Jom Bersedekah Walaupun Sedikit

Share

Seronok uncle tengok gambar-gambar yang di upload di laman social sahabat-sahabat uncle yang banyak membuat amal kebajikkan dengan bersedekah di bulan ramadhan ini. Sudah tentu niat mereka upload gambar di laman social sudah tentu bukan untuk menunjuk-nunjuk, niat mereka nak ajak kita beramal dan berbuat kebajikan juga.

Daripada riwayat at- Tirmidzi, Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan

Pengajaran yang uncle dari riwayat di atas adalah kita sebagai umat Islam seharusnya berlumba lumba untuk perbanyakkan melakukan amal kebajikan di bulan Ramadhan yang mulia. Kita tak boleh la berkira akan kerugian sebab kita kena yakin bahawa setiap kebaikkan yang kita lakukan pasti mendapat balasan daripada Allah S.W.T.  di akhirat nanti. Jadi jom beramal kebajikan, dan jom bersedekah walaupun sedikit.

kredit gambar langitilahi.com

dapatkan eBook Rahsia Sedekah untuk mengetahui rahsia keajaiban bersedekah

Kalau nak bersedekah tak semestinya dengan memberi wang tunai, ia boleh dalam bentuk pakaian, makanan dan macam-macam lagi. Mengajak orang miskin berbuka bersama sama pun di kira bersedekah. Cuba bayangkan berapa banyak balasan yang kita dapat daripada Allah S.W.T.? Sudah tentu tak bayang balasanNYA kepada kita kalau kita benar-benar ikhlas bersedekah.

Jom bersedekah walaupun sedikit 🙂

kredit gambar langitilahi.com

Share
Comments
  1. Riza Afzan Asri
  2. sabree hussin
    • Uncle Zuan
  3. DRAMATIC UNIQ
  4. anies
  5. Dja@Sishaza
    • Uncle Zuan
  6. Jia Rizaira
  7. adarain
  8. Noriza Rahman
  9. musadun
  10. mrhanafi
  11. Hafizul
  12. JMR
  13. titan
  14. Lenny Boniface
  15. Khir Khalid
  16. anuar
  17. reezluv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge