Jom Follow Malaysia Travel Couple SyaShaTravel

Share

Uncle dan isteri uncle dua-dua suka travel. Dan masing-masing punya blog dan akaun social media tersendiri. Wife uncle ada 2 blog, iaitu satu fokus pada lifestyle (enveeus.com) dan lagi satu pada travel (runawaybella.com). Manakala uncle punya blog hanyalah pada lifestyle sahaja.

Beberapa bulan lepas kami terfikir untuk buat satu akaun social media baru khas untuk kategori travel couple yang mana tak banyak di Malaysia ini. Kami tengok di luar negara ada banyak couple travel yang buat akaun Instagram, YouTube dan juga blog.




Jadi sebab kami pun punya minat yang sama, iaitu travel. Uncle dan isteri buat keputusan untuk buat satu akaun Instagram dibawah nama SyaShaTravel dan satu akaun YouTube dengan nama ShaShaTravel Vlog.

Ini bukan untuk re-brand yang mana uncle akan abaikan blog unclezuan. Tidak sama sekali ye. Kedua-dua akan ini akan kami berdua handle.

SyaShaTravel Fokus Kepada Travel

Setiap tempat yang kami travel, kami akan kongsikan pengalaman, info dan beberapa tips mengenainya di akan Instagram. Dan di YouTube pula akan kongsikan vlog kami di sana.

syashatravel Instagram couple travel
syashatravel instagram couple malaysia travel

Kedua-dua akaun masih lagi baru, jadi tak banyak lagi follower. Apa kata anda follow Instagram SyaShaTravel dan subscribe YouTube ShaShaTravel Vlog.

Apa beza yang kami nak bawa pada SyaShaTravel? Sudah tentulah fokus kepada couple travel iaitu niche travel yang lebih fokus kepada travel secara berpasangan. Kami cuba untuk memberi idea yang travel tak semestinya kena solo ataupun berkumpulan, travel secara couple juga seronok.

Jadi dengan ini, kami harap SyaShaTravel mampu memberi input kepada pasangan suami isteri di luar sana untuk travel secara couple. Ia mampu mengukuhkan lagi persefahaman dengan pasangan dan akan memberi lebih banyak memori memori indah bersama pasangan.

Ini uncle nak kongsikan juga video pertama SyaShaTravel Vlog yang telah dimuat naik di akaun YouTube kami.


Melaka Road Trip Part 1

Untuk penghasilan video mungkin mengambil masa lebih lama daripada editing gambar. Jadi kekerapan kami untuk upload video di YouTube mungkin tak sekerap kami upload gambar di Instagram. Bagaimanapun, kami akan mencuba yang terbaik untuk SyaShaTravel.

Jika anda ada sebarang pandangan atau pendapat yang nak kongsikan kepada kami mengenai SyaShaTravel, boleh kongsikan di ruangan komen di bawah. Kami perlukan feedback daripada anda supaya boleh majukan lagi akaun travel couple SyaShaTravel.

408 total views, 18 views today

Share
Comments
  1. titan
  2. sapsibubapa
  3. sapsibubapa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge