Innergie LifeHub Plus, Travel Charger Yang WAJIB Dimiliki

Share

Adoi!!! Pening wei bila nak caj gedjet-gadget uncle bila end up ada satu plug je yang boleh digunakan. Jadi bayangkan kalau uncle ada 3 gadget yang perlu dicaj, dan hanya ada satu plug je yang boleh digunakan, jadi berapa jam uncle nak kena tunggu untuk fully charge gadget-gadget uncle tu?

Gadget apa uncle guna? Ofcos la uncle punya iPhone, kamera GoPro dan Powerbank, tu uncle tak kira lagi uncle punya Tab yang seminggu sekali je uncle caj (sebab jarang sangat guna hehe).

Masalah ini tak terjadi sangat kalau kat rumah, tapi masalah ni jadi masalah negara pada uncle bila uncle balik kampung, dekat airport ataupun di negara orang (biasanya dalam motel yang uncle tinggal).

Innergie LifeHub Plus

innergie lifehub plus unboxing

Dalam kotak anda akan dapat:
LifeHub Plus USB PowerHub, Power Adapter, AC Input Cable, dan Manual

Uncle rasa sangat teruja bila dapat cuba Innergie LifeHub Plus, sebuah hub 3-port pengecas mudah alih daripada Delta.

Apa yang best pasal travel charger Innergie LifeHub Plus ni? Kenapa anda WAJIB memilikinya?

  1. LifeHub ini mampu mengecas lebih pantas daripada pengecas biasa. Kebanyakkan pengecas biasa hanya boleh caj pada 1 Amp, tapi travel charger LifeHub ni boleh caj sehingga 2.4 Amps pada setiap output. Bukan bermakna 2.4 Amp tu bahagi 3, tapi 2.4 Amp tu pada setiap satu output. LifeHub Plus ni ada 3 output, jadi 2.4 Amp darab dengan 3, boleh dapat 6.3 Amp! Wow!!!
  2. Disebabkan wayar dia boleh dipanjangkan sehingga 3 meter, anda tak lagi perlu bertenggek dekat dengan plug untuk balas mesej atau main game di phone ataupun tablet. Caj kat luar bilik sambil duduk main phone dalam bilik pun boleh hehe.
  3. Dalam LifeHub ini ada InnerShield Life Protection. Dengan adanya InnerShield Life Protection ni, gadget anda selamat dari over-current, over-voltage, over-temperature dan short-circuit.
innergie lifehub plus

Bukan 1, bukan 2, tapi anda boleh caj sehingga 3 gadjet pada satu masa.
Yang bestnya kabel LifeHub Plus boleh dipanjangkan sehingga 3m! So sambil cas sambil main game pun boleh (amatlah tak dicadangkan untuk menggunakan gadjet anda semasa sedang dicaj)

Amacam? Teruja nak miliki satu?

Ya, pada uncle Innergie LifeHub Plus adalah travel charger yang WAJIB dimiliki!

innergie lifehub plus travel adapter

Oh ya, Untuk lebih info mengenai LifeHub Plus, boleh usya kat sini >>> http://www.myinnergie.com/us/product/11

Nantikan kedatangan produk Innergie ke dalam pasaran Malaysia..

8,628 total views, 27 views today

Share
Comments
  1. Zurainny Ismail
  2. YB Shehan
  3. sabree hussin
  4. Noriza Rahman
  5. Ezad Skytech
  6. apdm
  7. titan
  8. Trendslinkblog
  9. reezluv
  10. Bahrain
  11. nikkhazami
  12. raihanah
  13. Khir Khalid
  14. Afif Rayyan
  15. mrhanafi
  16. Muhammad Khairuddin Lim
  17. MrJocko
  18. zik
  19. Anuar
  20. Faizal Fredley

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge