iPro Ampang – iPhone Motherboard Repair Terbaik Ampang KL

Share

iPhone ni orang kata phone mahal, nak repair pun mahal kalau rosak. Banyak yang beranggapan bila dah rosak tu kena la tukar baru sebab kos repair je dah macam tukar baru.

Ok la, dulu boleh la kata macam tu, harini uncle dapati banyak kedai repair smartphone yang boleh baiki kerosakkan pada iPhone. Terutamanya kerosakkan pada motherboard. Bila sebut motherboard rosak je, mesti dah terfikir yang iPhone tak boleh repair lagi, dan kalau boleh repair pun mesti mahal kosnya kan?

Sebenarnya, kalau iPhone anda rosak, masih lagi ada harapan untuk dibaiki. Apa kerosakkan di bahagian motherboad yang boleh dibaiki?

Antara kerosakkan yang POPULAR untuk iPhone model iPhone 6 dan iPhone 6Plus adalah Touch ID dan charging. Uncle dulu guna iPhone 6, masalah yang kerap berlaku adalah pada charging dia. Puncanya adalah sebab uncle kerap charge phone gunakan powerbank dan charger kereta. Kalau selalu sangat charge phone menggunakan powerbank ataupun charger kereta, ia boleh menyebabkan bateri cepat rosak dan pada masa yang sama akan memberikan kerosakkan kepada charging port dia juga.

Untuk model iPhone 7 dan 7Plus pula, masaalah charging dan audio yang mana suara kadang-kadang tak keluar dan sebagainya. Itu memang masalah yang annoying ye, terutama kalau anda kerap gunakan phone untuk membuat panggilan dan sebagainya. Tak pasal-pasal kena pakai headset je sepanjang masa nak cakap telefon. Uncle punya iPhone 6 pun ada masaalah macam ni juga dulu.

Selain itu, anda masalah lain yang boleh kat common pada iPhone adalah masalah display yang tak clear (biasa screen tak detect la, tiba-tiba gelap la), masalah no service atau no network dan masalaah memori.

Masaalah ni bukan boleh just hantar ke mana-mana kedai dan minta diorang repair, kadang-kadang diorang suruh tinggal sampai seminggu, dan seminggu kemudian tak siap-siap lagi. Uncle pantang bab tinggal phone ni, kita bukan tau apa yang dia buat dengan phone kita. Nanti silap-silap semua gambar dan maklumat kita dia curi.

iPro Ambang – iPhone Motherboard Repair Terbaik Ampang KL

Uncle selalu survey kedai-kedai yang boleh repair smartphone. Dan ada beberapa yang uncle percaya dengan kepakaran dan keboleh percayaan dengan servis mereka. Kalau anda tinggal di sekitar KL dan Ampang terutamanya, anda kena simpan dalam memori anda kedai iPro Ampang. Sebab apa? Nanti kalau phone anda rosak, iPro Ampang pasti terlintas dalam fikiran anda.

iPro Ampang KL

iPro Ampang menyediakan perkhidmatan terbaik dari segi repair iPhone yang dah water damage, motherboard problem, masaalah antena, skreen rosak, tukar bateri dan update iOS yang terkini.

Staff iPro akan cek dulu kerosakkan, dan bagi cadangan apa yang perlu di-repair. Kemudian phone anda akan ‘dirobek’ di depan mata anda. Hehe seram pula cakap iPhone dirobek, nanti terus tak jadi pula anda nak hantar repair. Tapi ya, staff mereka akan terus repair phone anda depan-depan anda. Jadi tak perlu la tinggal phone dan ambil semula bila dah siap.

Setiap original part yang iPro tukar, akan ada warranty 180 hari. Jadi tak perlu risau kalau baru seminggu repair, masaalah datang lagi.

Alamat iPro Ampang: 8A, Jalan 1/67B Off Jalan Mengkudu, KL (boleh juga Waze: iPro Ampang)

Waktu Operasi: Setiap hari dari jam 10 pagi sehingga 9 malam (kecuali Jumaat, 3pm-9pm)

Whatsapp/Call+6 014 5000 085

Websiteiphonerepairkl.com

Facebook: @smarphonerepairampangkl

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge