Jom ke Sambutan Chap Goh Mei di S2 City Park

Baru-baru ini IJM Seremban 2 membuat pengemuman yang mereka akan mengadakan sambutan Chap Goh Meh di taman popular mereka iaitu S2 City Park yang terletak di Seremban 2.

Sambutan yang julung-julung kali diadakan ini bakal berlangsung pada 16 Febuari 2019. Kalau tak silap uncle, tahun ini adalah tahun ke-6 IJM Seremban 2 mengadakan sambutan Chap Goh Mei.

Antara tarikkan yang menanti pengunjung adalah gerai makanan tradisi, gerai games, funfare, persembahan tarian naga, persembahan orkestra, props menarik untuk bergambar, pameran kesenian, permainan teka teki cina, dan persembahan istimewa artis Astro dengan tema konsert ‘Symphony Love’.

Menurut, Dato Hoo Kim See, Senior General Manger IJM Land, acara ini adalah sebahagian daripada komitmen mereka yang berterusan untuk menjaga dan menyebarkan keseronokan di antara kediaman dan bakal pembeli.

Menurut Dato Hoo lagi, “Tidak ada kegembiraan yang lebih besar daripada dapat menghangatkan hati penduduk dan bakal pembeli. kami berharap dengan memulakan Tahun Baru untuk berkongsi acara yang mengagumkan bersama-sama, hadiah ini akan membawa lebih banyak senyuman dan kebahagiaan menjelang tahun ini.”

Sambutan Chap Goh Mei Seremban 2

Tarikh: 16 Febuari 2019
Masa: Bermula dari 7 pagi
Tempat: S2 City Park, Seremban 2

KEMASUKKAN ADALAH PERCUMA!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge