Jom Ke Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017

Share

Siapa suka pergi event yang khas untuk pertanian dan penternakkan seperti MAHA? Uncle suka sebab di sini macam-macam produk baru boleh lihat selain dari boleh meluangkan masa dengan menyertai aktiviti yang ada disamping boleh menambah pengentahuan mengenai pertanian dan penternakkan khususnya.

Baik kalau anda berminat untuk ke event seperti ini, jom kita ke Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 (#HPPNK2017).

2017 National-level Farmers, Livestock Breeders and Fishermen’s Day (HPPNK)

Gimik pelancaran Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017

Sambutan yang dijadualkan berlangsung dari 28 September 2017 hingga 1 October 2017 ini akan bertempat di MAEPS Serdang. Dijangkakan sambutan kali ini lebih hebat dari edisi sebelum ini kerana akan ada pelbagai aktivit menarik yang dijadualkan.

Bakal Lebih Hebat Berbanding Edisi-Edisi Sebelum Ini

HPPNK2017 bermatlamat mengiktiraf wira-wira tani negara ini serta menampilkan hasil makanan dan penyajian terbaik, sesuai dengan temanya pada tahun ini iaitu “Our Food Our Future”.

Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017

Antara apa yang anda boleh lihat di Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017.

Selain anugerah-anugerah untuk para petani, pelbagai acara menarik untuk penganjur telah diatur, antaranya Malaysia Food Festival 2017 (#MFF2017), persidangan Livestock Malaysia 2017, konsert Rhythm of the Farmers (#ROTF), pameran agropelancongan dan jualan hasil tani dan asas tani.

Hari-Peladang-Penternak-dan-Nelayan-Kebangsaan-2017 (15)

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek ketika pelancaran #HPPNK2017 2 Mei yang lalu.

Antara produk yang akan dipromosikan nanti.

MAEPS Serdang cukup terkelan dengan ruangan yang luas untuk tapak event, jadi dijangkakan sebanyak 850 gerai akan dibuka. HPPNK2017 dijangka menarik sehingga 500 ribu pengunjung, serta RM20 hingga RM30 juta hasil jualan sepanjang event tersebut berlangsung.

Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017

Beberapa syarikat swasta telah menyatakan minat untuk menjadi sebahagian daripada #HPPNK2017, termasuk AirAsia, CIMB Malaysia, RHB Group, Agrobank, Oblong Burger.

Diharap HPPNK2017 mendapat sambutan yang luarbiasa hebat daripada para pengunjung dan diharap mendapat penglibatan daripada para peladang, penternak dan nelayan seluruh negara.

Uncle nak tease video pengenalan #HPPNK2017 yang uncle jumpa di Facebook: HPPNK 2017 – Our Food Our Future.

Apa lagi? Jom ke Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017.




1,282 total views, 2 views today

Share
Comments
  1. RAIHANAH AHMAD
  2. zik
  3. Anuar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge