#instastory: 3 Hari Uncle Zuan di Tokyo
Siapa biasa pakai Instagram Story (#instastory)? Uncle sekarang kalau travel, nak bagi uncle tak lupa itinerary perjalanan, uncle akan gunakan #instastory di instagram @unclezuan11 untuk kongsikan video dan gambar kepada follower instagram uncle.
Selain dari catat nota di telefon, instastory adalah salah satu cara terbaik untuk catat nota perjalanan kita ke mana sahaja kita travel sebab anda boleh letak masa, suhu dan lokasi kat #instastory tu. Jadi lebih mudah la nak ingat balik kat mana kita pergi, pukul berapa dan beberapa detail lain lagi.
Tapi #instastory story ni ada kekurangannya. Apa segala video atau gambar yang anda share hanya akan available untuk 24 jam sahaja. Jadi sebelum apa yang anda share kat #instastory tu hilang, boleh la save gambar atau video #instastory tu di telefon anda.
#instastory: 3 Hari Uncle Zuan dan Projek Travel di Tokyo
Baik pada yang tak follow uncle di instagram @unclezuan11 mesti terlepas instastory 3 hari Uncle Zuan dan Projek Travel di Tokyo Jepun kan? Pada yang terlepas tu, tak perlu risau, tak perlu sedih, uncle nak share semula koleksi #instastory uncle sepanjang 3 hari berada di negara matahari terbit bersama Amna Home dan Cuti-Cuti Jepun.
Ini adalah perkongsian ringkas sahaja mengenai trip Uncle Zuan dan Projek Travel ke Tokyo. InshaAllah di entri akan datang, lebih banyak info akan uncle kongsikan. Jadi layan dulu perkongsian #instastory ni ya.
Hari Pertama di Tokyo
Kami tiba di Narita Airport Tokyo pada jam 6 pagi. Suhu kat sana sangat sejuk pada waktu pagi. Jadi kami ambil keputusan untuk duduk di dalam airport sementara tunggu wakil dari Cuti-cuti Jepun dan Amna Home untuk ambil kami di airport.
Pertama kali naik train perkhidmatan train di Jepun. Memang betul la yang ‘accuracy is their culture.
Kami menginap selama 3 hari di Amna Home Homestay yang terletak di Asakusa Station. Hanya 3 minit berjalan kaki dari train station.
Nampak je macam tak sejuk sangat kan winter kat Tokyo, tapi sebenarnya sejuk giler bila angin mula bertiup. Fuhhh mengigil beb.
Menariknya, lokasi homestay Amna Home yang kami inap berhampiran dengan beberapa tarikkan yang ada di sini. Jalan kaki tak sampai 10 minit nak ke Nakasame Dori atau shopping street.
Sensoji atau Asakusa Kannon Temple adalah tarikkan yang ada berdekatan dengan Nakasame Dori. Memang padat dengan pelancong kat kawasan ni.
Kemudian kami ke Ueno. Salah satu tempat tarikkan yang biasanya orang datang untuk membeli belah dan untuk makan.
Dan kemudian ke salah satu tempat yang menjadi kegemaran peminat anime dan peminat barangan elektronik, Akihabara Street.
Dan aktiviti petang kami diisi dengan window shopping di Shibuya. Salah satu kawasan paling sibuk di Tokyo. Dan disini terletaknya Shibuya crossing, laluan pejalan kaki paling sibuk di dunia.
Hari Kedua di Tokyo
Cuaca di sebelah pagi pada hari ke2 kami di Tokyo sangat baik. Langit cerah. Jadi kami ambil keputusan pagi tu untuk berjalan di sekitar Asakusa river. Tak jauh dari homestay yang kami tinggal.
Kami mengambil train ke Disneyland dan Disneysea. Perjalanan ambil masa lebih kurang 1 jam dari homestay.
Disneyland. Tak masuk pun, just ambil gambar di luar. Kalau nak masuk Disneyland ni kena ada masuk dari awal pagi dan spend la the whole day kat dalam tu.
Berdekatan dengan Tokyo Tower, ada gerai yang menjual sweet potato. Sangat sedap makan waktu sejuk sebab ia dijual panas-panas. Harga cuma 300 yen je.
Pada sebelah malam kami lepak di Odaiba. Sebuah pulau buatan yang ada di Jepun. Kat belakang uncle tu adalah replika Liberty of Statue.
Dan sudah tentu, tarikkan utama di Diver City, Odaiba adalah replika saiz sebenar Gundam RX-78.
Nota; uncle dengar khabar yang figura ini hanya akan berada di sini sehingga 5 April 2017. Sejauh mana khabar ini? Kita tunggu macam mana, Sebab khabarnya ramai juga yang tak puas hati yang replika ini bakal diturunkan oleh pihak Bandai.
Keunikkan yang ada di Amna Home Tokyo adalah lokasinya. Dari homestay boleh nampak Tokyo Skytree. Cantik waktu malam dia sebab disinari dengan lampu lampu.
Hari Ketiga di Tokyo
Hari terakhir kami di Tokyo. Rasa berat nak tinggalkan bandar Tokyo ni. Kami terus kemas beg dan bersiap untuk check out Amna Home Homestay Tokyo.
Yes, kami nak ke Mount Fuji.
Bestnya kalau bercuti dengan Cuti-Cuti Jepun ni, anda akan dibawa ke Mount Fuji dengan menaiki kereta. Jadi masa jimat, perjalanan lebih selesa dan lebih banyak tarikkan yang anda boleh cover di sekitar Mount Fuji.
Sebuah kawasan perkampungan di Gunung Fuji yang dibuka kepada umum. Kat sini boleh sewa kimono dengan harga serendah 500 yen sahaja.
Fujiten Snow Resort. Fuhhh suhu kat sini sangat sejuk okay. Nak nak pulak bila ditiup angin. Memang mengigil. Maaf uncle tak dapat nak tunjuk skill uncle snowboard sebab tak main pun hahaha.
Baik, sampai sini dulu uncle tease mengenai trip uncle dan Projek Travel ke Tokyo, Japan selama 3 hari. Harap ia memberi gambaran kepada anda mengenai bandar Tokyo.
Arigatou, sayonara Japan.
Nota: Sepanjang 3 hari berada di Tokyo, uncle telah menginap di Amna Home Homestay Tokyo dan telah dibawa meneroka bandar Tokyo oleh Cuti-Cuti Jepun. Rujuk laman Facebook untuk maklumat lanjut dan untuk tempahan percutian anda ke Negara Matahari Terbit.
16,958 total views, 1 views today
pasti pengalaman yang menarik di Jepun..
saya pun teringin juga ke Jepun..
in shaa Allah bila ada kesempatan masa dan waktu..
aamiin
Hero Borneo recently posted…Rahsia Jadi Kaya Terbongkar Selepas 30 Hari
Bestnya.. teringin sangat nak melancong lagi. Mungkin hanya 3 hari tapi macam2 pengalaman boleh dapat kan?
dedauncomel.com recently posted…Dapat RM 5 Dengan Setiap Link Yang Anda Promote
untuk Tokyo, 3 hari dah cukup 😉
That’s a great experience Uncle Zuan to be there. LeYa also jealous and wanna join the trip.
What a great experience! bestnya kalau dapat pergi. jeles! huhu.
Luqman Zakaria recently posted…Berhenti kerja dan Dilema bekerja di tempat baru.
kumpul la duit dari sekarang. nanti boleh stay kat Amna Home Tokyo, n nak travel smooth, ambil pakej Cuti Cuti Jepun 😉
Uncle Zuan recently posted…Pengalaman Menginap di Amna Home Homestay Tokyo, Japan
Bestnya uncle boleh ke Japan
MeqZa Abdul Rahman recently posted…Hotel in Kuala Lumpur yang Unik dan Menjadi Tarikan Pelancong.
alhamdulillah, ada rezeki ke sana awal tahun ni, akak bila lagi nak ke Tokyo bersama family? 🙂
Uncle Zuan recently posted…Tips Macam Mana Nak Kumpul Duit Untuk Travel
wah bestnyaa….keinginan kesana semakin melap-luap selepas tengok gambar-gambar uncle disana.
ya Tokyo sangat best. Apa tunggu lagi? Book flight tiket sekarang 😉
Uncle Zuan recently posted…Tips Macam Mana Nak Kumpul Duit Untuk Travel
Bestnya dapat travel ke Tokyo uncle! Banyak juga tempat-tempat menarik yang boleh dilawati. InshaAllah kalau ada rezeki pergi sana nanti boleh la rujuk maklumat tempat-tempat di blog uncle ni 🙂
Seorang Syed recently posted…JANGAN BANDINGKAN DAN MERENDAHKAN ALIRAN ATAU JURUSAN ORANG LAIN
ya banyak tempat menarik di Tokyo, ada kelapangan, datang lagi Blog Uncle Zuan, banyak informasi berkenaan travel akan terus dikongsikan 🙂
Uncle Zuan recently posted…Tips Macam Mana Nak Kumpul Duit Untuk Travel
sweet potato teringat cerita goblin…hehehee… cantekkknyeee mount fuji!!!
hehe kan, waktu lalu nak beli potato tu terus teringat scene goblin waktu diorang beli sweet potato tepi jalan
Uncle Zuan recently posted…Tips Macam Mana Nak Kumpul Duit Untuk Travel
Wow bestnya… Nampak gaya uncle zuan ni mcm sesuai je duduk sana terus hehee. Menarik perkongsian ni… pengalaman yg berharga 🙂
Khir Khalid recently posted…INTI Pelopori Kajian Digital Body Language Bersama Kasatria
haha sesuai ek? nak kena belajar nihongo la lepas ni
Uncle Zuan recently posted…#instastory: 3 Hari Uncle Zuan di Tokyo
ohooioiiiiiiiiiiiiiiii!! haha sy di sini, menarik jugak buat simple post mcm ni nice idea!
dah jadi macam quick itinerary kan bila buat style instastory posting ni? lepasni lagi banyak la posting blogpost yang macam ni
Uncle Zuan recently posted…#instastory: 3 Hari Uncle Zuan di Tokyo
Menarik jugak tentang Instastory ni..
Boleh masukkan suhu lagi.. sayang betul saya dah lama tak login akaun instagram..
anuar recently posted…Seminar Tajwid Luar Biasa 2017
haaa dah tiba masanya untuk kembali aktif main instagram 🙂
Uncle Zuan recently posted…#instastory: 3 Hari Uncle Zuan di Tokyo
Best juga main Instastory ni sebenarnya kan? HAHAHA!
Adoi, makan hati tengok gambar snow tu. Plus, a nice view of Mt. Fuji!
Enjoy tengok journey korang. Tak sabar rasanya nak baca cerita penuh or video nanti!
🙂
Best regards,
http://www.pojiegraphy.com
hehe yup, best juga. dah main kat Tokyo baru dapat idea apa boleh kita benefit dari instastory ni.
InshaAllah dalam entri akan datang akan share lagi mengenai Charm of Tokyo 😉
Mount Fuji tu terbaik pergi waktu winter, waktu tu la yang dikatakan yang awan tebal tak lindung gunung.