James Bond Island Tour, Phuket

Share

Masih dalam mood balik dari honeymoon. Ramai juga yang tanya, mana gambar bercuti dengan wife? Tak ada share ke?

Bukan tak ada, kami ada share juga di social media masing-masing, cuma kami akan kongsi lebih lagi di instagram baru kami berdua khas untuk travel iaitu @SyaShaTravel. Follow kalau nak tengok lagi gambar-gambar travel kami pada masa akan datang.

Bila uncle cek balik kat blog ni, dah lama uncle tak share story uncle travel, so untuk entri kali ini uncle nak share pengalaman berada di Phuket, Thailand.




Pengalaman ke Phuket, Thailand

Okay nak cerita pengalaman uncle dan isteri ke James Bond Island, Phuket. Ini kali pertama uncle ke Phuket, tapi kalau ke Thailand tu dah banyak kali la. Wife uncle pun seorang traveler yang menulis di blog runawaybella.com. Jodoh travel blogger dengan travel blogger. Wife uncle dah beberapa kali ke Phuket dan masih mengemarkannya.

Kenapa?

Salah satunya adalah kepelbagaian makanan dan senang untuk dapat makanan Halal di Phuket. Servis massage kaki yang sangat murah, kepelbagaian aktiviti yang ada,  dan kecantikkan laut dan pantai Phuket itu sendiri.

Selama 4 hari berada di sana, salah satu aktiviti yang kami lakukan adalah mengikuti James Bond Island Tour.

Kenapa Nama James Bond Island

James Bond Island ni adalah satu tempat pengambaran filem James Bond: The Man with the Golden Gun. Pulau ni memang cantik, sebab tu dipilih sebagai salah satu lokasi pengambaran filem antarabangsa James Bond.  Nama sebenar pulau ini adalah Khao Phing Kan dan kadang kala dikenali sebagai Ko Ta Pu. Kepulauan ini terletak di Phang Nga Bay, salah satu tempat travel popular dunia.

Boat Lagoon Marina

Kami diambil di hotel kami seawal jam 7 pagi ke Boat Lagoon Marina. Tempat bot berlepas ke James Bond Island.

James Bond Island Tour

Kami mengambil servis tour ke James Bond island daripada Vitamin Sea Tour Phuket. Satu hari trip dari pengangkutan dari hotel hingga ke makanan halal, hanyalah THB 3,500 untuk seorang dan THB 1,800 untuk kanak-kanak. Sepanjang kami mengikuti trip under Vitamin Sea Tour Phuket ni, memang puas hati. Staff ramah, boat yang disediakan bersih, bilangan yang mengikuti tour tak terlalu padat, mereka sentiasa menyediakan air supaya tak dehydrate, dan yang penting ada disediakan makanan halal. Memang uncle rekomen anda gunakan servis mereka kalau anda ke Phuket.

Oh ya, jangan risau kalau anda mabuk laut, sebelum bertolak di jeti, anda akan diberikan pill untuk elak mabuk laut.

james bond island tour

Uncle diberi mandat untuk mengetuai trip ini. Ehh tak ada la. Gambar tu eksyen je macam pandai bawa boat haha.

Perjalanan ke destinasi pertama iaitu Khai Island mengambil masa lebih kurang 40 minit daripada jeti. Di Khai Island, anda akan diberikan masa untuk snorkeling. Ada juga buah-buahan dan restoran dibuka di sini kalau anda cuma nak bersantai sahaja.

Khai-island-snorkeling

Aktiviti Snorkling Di Khai Island.

Selesai aktiviti snorkeling di Khai Island, kami ke James Bond Island dimana kami dibawa untuk melihat keindahan kepulauan yang ada di sana.

Di James Bond Island. Tak ada aktiviti apa pun di sini, cuma mengambil gambar sahaja.

Selesai mengambil gambar di sekitar kepulauan James Bond Island, perut masing-masing pun dah lapar. Kami diberitahu yang kami akan disajikan makanan halal Thailand style secara buffet. Yeay!

Kami dibawa makan di restoran di Panyee Island. Sebuah kepulauan yang diduduki oleh rakyat Thailand yang menganut agama Islam. Jadi makanan yang disajikan di sini semuanya halal belaka.

Selesai makan, uncle ingat nak ambil masa untuk explore Panyee Island ni, nak tengok kalau boleh singah solat di masjid di sini. Tapi tak kesempatan masa dan kami perlu bertolak ke destinasi seterusnya.

Kami dibawa ke Hong Island. Sesi canoeing di sana. Yeay!

Aktiviti canoeing di Hong Island. Memang best! Memang mengujakan walaupun tak boleh mengayuh canoe.

 

Kami tak dibenarkan untuk canoeing sendiri sebab dikhuatiri tak balik-balik ke boat haha. Jadi kami ada tukang pengayuh canoe sendiri. Tengok gambar kat atas tu balik, kecik comel je kan pengayuh kami? Baru berusia 15 tahun dan seorang muslim. Kami dibawa pusing sekitar Hong Island yang ada beberapa pulau kecil. Aktiviti canoeing mengambil masa lebih kurang 30 minit. Habis canoeing, kami bagi tips kepada pengayuh kami.

Selesai aktiviti canoeing, habis la semua James Bond Island Tour kami.  Dari Hong Island, kami menaiki speedboat pulang ke jeti. Masa perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit. Dah petang juga la kami sampai ke jeti, iaitu lebih kurang 5 petang.

Selepas itu kami dibawa pulang ke resort yang kami menginap selama berada di sana. Ok dah habis mengenai James Bond Island Tour, next time, uncle kongsi mengenai tempat penginapan kami pula ya.

2,415 total views, 2 views today

Share
Comments
  1. farenexus nexus
  2. LeYa
  3. ewanthology
  4. Anuar
  5. Nina Mirza
  6. Ira
  7. nikkhazami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge