“I’m A Cheap Person” – Dari Seorang Cheapo, Ke Seorang Jutawan Hartanah

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan. Macam mana dengan ibadah puasa korang? So far so good ke so far so ‘good-bye’? Hehe..  Bulan puasa ni antara bulan yang paling dinanti semua umat Islam seluruh dunia sebab banyak ganjaran pahala yang Allah S.W.T. janjikan kepada kita jika kita perkasakan ibadah kita. Jadi perkasakan ibadah kita sebanyak mungkin.

Amacam dengan juadah berbuka puasa? Biasa-biasa atau mewah dari biasa? Hehe elakkan berbuka dengan terlalu banyak juadah, nanti takut tak larat nak solat tarawih.

Dah mula shopping raya ke? Shopping la secara berhemah, jangan tengok sale je jadi tak keruan di dalam shopping complex. Ketika berbelanja, kebanyakkan daripada kita tak terlepas dari sikap membazir. Ramai terpengaruh dengan budaya ‘swipe swipe swipe’, akibatnya, terpaksa berhutang demi kepuasan sementara. Public mungkin akan ‘Wow wow wow’ pada awal bila nampak ‘kemewahan’ kita, tapi bila dah ‘berdebu’, mula la kena booo~

Apa salahnya jadi ‘cheap person’ kan? Berbelanja secara ‘kedekut’.

Aku sangat kagum dengan sikap ‘cheapo‘ yang diamalkan seorang penulis buku best seller pelaburan hartanah tempatan yang sering mendapat liputan pihak media. Cheapo bukanlah sikap kedekut atau ‘poket ketat’ seperti yang di kritik orang, tapi ia adalah sikap bijak berbelanja, dari segi promosi, keperlluan dan banyak lagi. Jadi berbelanja la ikut kemampuan, kalau tak mampu, ‘pandang le tempat lain’.

Seminar Eksklusif Advance Pelaburan Hartanah Tanpa Modal 2013

Disebabkan ‘cintanya’ si penulis best seller book ni kepada hartanah, beliau hanya menunggang skuter ke tempat kerja dan ke mana-mana sahaja sehingga disuruh mengambil lesen memandu dan membeli sebiji kereta pada usia 28 tahun oleh isterinya yang sarat mengandung ketika itu. Berbezanya sikap beliau dan belia sekarang adalah apabila belia muda sekaran dapat kerja dah tak sabar-sabar nak beli kereta dengan alasan lebih mudah ke mana-mana, mudah dating, bla bla bla…

Beliau juga pernah ceritakan yang pada awal permulaan beliau, budget lunch pun dikawal sehingga RM3 sehari. Aku figure yang beliau hanya beli Roti Ikan Bilis dan Air Jus ketika lunch seperti yang biasa aku lakukan waktu intern dulu. Berapa pula budget makan belia sekarang? RM15 per lunch tak lari, alasan makanan makin mahal. Persoalannya, makanan mahal, atau selera makan yang mahal?

“Im a cheapo and I prefer to continue living like that. :mrgreen: And this is actually reflected in my investments as well. So everytime I go into a new area or development, I make it a point that Im the poorest guy in the area or the development. This has served me well in many occasions that my buys has yielded above average yields and capital gains. ;)
Taken from propertyWTF“Poor guy” rule-Why I like to be the poorest guy in an area?

Siapakah beliau yang aku maksudkan? Beliau adalah Faizul Ridzuan, penulis buku WTF? 23 Properties by 30. Walaupun dah kaya, tetap prefer being a cheapo.

Zuan

Comments
  1. kakiblog
  2. boni ultra kacak
    • Zuan
  3. Eva
    • Zuan
  4. titan
    • Zuan
  5. Azham Vsvc
    • Zuan
  6. Irwan Alessa
  7. Ezad Skytech
  8. aisya lieza
    • Zuan
  9. Denaihati
    • Zuan
  10. papa mifz
    • Zuan
  11. Bean Moreno
  12. gomo merah
  13. Lizz
  14. Anuar
  15. ohcikgu
  16. Ainaa Roseberry

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Recommended
Recommended
Assalamualaikum, pejam celik pejam celik, Ramadhan tiba lagi.. Alhamdulillah, kita...