Jus Origina – Saiz Kompak, Rasa Jus Buah Asli

Harini banyak jenis minuman jus yang ada dijual dipasaran. Sampaikan bila makan di restoran pun dah tak terfikir lagi nak order air jus. Rasa air jus yang dijual pun not bad rasa dia, dah nak sama dengan rasa jus buah asil yang boleh dibuat sendiri di rumah ataupun di order di pasaraya.

Kebanyakkannya yang dijual di pasaran dijual pada saiz botol yang besar (biasanya 510ml dan 1.5l), yang mana akan makan space la kalau uncle nak letak dalam beg uncle untuk uncle bawak ketika short vacay dalam negeri.



Jus Origina Saiz Kompak, Rasa Jus Asli.

Uncle ada di handover beberapa paket air jus bersaiz kompak dan dari rakan blogger Bro Framestone tempoh hari. Dia nak kasi uncle try air jus daripada Origina ni.

jus_origina_sedap (2)

Antara perisa yang uncle dapat cuba adalah perisa Apple, Blackcurrant, Pomegranate dan Green Tea with Pomegranate.

Saiz dia kecik, cukup ke ni?” Itu bermain dalam fikiran uncle kali pertama dapat air ni.

Tapi bila dah sekali teguk jus Origina, “ok rasa dia pekat, ori, satu pack ni pun dah cukup sebenarnya untuk sekali minum“.

Uncle belek-belek info kat origina2u.com, ia adalah produk bumiputra yang masih lagi baru dalam pasaran. Patut la uncle tak pernah nampak lagi kat mana-mana grocery store.

Jadi setakat yang uncle tahu, Origina jus hanya boleh didapati di Matahari supermarket Taman Medan dan USJ City Mall termasuk korperasi sekolah area Lembah Klang, Kelantan dan Terengganu. Pada masa akan datang Origina Juice ni lebih banyak akan dijual di sekolah sekolah atau di institusi-institusi pengajian.

Info: Harga jualan Origina Jus RM2.50/pcs.

Selain dari itu, ada juga perasa Black Tea with Apple,  Black Tea with Lemon, Green Tea with Peach, Isotonik perisa Lemon, Isotonik perisa Tangerine, Isotonik perisa Berry, dan Isotonik perisa Vanilla Berry.

Menurut Pengurus Besar PS Food & Beverage Sdn. Bhd., Adilah Shuib, minuman Jus Origina dibuat tanpa sebarang barang asing seperti gula yang banyak hingga mengganggu rasa asli buah tersebut.

Menurutnya lagi; ““Produk kami dihasilkan daripada ekstrak buah epal, blackcurrent, dan delima selain empat jenis teh campuran jus lemon, epal, peach dan buah delima”

ChocoJoy Perisa Coklat Khasiat

chocojoy_chocolate

Susu berperisa cokelat yang mengandungi protin, gentian fiber dan kalsium.

Selain dari air berunsurkan jus, Origina juga mengeluarkan minuman berperisa Chocolate. Ia adalah susu berperisa cokelat yang kaya dengan vitamin A, B2, B3 dan D3.

ChocoJoy perisa cokelat ini dijual pada harga pasaran RM2.69.

Nota: Cadangan meminum air Jus Origina dan Chocojoy ketika ia masih sejuk baru dibawa keluar dari peti sejuk.

Vlog Uncle Cuba Origina Jus dan ChocoJoy Untuk Pertama Kali

Buat Income Dengan Jus Origina

Memandangkan jus Origina ni masih lagi baru dalam pasaran, jadi tak banyak retail store yang ada jual air ni lagi. Jadi pihak Origina membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi pengedar ataupun stokis bagi menjana pendapatan sampingan.

Anda boleh terus hubungi 03 5519 5700 atau email ke info@psfood.com.my.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk boleh layari origina2u.com atau di Facebook/OriginaJus.

1,025 total views, 13 views today

Comments
  1. seri
  2. anuar
  3. Ira
  4. Bagaimana Malaysia
  5. nikkhazami
  6. Hairul HIssam
  7. raihanah
  8. titan
  9. Muhammad Khairuddin Lim
  10. imnajmi
  11. mrhanafi
  12. Mahamahu
  13. Khir Khalid
  14. Ohh fara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge