Jom Join Sunway Lagoon Aqua Run 2017

Share

Setiap bulan, pasti ada pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan oleh syarikat-syarikat besar terutamanya syarikat didalam industri hiburan. Sunway Lagoon yang popular dengan Vuvuzela dan pantai pasir buatan manusia terbesar di Malaysia bakal menganjurkan Aqua Run 2017. Ia adalah acara larian pertama yang bakal dianjurkan oleh pihak Sunway Lagoon pada 23 April ini tepat pada jam 7 pagi.



Sunway Lagoon Aqua Run 2017

Aqua Run ini bukanlah acara larian marathon ataupun half marathon, ia adalah acara larian 2km di dalam kawasan Sunway Lagoon. Akan ada 6 zon menanti peserta. Di setiap zon akan ada pelbagai halangan menyeronokkan seperti  pendakian, meluncur, menyelam dan banyak lagi yang pastinya setiap peserta akan basah lencun ketika menghadapi cabaran yang disediakan.

aquarun-2017-zone

6 Zon yang bakal ditempoh para peserta Aqua Run 2017

Aqua-Run-Road-Map

Peta larian Sunway Lagoon Aqua Run 2017.

Menarik kan?

Untuk 300 peserta terawal yang mendaftar, akan mendapat hon Vuvuzela secara percuma.

Vuvuzela horn

Dengan yuran pendaftaran sebanyak RM120 sahaja, peserta akan dapat penyertaan untuk menyertai Fun Run termasuk akses ke semua park yang ada didalam Sunway Lagoon pada hari yang sama (tak termasuk Bungy Jump, G-Force X & Go-Kart). Peserta juga akan dapat race kit yang di dalamnya adalah race tee dan handphone water pouch.

Di kira dengan nilai, memang sangat berbaloi dan pasti menyeronokkan kalau join Sunway Lagoon Aqua Run 2017. Apa tunggu lagi, jom daftar Aqua Run 2017 sebelum 18 April 2017.

Untuk maklumat lanjut, layari sunwaylagoon.com/aqua-run-2017.

1,504 total views, 3 views today

Share
Comments
  1. LeYa
  2. RAIHANAH AHMAD
  3. Noriza Rahman
  4. seri
  5. Mohd Aswad
  6. Suria Amanda
  7. Ros
  8. Hero Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge