Jom Berbuka Puasa di Dorsett Putrajaya

Share

Sempena dengan kedatangan Ramadhan yang penuh barokah tahun ini, Dorsett Putrajaya juga tidak ketinggalan memperkenalkan juadah berbuka puasa mereka.

Di area Putrajaya sahaja, setakat ini, uncle tau ada 2 tempat berbuka puasa yang best yang uncle dan wife dah terjah. Dorsett Putrajaya ni best pada uncle sebab ruangan dia tak terlalu besar sangat, jadi, tak ramai orang. Bila tak ramai orang, nak berbuka pun boleh chill je, tak sesak hehe.

Lagi best lagi, di Dorsett Putrajaya ada lebih 300 juadah berbuka menanti pengunjung di restoran Cita Rasa. Dengan pemandangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, pengalaman berbuka disini pasti tak dapat dilupakan uncle dan isteri.

Juadah Berbuka Dorsett Putrajaya

Antara juadah berbuka yang dihidangkan di Dorsett Putrajaya adalah Pek Nga Kelapa dengan Kari Ikan, Laksam Kelantan, Nasi Kerabu, Nasi Lemak Delima dengan Sambal Hijau, Lempeng Pisang, Sup Ger Box, Bubur Lambuk Istimewa, Lemang, Nasi Impit, Rendang Daging, Shawarma Kambing dan Ayam, Air Batu Campur (ABC), Cucur, Apam Balik dan banyak lagi.

Banyak kan menu yang ada. Uncle suka buffet macam ni, so boleh berbuka dengan relax, tak perlu pening kepala.

Lagi best, tempat solat di Dorsett Putrajaya ni satu tingkat dengan restoran tempat berbuka, tak perlu ke tingkat lain untuk solat. Makan sikit untuk berbuka, kemudian boleh maghrib, dan kemudian boleh sambung solat semula, tak perlu terkejar-kejar nak makan dan nak solat pada masa yang sama.

Macam mana nak booking voucher ramadhan Dorsett Putrajaya? Mudah sahaja, boleh booking di https://dorsettbooking.com/ramadan-kl.php atau call di panggilan, +603 2716 1010 atau email di info.kualalumpur@dorsetthotels.com.

1,446 total views, 6 views today

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge