Jeram Gading Setanding Jeram Toi, Tapi…
Tidak sepopular Jeram Toi dan Ulu Bendul, Jeram Gading adalah salah satu lokasi rekreasi air terjun yang ada di dalam Negeri Sembilan.
Sebenarnya agak leceh nak locate lokasi Jeram Gading ni mengunakan GPS. Tempoh hari tersasar uncle tersasar 10km dari lokasi sebenar apabila hanya berpandukan GPS untuk ke Jeram Gading. Haha.
Lesson yang uncle belajar pada hari itu, jangan percayakan GPS. Ikut je tanda arah yang telah disediakan (walaupun tak banyak).
Jeram Gading terletak di bawah penyeliaan Majlis Daerah Jelebu iaitu cuma 23km dari Kuala Klawang. Kalau susah nak sampai sini, cari je dulu Kampung Chennah.
Memang hutan dan dusun sahaja yang anda akan nampak sepanjang perjalanan melalui jalan bengkang bengkok ke sini. Kalau menaiki skuter macam uncle, boleh mengigil kesejukkan dalam perjalanan ke sini walaupun cuaca panas terik pada waktu itu.
Yang unik mengenai kawasan Jeram Gading ni adalah 2 jambatan gantung yang menghubungkan kedua-dua tebing sungai. Lokasi yang cantik untuk mengambil gambar untuk kenang-kenangan.
Tapi malangnya satu sahaja jambatan yang masih elok dan selamat untuk di gunakan. Lagi satu dah nampak tak selamat sebab dah ada rekahan pada kayu.
Nota: Tak disarankan untuk menggunakan jambatan tersebut.
Sejarah Jeram Gading:
Jeram Gading terledak di Mukim Kenaboi, 23km dari pekan Kuala Klawang. Dipercayai gading gajah bayak ditemui di sini pada suatu ketika dahulu memberikan ilham penciptaan nama Jeram Gading.
Jeram ini menyusuri Sungkai Kongkoi dan terdapat banyak bongkah batu besar yang dahulunya adalah tempat pembesar Melayu yang berulang alik dari Jelebu ke Pahang.
Memang syok mandi kat Jeram Gading ni. Airnya sejuk sehingga ke tulang, kawasan jauh dari kesibukkan jalan, dan minda sentiasa rasa tenang sahaja melihat kehijauna hutan di sekitarnya.
Nota: Kena berhati-hati memilih lokasi untuk mandi sebab arus air sungai agak deras, dan ada kawasan yang agak dalam.
Kalau anda dah perasan, ada banyak pokok buluh di sekitar kawasan Jeram Gading ni. Cuma malangnya, buluh-buluh yang telah rebah mencium bumi dan tidak dibersihkan oleh pihak pengurusan. Ini telah memedihkan pandangan mata uncle sepanjang berada di sini.
Disebalik keseronokkan dan ketenangan beriadah di sini, banyak juga perkara yang mengejutkan uncle apabila berada di Jeram Gading tempoh hari.
Uncle dapati tak banyak pengunjung yang datang berekreasi bersama keluarga di sini. Walaupun airnya lebih dalam dan jernih dari Jeram Toi, tak ramai yang ke sini. Ada la uncle nampak 3 ke 4 kumpulan remaja dan keluarga yang datang ke sini.
Selain itu uncle dapati tandas dan tempat rehat tidak lagi di jaga di sini. Tandas kotor. Banyak semak samun dan sampah sarap di sekitarnya. Risau juga kot-kot ada ular atau serangga merbahaya si sekitar kawasan ini.
Uncle harap pihak penyeliaan dan pengurusan Jeram Gading alert mengenai hal ini dan mengambil tindakkan sepatutnya iaitu membersihkan dan menarik taraf kawasan Jeram Gading dalam usaha menjadikan jeram ini tempat rekreasi yang selesa dan selamat untuk di kunjungi keluarga dan anak-anak muda.
24,435 total views, 4 views today
Kawasan yang berpotensi x untuk kaki pancing
Saya ingin tahu berapa pokok durian ada disini dan sejuah berapa luas kawasan durian dalam resort and dikawasan selepas resort?
Jumlah kawasan Jeram Gading adalah berapa Ha dan ada berapa kamal dan berapa orang boleh masuk tidur?
assalamualaikum ….
saya sedang mencari2 port baru tuk release tension. mcm berhuhuhuhu je tempat ni. tandasnya dh mcm gitu. chalet nya mcm mana ye. sebabnya nak bwk anak2, bermalam. anak2 yg besar umur 19 & yg kecik 5 tahun. boleh beri saya cadangan?
salam. saya tak rekomen untuk bermalam di Jeram Gading. adalah lebih baik ke Port Dickson sahaja. Banyak pilihan hotel dan banyak aktiviti boleh buat di sana.
Terima kasih ye di atas cdgn.
Pegi sungai lopoh kt langat.. lau bawak family bole stay kt chalet. Ade kolam sungai kt dpn chalet. Lau rajin bole try trekking naik oegi air terjun dia jungke trek 1 jam setengah baru smpai air terjun dia.. port nice duit save.
Macam seram jer.. Aduiii.. Ngah cari lokasi nak bercuti ni
Dkna Abza recently posted…Friso Gold Susu Baru Untuk Mikhail
Nampak seru ni, bole aku nak coba Thanks 🙂
tidak sesuai nampaknya bawa kanak-kanak, jambatan x kukuh dan airnya deras…yg bestnya dekat je jelebu tu..huhuhu
bila tak ramai yang berkunjung…semuanya tak terjaga…berapa lama la terbiar agaknya ni…huhu
Ezad Skytech recently posted…BoBoiBoy : The Movie – Kejutan Kuasa Baru BoBoiBoy ?
Bestnya kalau dapat peluang menjejakkan kaki di sini… Melihat keindahan alam cipataan tuhan… 😉
Anuar recently posted…Pemenang Contest SEO Pengalaman Bersama ONEXOX
Ada free time, datang la ke Jeram Gading. kasi naik tempat ni 😀
Uncle Zuan recently posted…Masa Terisi Dengan Membaca Blog Retis Official
pehh..
main kat jeram plak ye ko.
terbaiklah.
titan recently posted…Boleh KAYA ke dengan Affiliate?
haha asyik main laut je, layan jeram pula 😀
Uncle Zuan recently posted…Jeram Gading Setanding Jeram Toi, Tapi…
kebanyakkan nya kalau air terjun yang tak femes ni, pengurus malas nak uruskan toilet.
walhal penting tu.
kalau nak buang air kecil tu bole la masuk dalam sungai.
buang air besar camne tu.
mungkin memerlukan budget yang tinggi kan
tu la masaalahnya.. nak tungu femes baru nak jaga toilet cantik cantik. susah la macam tu
Uncle Zuan recently posted…Jeram Gading Setanding Jeram Toi, Tapi…
Kawasan mandi yang agak dalam dan curam ni perlu dipantau kalau nak mandi kan..bahaya kita tak tahu bila dan dimana
Noriza Rahman recently posted…Kuatkan Sistem Imun dengan Nutriferon dalam Masa 3 Hari!
betul tu. macam mana pun, mana mana pun sentiasa perlu berhati hati.
Uncle Zuan recently posted…Jeram Gading Setanding Jeram Toi, Tapi…
saya memang cerewet bab tandas nih…harap-harap pihak berkuasa menjalankan tugas…bagus uncle ketengahkan hal ini
siti hazreen recently posted…Hari Ini Cuti Sakit
bukan anda sahaja, siapa-siapa pun akan ambil serius bab kebersihan tandas ni.
yeahhh harap pihak berkuasa ambil tindakkan mengenai hal ini.
p.s uncle nak datang lagi sini untuk tengok perubahan tempat ini dari segi kebersihan kawasan dan kebersihan tandas terutamanya
Uncle Zuan recently posted…Jeram Gading Setanding Jeram Toi, Tapi…
kalau betul2 dijaga ok nih tempat nih… mungkin pengurusan budget pun ngam2 jer… susahla nak dibangunkan
zik recently posted…Keputusan penuh dan carta liga super 16.2.2016
betul tu.
tapi walaupun bajet tak banyak, sekurang kurangnya kebersihan kawasan di jadikan keutamaan juga 🙂
Uncle Zuan recently posted…Jeram Gading Setanding Jeram Toi, Tapi…
syok kalo mandi kat situ pastu tak ramai orang. Baru puas mandi. heheh
itu saya setuju! hehehe
Uncle Zuan recently posted…Jeram Gading Setanding Jeram Toi, Tapi…
memang nampak terbiar kawasan jeram ni. mungkin sebab tu tak ramai pengunjung yang datang.
Siti Badariah Baharin recently posted…Semangat Yang Hilang
hmm rasanya sebab ramai orang tak datang la tempat ni jadi terbiar.
harap dengan bantuan entri ini, ramai orang terjah ke jeram gading, dan membangunkan pihak pengurusan dari tidur mereka, dan bergegas menjaga kawasan jeram gading ini
Uncle Zuan recently posted…Jeram Gading Setanding Jeram Toi, Tapi…
Apa daa Uncle Zuan ni. Pi x mengajak kawan.
Fauzi Sabri recently posted…NARIS PHU VIEW RESORT, SATUN THAILAND
hahaha tempat ni baru saya explore, kalau tempat yang pertama kali pergi, memang takkan ajak kawan. selalu solo je 😀
Uncle Zuan recently posted…Jeram Gading Setanding Jeram Toi, Tapi…
best kalau dapat berkelah dengan keluarga. tapi tandas tu ok lagi ke?
Raihanah Ahmad recently posted…10 Cara Tingkatkan Sistem Imun Secara Semulajadi
hmmm akak tak baca ke apa saya tulis kat atas 🙁
Uncle Zuan recently posted…Jeram Gading Setanding Jeram Toi, Tapi…
best juga kalau dapat pergi berkelah bersama keluarga di tempat begini…cuma perlu berhati-hati dan sentiasa mengawasi keselamatan
mrhanafi recently posted…Kenangan Terindah Ke MRSM Betong
dua yang saya risau kalau bawa anak anak kecil beriadah di sini adalah air yang deras dan ancaman hidupan liar. kawasan dah nampak tak terjaga, risau juga ada hidupan liar pelik pelik kat kawasan ini
Uncle Zuan recently posted…Jeram Gading Setanding Jeram Toi, Tapi…
kalau macam tu bahaya juga..namun santai-santai sahaja boleh kot..
mrhanafi recently posted…Wahai Lelaki Jangan Nodai Cinta
alamak nampak macam dah tak terjaga la tempat tu..tandasnya pun dah bersemak
olaoli recently posted…Sakit Gastrik Pengalaman Yang Menyeksakan
keadaan tandas yang tak terjaga membuatkan uncle cepat-cepat siapkan entri ini untuk di kongsikan kepada pembaca. harap pihak pengurusan mengambil tindakkan mengenai perkara ini. kesian kat mereka yang datang jauh jauh untuk beriadah kat sini.
Uncle Zuan recently posted…Jeram Gading Setanding Jeram Toi, Tapi…
pernah ke sini beberapa kali pada tahun 2015..
kalau melihat persekitaran memang dah lama terbiar kwasan ni..
saya suka pergi sini sebab tak ramai orang yang datang berkunjung, jadi memudahkan saya untuk cari tempat yang sesuai dan selesa untuk berkelah dan mandi.. sebab saya jenis tak suka tempat ramai orang.. hahaha..
tapi dari segi kemudahan, bila saya dah selesai mandi semua, saya bilas badan dan tukar baju di mana2 toilet stesen minyak…