Jadilah Blogger Yang Beretika
Lama rasanya den tak tulis mengenai blogger, atau apa-apa yang berkait dengan dunia blog. Bulan september ni merupakan bulan yang paling kurang update di Blog Uncle Zuan dan juga Saiazuan Blog. Bukan idealess, tapi kurang kesempatan masa, masa yang ada pun banyak den habiskan untuk balas komen dan blogwalking. Alhamdulillah, den baru sahaja mendapat offer kerja, ia totally berlainan dengan background study den, ia adalah ‘keju baru‘ den. Den harap den dapat apa yang den nak kat tempat kerja baru ni kerana ia adalah tujuan utama den beralih ke ‘keju baru’.
Ok lah, berbalik kepada topik asal, Etika blogging.. Apa itu etika? Kalau di rujuk di kamus, dalam bahasa mudah ia adalah ‘salah satu cabang utama falsafah yang merangkumi kelakuan betul dan kehidupan baik’. Clear? Apa kaitan pula dengan dunia blog? Jom kita terjah beberapa etika yang telah aku jumpa sepanjang 4 tahun dalam dunia blog:
Balik-balik aku dengar:
- “Adoi geram betul la, si folan ni dah plagiat blog gua. Sesuka je dia copy paste semua. Dah la tak kreditkan blog gua. Nasib la Abu Seman bagitau gua.“
- “Cisss tajuk bukan main hot, gua ke link, hampeh.. Rupanya kucing dia yang hot. Terkena gua“
- “Geram betul aku dengan blogger popular ni, nak pi makan kat mekdi pun nak bagitau“
- “Apo bondo dia tulis ni? Tak paham den, banyak sangat short form, ejaan ke laut, loghat tah pape je..“
- “Aku bukan baca pun entry si folan, tengok tajuk dan gambar je, pastu aku komen la pape..ย Janji ada tinggalkan jejak“
- “Cisss, dah popular, berlagak. Dulu time baru nak UP bukan main baik lagi“
Dalam situasi di atas, dua-dua pihak mungkin ada menunjukkan sikap kurang beretika. Kurang beretika bukan bermaksud kita buat salah, tapi tak manis la buat begitu dalam bahasa mudah (Nak lebih pemahaman rujuk prpm). Kita cuba ulas komen-komen berikut dari sudut readers dan owner blog. Harap ia diterima umum;
Seperti situasi #1, kes copy paste. Rasanya kes macam ni dah selalu sangat berlaku. Kepada pemilik artikel tu, disable kan possibility untukย copy artikel di blog anda la. Mungkin ada pakar plagiat yang tahu guna developer tool untuk copy artikel itu, tapi tak semua yang tahu kan? (boleh check kat developer tool di setiap browser, lain browser mungkin lain namanya) Sekurang-kurangnya dapat la kurangkan bilangan plagiat tu. Perkara ini mungkin ada penyelesaian lain. Ada cadangan? Pada si plagiat pula, rasanya tak susah tulis satu baris ‘kredit entry blog sekian sekian…‘ dan letak la link entry yang mana kamu copy tu. Sejuk sikit hati ownerย entry tersebut bila dapat backlink dari kamu.
Untuk situasi #2, rasanya secara standard, blogger akan tulis tajuk yang hot untuk tarik pembaca. Tapi nasihat kepada pemilik artikel, bagi la tajuk yang relevant sikit. Tak takut ke bilangan visitor yang trust site kita berkurangan? Korang nak fokus pada return visit or new visit yang sampai tak takut hilang trust tu? Ke sebab nak trafik mantap je 24/7? Kepada reader, yang kamu tekan like dekat facebook page dia buat apa? Kan dan kena ‘kencing’. Btw situasi #2 ni dah biasa sangat berlaku, dan biasa sangat di gunakan di dalam dunia mass media, dan boleh dikatakan normal.
Untuk situasi #3, aku rasa itu hak blogger tu sendiri nak tulis apa. Biar je la dia nak post dia makan petola ke, nak keluar dengan hubby ke, tu hak dia. Yang kamu sibuk jaga tepi kain tu buat apa? Tak cukup kain ke nak jaga? Dah!
Untuk situasi #4, rasanya boleh jumpa dekat blog personal terutamanya pada blog girls. Secara etika di sudut readers, rasanya readers boleh pangkah je blog ni kalau tak paham penulisannya kerana secara jelas ia adalah jenis blog personal. Pada pemilik blog pula, rasanya tak salah kalau gunakan style santai dalam penulisan, tak perlu gunakan short form, loghat utara atau ejaan pemalas. Tulis ejaan penuh, senang orang nak baca. Kalau tak nak orang baca, kasi private itu blog. Ala paham?
Situasi ke #5 antara paling den tak berkenan. Ye la, bayangkan si pemilik blog bertungkus lumus menyediakan entry dan cuba menyelitkan info atau tips berguna kepada pembacanya. Kita mungkin tak perasan kerana sekali lalu tengok entry tersebut, takpun sebab tajuk entry tak bagitau ada tips dalam entry tersebut. Jadi dengan tanpa serba salah, tinggalkan komen yang tiada kena mengena langsung dengan entry. Yang lebih menyedihkan, si pengomen ‘like a boss’ pula di blog tuan tanah. Bila kita dah baca satu entry tu, kalau boleh tinggalkan la komen yang membina atau relevan, bukan komen ‘good morning, lama tak lawat blog ni, saya sentiasa mengikuti perkembangan blog ni tapi tak sempaat tingalkan komen‘ hehe :p
#6.. Hmm ada ke dikalangan yang popular lupa daratan? Sebenarnya pada den, tak ada blogger yang bila dah popular lupa daratan atau berlagak, dia mungkin terlalu buzy nak layan peminat peminat setia hoho..
Secara konklusi, kurangkanlah kutuk mengutuk antara kita. Kalau nak kritik, bagi la kritikkan membina jangan menjatuhkan. Kata melayu boleh?
Pada yang kerja copy paste tu, korang ni sibuk sangat ke sampai tak boleh nak luangkan masa update gunakan idea sendiri? Allah S.W.T. dah bagi akal fikiran, kenapa guna shortcut juga?
Pada yang tak suka blog personal tu, jangan la baca. Dah terang-terang ia sebuah blog personal, jadi mesti la pasal dia, dia jadikan diari dia. Watpe hang nak drop dia pulak?
Pada yang suka shortform tu, boleh kasi tulis elok-elok tak? Tahukah anda yang menulis di keyboard lebih seronok dan mudah berbanding di telefon bimbit?
Yang terakhir sekali, tolong la hargai masa si penulis blog. Bagi la komen yang berharga dan bernas, bukan komen ‘jerung lalu depan mata’.
Banyak lagi boleh dikupas kalau nak kupas seperti isu platform blogspot vs wordpress, isu blogger tipu link dan banyak lagi. Tapi den takut ekau ‘ke london‘ je kalau den tulis panjang-panjang hehehe
Till then, majulah blog untuk negara.
–Zuan–
p/s hampir satu bulan lebih den cuba siapkan entry ni..
About Author
Uncle Zuan
Seorang 'hantu burger' yang mula menulis blog sejak tahun 2009 dan telah menggunakan nickname 'Uncle Zuan' dalam dunia social media. Banyak berkongsi pengalaman travel, gaya hidup dan pendapat peribadi kepada pembaca.
Will be blogger beretika ๐
Farah Alina recently posted…Cepatnya Kandungan Ibu Membesar!
insyaAllah saya akan jadi blogger yang beretika. Peace no war. Hormati orang dan orang akan hormat kat kita balik
Nurul recently posted…5 Kesan Supplement Prenatal Shaklee
Sis setuju dengan Zuan..bab copy paste ni banyak kali dah terkena. 100% copy sampaikan ke gambarnya sekali.. lepas tu boleh pula blogwalking ke blog kita dan tinggalkan komen dengan selamba…
dja recently posted…Shabani Si Gorila Kacak
kurang asam betul itu orang.
hahahaha
1) copy-paste; bagi kite kalau dia nak copy menda tah pape tu x kisah sgt, tp bila bab bisnes HELL NO. dah pernah kena copy dulu. heh mujur bila ditegur dgn baik, budak tu pun take down entry tu. mihmih
2) eh eh, blog kite belog personal juga ni. bahaha mesti ramai berbulu je baca. haha
3) iols akan cuba kurang ayat merapu nanti ๐
4) bab komen tu memang setuju. kenkadang dah explain panjang lebar, boleh pulak org komen soalan yang takde kena mengena. heh
5) masing2 punya cara kan. hewhew
schaze zainn recently posted…Me in Audition?
biasalah tuh bro… copy paste perkara common.. . cuma perlu bertimbang rasa lah sikit… susah payah mencari idea untuk menulis…
zik recently posted…8 Pasukan yang mara ke suku akhir, piala malaysia 2013
kesedaran perlu ada di dalam blogger itu sendiri, cuma harap entry ni bagi ‘pelempang’ pada yang kurang beretika tu ๐
Zuan recently posted…Kad Kredit.. Kad Riba?? Kad Hutang???
komen jerung lalu depan mata tu macam mana hhe
sabree hussin recently posted…Mini Contest : Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging
tak berkait langsung dengan isi entry ๐
Zuan recently posted…Qurban Bermaksud Hampir atau Dekat
macam2 hal didalam dunia blogger ni kan..yang penting jangan gaduh2 sama kita..kasi sama2 naik la..kalau naik pun orang kita jugak kan
blogger lelaki recently posted…Edisi Jumaat : Kelebihan Istighfar
betul tu bro ๐
tips keempat tu rasanya tak berapa sesuai kot. Blog adalah hak masing2. Kadang2 ada orang gunakan blog sebagai diari dan sekadar mencuba function2 yang ada dalam blog ini sahaja.
ia sekadar pandangan peribadi dari kedua dua pihak, tak kondem pun ๐
terus terang gua kata blog gua dah macam – macam ada tapi takde pulak yang copy paste entri gua keh,keh,keh
onlajer recently posted…Side Income!
hehe diorang goyang nak copy tu.. tahniah kerana masih belum di copy ๐
Zuan recently posted…#KUM2013 Platform Networking Usahawan Muslim
kenapa nama blog uncle zuan. ada uncle? dah tua ke? hehe
tahun ni dah masuk 52..hahaha
Zuan recently posted…#KUM2013 Platform Networking Usahawan Muslim
haha..ada gak yang kena mengena dengan aktiviti blogging saya seharian..haha..terima kasih bro..kadang2 mungkin ada part yang kita terlepas pandang..huhu
Hafizul recently posted…Tips Ajar Anak Tak Pakai Pampers
sekadar pandangan peribadi.. ๐
Zuan recently posted…#KUM2013 Platform Networking Usahawan Muslim
Kesemua point tu dah terbiasa rasanya di dalam dunia blogging ni
wazy recently posted…Blogging is a Team Sport
dah terbiasa dengar, cuma ramai mungkin tak ambil serius mengenainya ๐
Zuan recently posted…#KUM2013 Platform Networking Usahawan Muslim
komen jerung lalu ke depan mata, hamoiii, personafikasi sungguh perlian itu.ekekke
hehe mendalam bukan
haha..berbaloi la sebulan tulis entry ni zuan. sorry la uncle zuan.. aku pun sekarang tak aktif sangat nak berblogwalking. macam tak meriah dah sekarang ni. hehe. tapi blog update je bila rasa nak menulis.
hehe takpe bro, terasa juga suam suam kuku tu, tapi tetap teruskan perjuangan menulis ni ๐
Zuan recently posted…#KUM2013 Platform Networking Usahawan Muslim
saya suka juga dengan entri ini..terbaik bro.
mrhanafi recently posted…Sambutan Jubli Emas Sarawak Merdeka Dalam Malaysia 2013
thanks bro ๐
blog itu ada keunikan yang tersendiri..
kakiblog recently posted…3 Blog Yang Menggunakan Bahasa Indah
yang unik itu bagus asalkan masih mengikut etika yang bagus..
makin luas dunia blogging, makin byk ragam dan ketidakberetikaan yang akan berlaku..hehehe
JMR recently posted…Vikingdom – garapan yang menyedihkan
dunia blog dan dunia sebenar, sama sahaja.. ๐
memang beberapa kali terkena copypaste tu. kena kutuk pun biasa, dah jadi asam garam.
Denaihati recently posted…WordPress Master Class dan Insentif bulanan
dah cukup rasa asam garamnya
lain orang lain ragamnya kan…kalau ada entri kita dicopy paste tanpa kebenaran, eloklah kita tegur dengan berhemah sebab tu karya kita tapi kalau hal-hal yang melibatkan karya orang lain..tak perlulah kita kutuk sebab itu gaya mereka. Mungkin kita tak suka baca tapi orang lain suka kan. ๐
puteri kasih recently posted…Mereka Yang Menyahut Cabaran
yus betul tu, tak perlu la kita terlalu sibuk nak mengaibkan orang lain
ada cara nak check samaada entry kita di copy paste atau tidak..??
papa mifz recently posted…Cermin Mata Tiruan
secara mudahnya kita boleh cuba untuk search sebahagian entry yang kita pernah tulis di dalam laman carian seperti google. Den tak tau kalau ada cara lain lagi
Zuan recently posted…Jadilah Blogger Yang Beretika
aku setuju dengan semua ni bro.hehe.
aku suka baca komen dulu baru aku baca entri. hari ini aku baca atas dulu baru baca komen. penangan entri ni.haha
pahan recently posted…Reblog Bersama Puteri Kasih Tentang Rahsia
thanks bro kerna hargai entry ini ๐
Zuan recently posted…Jadilah Blogger Yang Beretika
biasalah tu kan, dunia blog ni macam2x kita jumpa, semua nak cerita, dengan copy paste dan banyak lagi. Kalau perlu kita tegur secara baik.
Bahrain recently posted…Manusia Mudah Lupa
tegur secara baik tu lebih berkesan dari tegur secara maki hamun dan seumpamanya yang mambu mengaibkan orang lain..
Zuan recently posted…Jadilah Blogger Yang Beretika
akhirnya bro.. penantian ko update blog.. hehehe takpe aku paham.. Situasi ni aku dah dapat lihat hampir kesemuanya.. walaupun aku baru setahun jagung berblogging, namun aku dapat tengok pelbagai ragam dan karenah blogger ni.. Yelah pepatah dah mengatakan, rambut sama hitam hati lain-lain.. Banyak dugaan yang perlu kita tempuh untuk menjadi salah seorang dari mereka yang berjaya, komen dari Titan misalnya, pendek tapi merangkumi semua aspek yang perlu kita buat.. Hohoho aku memang amik serius daripada yang komen, mana yang negatif aku akan perbetulkan..
Penulisan juga aku bertambah baik, yelah takkan nak guna shortform.. nak cuba guna 100% bahasa Melayu, tetapi belum berjaya, teringin juga terbitkan artikel yang 100% Bahasa Melayu..
Irwan Alessa recently posted…Blogging is a Team Sport
alhamdulillah, ada juga kesempatan nak siapkan entry ni walaupun dah berat mata, jadi dah malas.. tapi siapkan juga..
hehe mr titan tu brilliant, jangan ambil mudah komen komen dia..
Memang tak tahan dengan situasi nombor 2 dan 4…
Mohd Shubhi recently posted…Amanah dalam kehidupan
den selalu terus tekan pangkah je bila kena macam tu
Kupasan yang menarik tentang isu blogger. .. ada masanya saya juga buat perangai tak senonoh ni. .. tapi dah insaf dah. .. hehehe. .
anuar recently posted…Seminar SPM Didik Berita Harian Daerah Sabak Bernam 2013 di PSIS
kupasan biasa biasa ja, tak menyeluruh sangat ๐
Aku x baca pun entri ini, Komen terus jela kan.. HAHAHA . =P
hafiz hafizol recently posted…JEMPUTAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-41 UKM
ok sentap..hahaha
Betul la.. akak setuju part personal blog dia sukati dia.. hihi lepas satu insiden.. akak mmg akan mengelak pandang blog personal yg tak sesuai dgn akak.. ๐
kak dayah recently posted…Kesian muja
hehe harap blog saya di hati akak ๐
hehehe…. blog sy pun byk y personal :p wkakkaa… tapi y personal kita tu maybe org lain boleh ikut :p ahaha… plagiat ni mmg xleh lari lam dunia blog nih.. halal kan la je.. ehhehexD
aisya lieza recently posted…Kelas!!
hehe personal kamu tu ada geli geli tak? :p
Isu ini sentiasa berlaku bukan setakat tempatan turut luar negara. Beberapa tahun dahulu entri saya pernah plagiat oleh negara jiran.
akubiomed recently posted…Persidangan Antarabangsa Kejuruteraan Hospital Dan Pameran 2013
Sekarang ni pelajaran etika/ethics perlu di beratkan di sekolah-sekolah. Tak kesah la ditekankan pada etika macam mana, tapi bila kita dah ada etika apa apa kita buat pun mesti akan penuh beretika ๐
simpati dengan bro atas isu plagiat..