Jimat USD30 Di Colombo Dengan Hanya Berjalan Kaki
Bila travel, antara perkara yang menjadi keutamaan uncle adalah mengecikan bajet sekecil ‘antman‘ yang boleh. Ia adalah satu trophy pada uncle kalau uncle dapat mengurangkan bajet travel uncle.
Makna kata, kalau bajet uncle hanya $100 USD, uncle tak boleh berbelanja lebih dari $100 USD sepanjang uncle travel. Uncle kena kurangkan perbelanjaan bawah dari $100 USD atau ngam-ngam ikut bajet.
Bunyi macam kedekut kan? Yups, uncle memang kedekut sikit bila uncle travel. Sebab tu uncle jarang sekali beli buah tangan hehe.
TAPI kelebihannya lagi banyak duit anda dapat jimat, lagi banyak tempat anda dapat pergi 😉
Untuk travel kali ini, uncle akan meneroka bandar Colombo, Sri Lanka seperti uncle teroka kota Singapura, dan badar Saigon tidak lama dulu.
Kebetulan uncle ke Colombo pada hari raya ke-4. Jadi macam biasa, Masa yang sesuai untuk membakar semula apa yang uncle makan pada raya pertama hingga raya ke-3.
Nota: Untuk masuk ke Sri Lanka kita yang memegang Passport Malaysia memerlukan ETA (Electronic Travel Authorization), boleh dipohon ETA secara online di >>> http://eta.gov.lk/ dengan harga $30 USD. Kalau nama anda okay, fast approval. Anda akan dapat email kalau ETA approve. Tak perlu salinan passport, sebarang dokumen, atau salinan gambar untuk memohon ETA. Anda boleh pusing keliling Sri Lanka selama 30 hari dengan ETA ini.
Macam Mana Uncle Jimat USD30 Di Colombo?
Baik, tools yang penting bila nak teroka sesebuah bandar itu adalah peta. Peta boleh di beli, di cetak sendiri, di download dan macam-macam lagi. Dan dengan adanya teknologi, anda boleh gunakan Google Map ataupun Waze. Tapi uncle tak nak guna Google Map atau apa-apa applikasi yang memerlukan penggunaan data selular.
Tak salah kalau kedekut time Travel. Hehe jadi uncle tak beli simkad pun sepanjang berada di Colombo. Uncle hanya gunakan WiFi di motel dan di kafe.
Jadi solusi kepada masalah ini adalah applikasi Triposo. Siapa yang pernah baca kisah uncle travel ke Ho Chi Minh, pasti tau yang uncle gunakan applikasi Triposo untuk ke sesuatu lokasi.
Baca > Tips Penginapan, Makanan Halal, dan Tempat Menarik Yang Ada Di Colombo
Triposo ni satu apps yang sangat penting pada uncle bila nak explore sesuatu bandar. Apps ni boleh di download secara PERCUMA, dan anda boleh download map dan tarikkan tempatan yang yang ada dengan menggunakan apps ini. Yang bagusnya apps ni boleh track current location kita tanpa menggunakan celular data. Dengan menggunakan map yang telah di download anda boleh dari satu lokasi ke satu lokasi dengan mudah.
Kelebihan apps ni, dia dah siap-siap highlight local attraction ada untuk tempat yang anda dah download. Bukan tu je, siap ada info pasal tarikan tersebut. Jadi dengan apps ni, tak perlu lagi tanya orang tempatan macam mana nak ke tempat kita nak tuju.
Jadi dah dapat idea kan macam mana uncle boleh jimat duit bila uncle travel?
Baik, dengan penjelasan uncle, sudah terjawab kan macam mana uncle Jimat $30USD Di Colombo Dengan Hanya Berjalan Kaki.
Nota: Untuk hari pertama, uncle keluar dari motel jam 9 pagi, dan pulang semula ke motel pada jam 7 petang. Hari ke-2 uncle keluar motel (terus checkout) jam 10 pagi dan pulang semula ke motel untuk naik transport ke airport jam 7 petang. Anda perlukan air yang banyak sepanjang meneroka bandar Colombo sebab Colombo sangat panas.
Tersenyum lebar uncle bila nampak iklan ni kat motel ang uncle inap. Tak dinafikan memang banyak kawasan dia cover. Tapi demi mendapatkan ‘trofi’, uncle tak ambil pun pakej ini dan uncle hanyak berjalan kaki untuk cover tarikkan yang ada di Colombo.
Sepanjang jalan akan ada ramai pemandu tuk-tuk yang akan cuba untuk offer anda menggunakan perkhidmatan mereka ke attraction yang ada di sekitar Bandar Colombo.
Tolak offer mereka baik-baik kalau tak nak ambil offer tersebut. Jangan risau, mereka takkan paksa atau cuba untuk pujuk anda naik tuk-tuk berkali kali. Once you said “No, Thank You” diorang okay je.
Kelebihan travel tanpa sebarang tour guide adalah ada yang kawal kemana anda nak pergi.
Dan uncle bernasib baik, uncle terjumpa tempat ni semasa uncle jalan-jalan di tepi Galle Face.
Tempat ni tak diletakkan sebagai tarikkan tempatan di Triposo apps.
Hidden Gem!
Yang star warna biru tu antara tempat yang uncle cover menggunakan apss Triposo. Agak-agak berapa kilometer uncle jalan? hehe Oh ya, apps ini juga memudahkan anda untuk cari tempat makan, shopping complex, bank dan tempat penginapan yang ada.
Bajet Travel ke Colombo (ground sahaja)
Baik, ada yang pernah PM uncle minta uncle kongsikan bajet travel ke Colombo, di sini, uncle kongsikan bajet travel uncle ke Colombo untuk rujukkan anda yang mungkin ada plan untuk travel ke Colombo pada masa akan datang. Bajet ini untuk 2 hari di bandar Colombo sahaja ya. Tempat lain di Sri Lanka uncle tak sempat nak cover hehe.
ETA:
USD 30 / RM120
Transport:
Airport ke Motel (LKR2000 / RM55)
Motel ke Airport (LKR2400 / RM65)
Penginapan:
CityRest Fort – 1 Dorm kongsi 4 Orang (RM 140)
Makan:
Breakfast (disediakan pihak CityRest Fort secara PERCUMA)
Lunch & Dinner (LKR 400 / sehari)
Total bajet: USD100
Kenapa uncle gunakan USD? Sebab biasanya sebelum uncle nak travel, uncle dah convert siap-siap duit uncle ke USD. Sebab senang nak kira dan diterima di mana-mana negara.
Harap perkongsian uncle ini membantu anda yang masih blur mengenai bajet untuk ke Colombo.
Sekali lagi, terima kasih kepada penaja tiket flight uncle ke Colombo, Travel Blogger Anil Wanina. Anda memang ohsem!!!
5,529 total views, 1 views today
wahh..
untunglah ada orang taja.
titan recently posted…Jobdirumah Payment – Kali ke 722-796
haha taja flight je
Uncle Zuan recently posted…Solusi Terbaru Kepada Masaalah Kulit Berkedut dan Tidur Berdengkur Pada Waktu Malam
Tips jimat memang ramai yg suka…lagi2 la saya. Sama kita bukan kedekut tp ada lg hal yg lebih penting…
Seri nian recently posted…15 Punca Haid Tidak Teratur dan Cara Rawati Hormon untuk Pulih
utamakan mana yang lebih mustahak kan 🙂
Uncle Zuan recently posted…Deoroant Semburan ‘Tanpa Gas’ Pertama Di Malaysia
Kalau sejuk syok la jalan kaki, tapi kalau panas… seksa jugak ni. Uncle tak minat naik beskal ke ho ho
sabree hussin recently posted…Bagaimana cara menjadi PAKAR dalam bidang dan kerjaya pilihan anda?
bukan tak minat, cuma tak jumpa mana mana tempat nak sewa basikal haha.
kalau ada, boleh juga konsider untuk sewa hehe
Uncle Zuan recently posted…Deoroant Semburan ‘Tanpa Gas’ Pertama Di Malaysia
Terperinci sgt .. Bestnye tgk dia ni asyik travel je , jeles aiols haha btw cantik jgk colombo ni .. Banyak tak pokemon colombo kikiki
waktu pergi Colombo, tak keluar lagi game Pokemon Go hahaha
Uncle Zuan recently posted…Deoroant Semburan ‘Tanpa Gas’ Pertama Di Malaysia
Wah..best la Anil yang taja tiket…luas pemandangan kan…
alhamdulillah, rezeki.
rezeki kan datang dalam pelbagai bentuk. dapat tiket free dan dapat ke negara orang untuk belajar sesuatu yang baru untuk dikongsikan kepada semua pun salah satu bentuk rezeki gak 😀
Uncle Zuan recently posted…Deoroant Semburan ‘Tanpa Gas’ Pertama Di Malaysia
nak gak jalan tapi tak pandai bab budget slu bawa lebih takut terlepas rm heee…
akak dah berkeluarga, tak apa kalau bajet tu terlebih. macam saya ni bujang dan selalu travel solo, jadi tak ada masalah sangat kalau bajet kecil 🙂
Uncle Zuan recently posted…Deoroant Semburan ‘Tanpa Gas’ Pertama Di Malaysia
uncle ni memang kedekut yang kena pada tempatnya..
lepas ni kena travel berdua dgn isteri lak bro..
adeh. bab isteri tu kena tunggu dulu. tak sampai lagi masa tuk beristeri hehe
Uncle Zuan recently posted…Deoroant Semburan ‘Tanpa Gas’ Pertama Di Malaysia
uncle memang bijak dalam bab penjimatan luar biasa..teruja saya membacanya
Hero Borneo recently posted…Anis Coffee Goda Hero Borneo Team
terima kasih.
tapi skill masih lagi tumpul. kena banyak belajar dari pakar 🙂
Uncle Zuan recently posted…Deoroant Semburan ‘Tanpa Gas’ Pertama Di Malaysia
Betul2 save uncle nie….terbaik bro….
Introducer maybank recently posted…Testemoni terkini usahawan2 dan peniaga2 yang telah saya berikan bantuan sebagai introducer akaun semasa maybank/cimb
lagi banyak kita save, lagi banyak tempat kita boleh pergi 😀
Uncle Zuan recently posted…Deoroant Semburan ‘Tanpa Gas’ Pertama Di Malaysia