Jom Kita ke Eropah

Share

Jom Ke Eropah. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Harap semuanya dalam keadaan sehat sejahtera hendaknya. Alhamdulillah, walaupun sedikit sibuk dengan kerjaya, uncle masih di beri kesempatan untuk update blog Uncle Zuan yang hebat ini hehe sapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri kan?

Pada yang keep updated dengan entri lepas yang uncle tulis, uncle belum siapkan lagi entri uncle ke Mekong Delta dan Cu Chi Tunnel. Insha Allah uncle akan siapkan dalam masa terdekat. So keep up to date ya 🙂

OK, lepas balik dari Saigon sahaja ramai yang PM uncle untuk uncle punya next trip. Ramai yang menyatakan minat nak join, alasan mereka sebab tak ada kawan nak travel dan nak travel secara jimat. Sebenarnya ada beberapa tempat yang menjadi target uncle pada tahun ini bagi melengkapkan kalendar 2015. Tapi malangnya harga tiket sudah mahal, sobsss. Jadi uncle mungkin tak ke Cambodia, mahupun Indonesia pada tahun ini. Kemungkinan tahun hadapan baru ke sana.

Salah seorang travel buddies uncle pun ada PM uncle, meluahkan rasa rindu beliau dengan negara-negara di Eropah. Untuk pengetahuan, beliau kerap travel ke negara Eropah, jadi dah tau seelok belok negara eropah, seperti tempat menarik yang wajib di lawati, tempat makanan halal, dan pastinya dah tau macam mana nak jimat travel ke sana secara backpacker (travel cheap).

amsterdam

Travel buddies uncle bersama isterinya di Amsterdam

brusels court house

Mereka di Brusels

eifel (2)

dan di Paris

Jadi kami dah meeting dan membuat keputusan untuk ke sana dalam bajet yang rendah iaitu serendah RM3500/head sahaja tak termasuk flight. Bajet adalah termasuk penginapan dan transportasi semasa di sana. Makan sendiri sendiri la ye, lagi best kalau kita masak sama-sama, lagi jimat!

Mana yang akan kami cover? London, ParisBrussels, Amsterdam dan Frankfurt!

 

Menarik kan tempat kami nak cover ni? Semua ni akan di cover dalam 11 hari. Yups, 11 hari di eropah dengan hanya RM3500!

Ini adalah anggaran trip bersama yang telah kami usahakan khusus kepada yang teringin nak ke negara eropah dengan bajet yang rendah.

 

In sha Allah, kalau mencukupi quota, kita akan berangkat pada 25 Desember 2015 dari KL, dan pulang semula ke Malaysia pada 7 Januari 2016.

Quota kami adalah terhad kepada 8 orang sahaja. Cukup quota, kita jalan.

 

Jadi, sebab nak masuk bulan 10 dah ni, kami nak dapatkan respon daripada anda sebelum bulan 10.

Boleh hantar email uncle di sini, ataupun PM uncle kalau berminat. 🙂

=============================

Update: 27 Desember 2015

=============================

 

Trip ke Eropah akan di tunda untuk seketika. Harap maklum…

 

Nota kaki: Kembara mengajar kita pelbagai perkara. Sekali kita invest untuk travel, in sha Allah pengalaman kita dapat daripada travelling itu boleh mengubah cara hidup kita kepada yang lebih baik.

8,606 total views, 33 views today

Share
Comments
  1. Nik Azhar
  2. Saiful Salim
  3. Aftica Puspa
  4. azlin
  5. IslamicTraveller
  6. IslamicTraveller
  7. alen mohd yasin
  8. Aiman
  9. HAYA
  10. Saiful Salim
  11. Diana
  12. hada
  13. Ikhwan
  14. Datin Tyka
  15. azimah mohd zainuddin
  16. Noriza Rahman
  17. JMR
  18. Raihanah Ahmad
  19. sayidah
  20. Eny
    • Uncle Zuan
  21. kaki pelangi
  22. zik
  23. Satria Saqti
  24. AzlanRaof
  25. rahimah
    • Uncle Zuan
  26. Arif Luqman
  27. titan
  28. siti hazreen
  29. Carolyn
  30. Jie Susanos
  31. Hero Borneo
  32. Raihanah Ahmad
  33. Reload Food
  34. nila anggraini
  35. Miera Nadhirah
  36. onlajer
  37. nadia johari
  38. Bahrain
  39. imah
  40. JMR
  41. ruggedmom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge