Imbas Kembali Trip ke Hat Yai, Thailand 2012

Share

Imbas Kembali Percutian ke Hat Yai, Thailand. Dah lebih 2 tahun rasanya uncle tak jejak ke Thailand. Kali pertama adalah ke Hat Yai pada September, 2012 dan kali terakhir ke Krabi pada April 2013.

Rindu pula rasanya nak ke sana, jadi uncle pun godek-godek balik entri yang dah tulis di blog lama uncle, dan terdetik untuk buat satu #throwback entri.

Uncle ke Hat Yai dengan rakan sekelas uncle waktu uncle waktu uncle study di UiTM,Arau Perlis. Sebab kami hanya masuk Thailand pada waktu hujung minggu, jadi kami hanya berjalan di sekitar bandar Hat Yai dan ke Floating Market sahaja.

Yups, tak banyak tempat pun kami pergi…

padang besar railway station oleh ame kusanagy

Memandangkan Arau dekat dengan Hat Yai, kami membuat keputusan untuk ke sana menaiki Keretapi sahaja. Harga tambang keretapi dari Arau ke Hat Yai cuma RM9. Kami  naik dari Arau, tapi berhenti untuk cop passport imigresen di Padang Besar sebelum meneruskan perjalanan ke Hat Yai, Thailand.

Agak seronok menaiki keretapi sebenarnya, dapat melihat pemandangan di sepanjang perjalanan. Nampak kampung, nampak hutan, dan ada banyak khinzir… Hmm..

hat yai thailand wanthana mansion

Sepanjang kami di sana, kami menginap di Wanthana Mansion. 3 hari 2 malam kami menginap di sini, di kenakan caj sebanyak 800 bhat sahaja. Agak selesa la menginap di sini. Kami sewa 2 bilik yang ada 2 single bed, jadi satu bilik dikongsi 3 orang. Jimat kos!

pulut ayam popular thailand

Pulut Ayam adalah makanan popular di sini. Kalau risau status halal, cari penjual yang bertudung ataupun bersongkok. Nak lagi senang, mana nampak orang Melayu makan tu, makan je la tanpa rasa was-was.

tuk tuk thailand cab

Pada yang pertama kali sampai ke Thailand, kena cuba naik kenderaan Tuk Tuk.

Asalnya Tuk Tuk adalah kendraan 3 tayar yang boleh memuatkan 3 ke 4 orang penumpang. Tapi yang kami naik ini adalah Tuk Tuk yang telah di modenkan. Boleh memuatkan sehingga 9 orang penumpang.

tarikkan pelancong hat yai floating market

Tak sah ke Hat Yai kalau tak ke Floating Market atau juga di kenali dengan Klonghae Floating Market.

Floating market adalah antara tumpuan popular pelancong di Hat Yai. Semua aktiviti jual beli makanan di lakukan di sini. Banyak pilihan makanan yang ada di sini sampai tak terpilih nak makan yang mana.

Kebanyakkan yang menjual di sini adalah golongan patani, jadi mereka boleh bertutur dalam bahasa Malaysia.

pasar malam hat yai

Pasar malam, atau night hawker…

Banyak gerai-gerai makanan di buka pada sebelah malam. Jadi nak cari makanan pun tak susah. Kebanyakkan gerai di buka pada sebelah petang sehingga jam 9 ke 10 malam.

plaza market tumpuan membeli belah hat yai

Plaza Market menjadi tumpuan popular pelancong asing membeli barangan mudah di Hat Yai. Pelbagai pilihan ada kat sini. Harga pun sangat murah kalau nak dibandingkan dengan harga barang di Padang Besar, Perlis.

stesen keretapi hat yai

Stesen keretapi Hat Yai @ Haadyai Station adalah sentral kepada bandar Hat Yai.

 

Bila la rasanya dapat ke Hat Yai lagi ya? Ada siapa-siapa nak trip dengan uncle naik keretapi dari KL ke Thailand? Mungkin uncle akan ke Phuket lepasni.

Kredit gambar kepada encik photographer kami, Ame Kusanagy untuk gambar yang mengamit memori.

Nota kaki: Seronok juga bila baca balik entri-entri lama yang dah kita tulis. Ini la salah satu kelebihan jadi blogger. Senang nak imbau kembali apa yang dah kita buat dulu. I love blogging 🙂

5,793 total views, 9 views today

Share
Comments
  1. AFFANDI
  2. zailiana Fasha
  3. suterakasihyann
  4. Julia Johari
  5. Siti Yang Menaip
    • Uncle Zuan
      • sheshe
        • Uncle Zuan
  6. ummul azkee
  7. Pinky Momma
  8. Noriza Rahman
  9. emalin mohd
  10. MDHAFiZ.NET

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge