Jom Layan Tony Roma’s Rib Rib Holiday Menu

Dah musim cuti ni, apa perkara best nak buat bersama keluarga tersayang? Jawapannya MAKAN. Sempena musim cuti ni, Tony Roma’s Malaysia memperkenalkan menu yang dipanggil Rib Rib Holiday! Bukan hip hip hooray, tapi Rib Rib Holiday! Catchy kan? Hehe sampai saat uncle menulis artikel ini masih melekat nama menu ni kat kepala uncle.

Tony Roma’s sentiasa menjadi salah satu tempat makan utama bagi mereka yang mencari stik yang best.

Jadi jom cerita mengenai pilihan pembuka selera yang ada untuk menu Rib Rib Holiday ni:

Potato Chips & Dips (RM25.00 nett) – Kalau makan potato chips tak pernah tak kenyang dan tak puas. Lagi lagi kalau potato chips ini dihidangkan dengan Bean and Beans Ranch.
Bruschetta Tuna (RM35.00 nett) – Kalau korang seorang penggemar tuna, berita baik yang mana tuna adalah dalam senarai pembuka selera. Ia terdiri daripada enam (6) keping roti Perancis berkerak dihiasi dengan kualiti yang baik Tuna dan Parmesan Keju.
Bruschetta Beef (RM35.00 nett) – Tak minat tuna? Tak apa, pilihan ke 3 yang ada adalah daging Bruschetta. Ia terdiri daripada enam (6) keping Perancis berkerut roti di bahagian atas dengan banyak daging lembu, Kacang Ranch dan Keju Parmesan

Menyelerakan betul seleksi pembuka selera ni. Saat uncle tulis artikel ini pun asyik berbunyi perut uncle.

Habis makan pembuka selera, masa untuk menu utama. Untuk seleksi menu utama ada 4 iaitu;

Parti Riblet (RM185.00 nett) – Oh yes! Tiada yang lebih best dari makan riblet bersama keluarga tercinta. Oh ya, untuk Rib Rib Holiday ni, disarankan makan dengan tangan kosong anda (tetapi, sarung tangan masih akan disediakan). Hidangan ini tumpukan enam (6) daging lembu rafet yang sihat yang telah dipanggang api untuk kesempurnaan, dan disajikan dengan
Sayuran BBQ Original TR.
BBQ Spring Chicken (RM75.00 nett) – Lupakan la nak buat ayam BBQ, pergi je makan BBQ Spring Chicken dekat Tony Roma. Ayam yang lazat disumbat dengan kentang mungil, dikeringkan dengan sos BBQ asli TR, dan tidak lupa sayuran brokoli yang sentiasa segar.
Steak Beef Grilled (RM85.00 nett) – Tak sah ke Tony Roma untuk stik, kalau tak pesan 10oz NY Strip Steak. Steak dihidangkan dengan sos Dark Grape untuk memberikannya rasa yang hebat dan dilengkapi dengan Sayuran Bakar.
Festive Lamb Shoulder (RM185.00 nett) – Pengemar kambing, pasti ini pilihan anda kan? Sangat juicy dan tak terkata sedapnya.

Sukar nak buat pilihan kan? Tapi tak perlu risau, korang boleh layan Rib Rib Holiday seberapa banyak kali yang korang nak sebab menu ni akan ada dari 1 Nov 2019 sehingga 1 Jan 2020. Masih banyak masa ada untuk korang repeat makan Tony Roma’s.

135 total views, 6 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge