Jom Nikmati Keindahan Pulau dan Keajaiban Laut Biru

Share

Jujur uncle cakap, walaupun uncle banyak travel, travel ke pulau la yang paling tak banyak uncle buat. Boleh kira dengan jari je kot bilangan pulau yang uncle pernah jejak (tak termasuk Pulau Pinang ye haha).

pakej percutian bajet pulau perhentian

Baru-baru ni di whatsapp, uncle ternampak tawaran bercuti ke Pulau Perhentian, Terengganu daripada pakar pengendali percutian di Pulau Perhentian iaitu Perhentiankravers Travel & Tours Sdn. Bhd. Dibuka kepada individu, keluarga mahupun badan korporat, Perhentiankravers menawarkan pakej percutian yang meliputi Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar.

Jom Bercuti Dengan Perhentiankravers

Dengan aktiviti yang bakal di isi sekiranya mengambil pakej percutian daripada Perhentiankravers, percutian anda pasti menjadi pengalaman percutian yang sukar dilupakan. Mana taknya, pihak Perhentiankravers memberikan tentatif program yang menarik dan bersesuaian kepada para pengunjung yang mengambil pakej percutian yang ditawarkan. Anda pasti tak rasa sia-sia setiap masa yang diambil bermula dari awal anda memijakkan kaki di pantai pasir putih yang lembut di Pulau Perhentian.

Pihak Perhentiankravers telah menyediakan beberapa jenis pakej yang mana anda boleh membuat pilihan mengikut kepada cita rasa, kesesuaian dan budget anda. TAPI kalau anda nak “taylor-made” punya pun Perhentiankravers boleh aturkan.

pakej percutian bajet pulau perhentian

Speedboad milik Perhentiankravers.

Haaa cantik kan hiasan bot laku bot laju Perhentiankravers? Rasa nak selfie je dengan bot jerung ini. Dari Jeti Kuala Besut, anda akan menaiki bot ini ke Pulau Perhentian. Dengan kekuatan enjin 250 kuasa kuda, anda akan tiba di Pulau Perhentian dalam tempoh masa 20 – 30 minit sahaja.

Sampai je ke Pulau Perhentian, anda akan dibantu oleh crew Perhentiankravers bagi proses check-in resort dan penyimpanan barang sementara menunggu waktu check-in di resort mahupun chalet mengikut kepada jenis pakej yang diambil.

pakej percutian bajet pulau perhentian

Diorang siap tolong ambil gambar lagi. Ini waktu aktiviti bagi ikan makan di Turtle Beach.

Pendakian Ke Puncak Kincir Angin

Anda dikalangan anak muda yang suka ambil gambar yang konfirm boleh bagi banyak like di social media? Jadi, hype yourself sebab hari pertama je Perhentiankravers dah isi tentatif program dengan membawa anda ke salah sebuah destinasi popular di Pulau Perhentian iaitu mendaki ke kincir angin. Pendakian ke puncak bukit akan mengambil masa sekitar 40 minit.

Tak perlu risau sebab Perhentiankravers juga menyediakan guider yang bertindak sebagai sebagai penunjuk arah dan juga bertugas bagi membantu sebarang kesulitan atau masalah yang mungkin berlaku. Segala set “first aid kit” yang lengkap beserta dengan “walkie-talkie” bagi memudahkan komunikasi antara pengunjung dengan guider sekiranya berlaku sebarang kesuiltan yang tak diingini. Mental dan fizikal kena kuat sikit ya tuk naik ke bukit kincir angin ni dalam usaha anda sampai ke puncak.

But worry not, sampai je puncak, konfirm hilang semua penat tu sebab anda akan dihidangkan dengan pemandangan yang begitu indah serta kenikmatan dibuai angin bayu pada ketinggian 150 meter dari paras laut.

pakej percutian bajet pulau perhentian

Puncak Kincir Angin

Habis je tentatif pendakian ke kincir angin yang dijadualkan berakhir sekitar jam 4.00 petang, anda bebas untuk melakukan sebarang aktiviti lain seperti mandi pantai, berkayak dan lain-lain lagi. Biasanya ni la waktu uncle duduk tepi pantai sambil layan baca buku. Best woooooo.

Aktiviti Hari Ke-2 Di Pulau Perhentian

Hari kedua di Pulau Perhentian adalah hari paling best sebab hari kedua adalah hari para pengunjung akan di bawa untuk snorkeling di 5 tempat snorkelling di sekitar Pulau Perhentian Kecil dan Besar.

Siapa yang tak teruja bila snorkeling di lautan terbuka yang indah yang pasti ada dikalangan anda belum pernah saksikannya sebelum ini. Untuk hari ke-2, aktiviti snorkeling bermula dari jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 5 petang. Tak perlu risau pasa lunch sebab Perhentiankravers juga menyediakan hidangan makan tengahari buat para pelanggan ketika berehat di Kampung Nelayan pada waktu tengah hari.

pakej percutian bajet pulau perhentian

Perhentiankravers menyediakan perkhidmatan “snorkelling guide” profesional yang akan memantau serta melayani anda sepanjang trip tersebut. Mereka juga bertugas sebagai “underwater photographer” yang mana mereka akan mengambil gambar kenangan-kenagan untuk anda ketika snorkelling di Pulau Perhentian.

Antara tempat snorkelling di Pulau Perhentian adalah:

  1. Turtle Beach atau Tiga Ruang
  2. Turtle Point
  3. Shark Point
  4. Kg Nelayan (rehat/solat/makan tengahari)
  5. Lighthouse
  6. Romantic Beach
pakej percutian bajet pulau perhentian

Berenang-renang dengan penyu di Turtle Point.

pakej percutian bajet pulau perhentian

Berani berenang secara dekat dengan ikan jerung di Shark Point?

pakej percutian bajet pulau perhentian

Ada berani buat terjunan dari ketinggian 10m di Lighthouse?

Habis je aktiviti snorkelling, keseronokan serta pengalaman indah anda tidak terhenti di situ, anda boleh mengambil kesempatan untuk menikmati pemandangan matahari terbenam yang sungguh mendamaikan berlatar belakangkan langit dan lautan seluas saujana membiru kekuningan emas. Kalau rajin boleh buat video time-lapse sunset.

pakej percutian bajet pulau perhentian

Pemandangan sunset di Coral Bay.

Ikut pada pakej yang anda ambil, Perhentiankravers juga ada menyediakan hidangan Barbeque sebagai juadah istimewa makan malam di Pulau Perhentian.

Habis makan malam, rasa dah penat nak tidur, boleh tidur. Tapi kalau rasa malam masih muda, anda boleh berjalan ke Longbeach yang mana terdapat pelbagai hiburan musik dan persembahan api yang di adakan di sana. Untuk info, Longbeach begitu popular sebagai satu-satu nya “Night Life & Beach Party” di Pulau Perhentian. Jadi ambil kesempatan yang ada untuk merasanya di sana.

pakej percutian bajet pulau perhentian

Persembahan api di Longbeach.

Pada hari ke tiga atau hari terakhir adalah hari anda sudah bersiap sedia untuk meninggalkan Pulau Perhentian. Tapi kalau anda berhasrat untuk menambah hari percutian dan ingin mencuba aktiviti-aktiviti lain yang ada seperti “scuba diving”, Perhentiankravers juga boleh mengaturkan mengikut kehendak anda. Dalam sehari, Perhentiankravers menyediakan 3 kali perjalanan bot penumpang dari Pulau Perhentian ke Jeti Kuala Besut. Waktu perjalanan bot penumpang adalah pada 8 pagi, 12 tengah hari dan 4 petang.

Sampai ke Jeti Kuala Besut, anda boleh la membeli-belah barangan cenderamata yang dijual di sepanjang jeti. Bagi anda yang pulang menaiki bas, Perhentiankravers menyediakan kawasan rehat atau “lounge” di ruang pejabat Perhentiankravers yang terletak berhampiran dengan jeti sementara menunggu ketibaan bas.




Pakej Percutian Ke Pulau Perhentian Yang Berbaloi

Secara keseluruhannya, Perhentiankravers menjanjikan sesuatu yang menarik yang tidak dapat dilupakan oleh para pengunjung apabila bercuti di Pulau Perhentian. Rata-rata pengunjung yang menggunakan perkhidmatan Perhentiankravers memberikan maklum balas yang sangat baik. Ia seperti mereka tidak terbayang akan keindahan Pulau Perhentian menandingi mana-mana keindahan destinasi perlancongan di luar negara.

Perhentiankravers menjanjikan pakej yang “value for money” kepada para pengunjung. Musim percutian di Pulau Perhentian bermula pada bulan Februari hingga Oktober sahaja kerana bulan yang lain ditutup sebab angin monsoon yang melanda pulau setiap hujung tahun. Oleh sebab operasi di Pulau Perhentian adalah terhad, adalah terbaik untuk anda membuat tempahan seawal mungkin bagi mengelakkan dari kekecewaan akibat dari bilik penginapan penuh.

Sebarang tempahan boleh lah hubungi : 019-9100986 (Pejabat Perhentiankravers).

Boleh juga email tempahan anda ke : hai.perhentiankravers@gmail.com.

Untuk maklumat lanjut dan berita terkini mengenai Perhentiankravers, sila ke laman facebook dan instagram : Perhentiankravers.

Jom bercuti ke Pulau Perhentian dengan Perhentiankravers! 😉

283 total views, 2 views today

Share
Comments
  1. mrhanafi
  2. anuar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge