Jom Jalan Jalan Japan

Share

Ehhh bukan uncle nak ajak anda pergi jalan-jalan ke Japan. Hehe belum lagi.

Uncle nak ajak anda ke kedai barangan ‘preloved’ Jepun di Jalan Jalan Japan.

Ia sebuah kedai yang menjual barangan preloved dari Jepan yang terletak di tingkat 1A, One City Mall USJ.

kedai preloved jalan jalan japan

Dengan lighting dan ruangan yang besar, sangat selesa kepada pengunjung yang hadir untuk meilih barangan yang hendak dibeli.

Belum pergi lagi? Rugi wei. Banyak barangan preloved yang anda boleh dapati di sini.

Kalau anda tertanya-tanya mana nak beli kimono, mana nak beli model mainan jepun, mana nak beli barangan buatan jepun dan sebagainya, Jalan Jalan Japan adalah jawapan kepada persoalan anda.



Apa itu barangan preloved?

Barangan preloved ni dalam bahasa mudah, barangan 2nd hand.

jalan_jalan_japan (3)

Boleh dapatkan komono pada harga runtuh di Jalan Jalan Japan.

Ia adalah barangan yang tidak lagi mahu digunakan oleh pemilik asal, jadi pemilik asal tu jualkan kepada pemborong yang kemudian barangan itu dibaiki semula (kalau keadaan barang perlu dibaiki), dan kemudian diletakkan di kedai-kedai barangan preloved untuk dijual semula.

Jalan Jalan Japan Menawarkan Kepelbagaian Barangan Preloved

Jalan Jalan Japan yang terletak di One City Mall adalah cawangan pertama yang dibuka di Malaysia. Ia adalah hasil kerjasama antara Bookoff Corporation Limited, Koike Malaysia Sdn Bhd, Koike Corporation Limited dan Bok Marketing Sdn Bhd.

jalan_jalan_japan

Testing jaket yang sesuai unutk dipakai di Tokyo bulan 1 nanti.

jalan_jalan_japan

Perempuan-perempuan pasti suka bahagian ni. Handbag! Macam-macam jenama dan design yang ada jual.

jalan_jalan_japan (1)

Nak beli set kayu golf pun ada dijua di sini.

Setiap barang yang ada disini akan di-restock setiap satu ke dua minggu. Jadi datang la setiap seminggu atau dua minggu kalau nak tengok design-design atau barang-barang yang lain.

kedai jalan jalan japan

Pelbagai jenis mainan untuk anak anak kecil pun boleh dapati di sini.

kedai jalan jalan japan

Barangan untuk keperluan rumah pun boleh dapati di sini.

jalan_jalan_japan

Jangan terkejut yang papan surfboard pun anda boleh jumpa kat sini!

Teruja pertama kali ke Jalan Jalan Japan. Memang lain macam barangan yang ditawarkan.

Harga-harga barangan pun murah murah, boleh dapat serendah RM2!

Maklumat lanjut mengenai Jalan Jalan Japan adalah seperti berikut :-

JALAN JALAN JAPAN

Alamat: Level 1A, One City Mall, USJ
Waktu Operasi : 10.00am – 10.00pm
Facebook page : Jalan Jalan Japan.Malaysia.
Instagram : @jalanjalanjapanmy.

2,836 total views, 2 views today

Share
Comments
  1. Zarul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge