjakan dengan rebate yang diberikan. Apa yang perlu dirisaukan hanyalah GST sebanyak RM50 yang di cajkan oleh BNM (juga dikenali sebagai Cukai Perkhidmatan).

Ebook Mentor Jutawan bersama Irfan Khairi

Selain dari Cukai Perkhidmatan, bayaran seperti Yuran Penyertaan, Yuran Tahunan boleh di lupakan pengguna kerana hampir semua bank sekarang sudah mula ‘memansuhkannya’ bagi menarik ramai pengguna menggunakan kad kredit mereka.

Ada beberapa caj lagi dikenakan kepada pengguna, ini adalah bagi menjadikan pengguna lebih disiplin dari segi bayaran. Antara caj yang biasa dikenakan adalah yuran pendahuluan wang tunai, Β caj lewat bayaran, dan cukai perkhidmatan (sumber). Dengan caj-caj yang dikenakan ni lah baru bank merasa keuntungan mereka. Sebaliknya sekiranya pengguna menggunakan kad kredit mereka dengan bijak, keuntungan yang bank dapat tidaklah banyak mana.

Kenapa kena guna kad kredit???

Memudahkan pembayaran ketika kecemasan. Kadang-kadang kita kita tak cukup cash nak beli barang atau nak membuat pembayaran. Nak lari ke mesin ATM pula jauh, atau mesin mungkin sudah kehabisan cash. Kad kredit adalah penyelamat ketika itu. Swipe sahaja dan terus ingat yang kita ada hutang yang perlu di bayar bila kita dah ada cash nanti.

Bila kita tak perlu bawa duit banyak bila keluar, bermakna selamat duit kita. Bayangkan kita membawa sejumlah wang yang banyak ketika keluar dan tiba tiba di rompak. Habis semua duit kita. Tapi apabila ada kad kredit, walaupun di rompak dan di ambil kad tersebut, kita boleh terus terminate kad tersebut untuk mengelakkan digunakan perompak terbabit.

Jimat masa. Rasanya ia satu hakikat, kita memang jimat masa dengan menggunakan kad kredit. Tak perlu que untuk beli tiket wayang, tiket kapal terbang. Pembayaran mudah apabila membeli online, dan banyak lagi.

Bayar Pakai kad dapat rebate, bayar pakai cash tak dapat rebate! Itu perkara benar, hari ini banyak kad kredit menawarkan cashback kepada pengguna mereka untuk menggalakkan pengguna mereka menggunakan kad mereka. Bukankah kita jimat banyak apabila kita dapat rebate? Correct Β me if I’m wrong πŸ™‚

Melatih disiplin. Dalam tak sedar, sebenarnya selain dari menikmati penjimatan apabila dapat rebate, dapat jimat masa dengan pembayaran, money save, dan banyak lagi yang ditawarkan menggunakan kad kredit, kita melatih diri kita untuk disiplin dalam penggunaan kad. Disiplin kerna terpaksa. Ia bermaksud kita terpaksa berdisiplin pada peringkat awal penggunaan kad, tapi bila dah lama, dah biasa dengan disiplin menggunakan di bawah kemampuan.

Dan selain dari tu, tak rasa stylo ke bila buat pembayaran dengan kad kredit? Hehe

Secara kesimpulan, macam yang aku sebut di atas, setiap perkara setiap benda dicipta ada sebabnya. Ada pros and cons dia. Jika kad kredit tak elok, bermakna dah tak wujud kad kredit harini! Setuju? Makin ramai mula sedar keperluan dan kelebihan kad kredit dan mula menggunakannya. Makin ramai yang bijak menggunakananya dengan memilih jenis kad kredit yang sesuai dengan gaya hidup mereka.

Aku mula membayangkan pada tahun akan datang, tiada lagi cash, semua bentuk pembayaran dan pertukaran menggunakan kad.

Akhir kata; kalau nak gunakan kad kredit, jadilah pengguna kad kredit yang bijak πŸ˜‰

Zuan

Comments
  1. Hafeez
  2. Jia
    • Zuan
  3. schaze zainn
  4. kamal
    • Zuan
  5. Hafizul
  6. encikarman
    • Zuan
  7. hafizmd
  8. Sop
  9. Bahrain
    • Zuan
  10. schaze zainn
  11. zik
    • Zuan
  12. Zali
  13. blogger lelaki
  14. Mohd Shubhi
    • Sop
    • Zuan
  15. Mak Lagenda
  16. ema
  17. kakiblog
  18. Blogger Babyface
  19. Ezad Skytech
  20. titan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Recommended
Recommended
Kita bakal menyambut Hari Raya Haji (juga dikenali sebagai Hari...