IJM Land Half Marathon Kembali Lagi

Share

Wow, rasa macam baru je lagi uncle terlibat dengan IJM Land Half Marathon (tengok je la, tak join pun hahaha), dah keluar pengemuman yang IJM Land Half Marathon 2017 akan di adakan tak lama lagi.

Dijadualkan akan berlangsung pada 13 Ogos 2017, sekali lagi IJM Land Half Marathon menjadi acara larian yang paling dinantikan warga Seremban 2 terutama mereka yang gemar bersukan dan yang mengutamakan gaya hidup sihat.




ijm land half marathon 2017

Dato’ Hoo Kim See (Senior Ganeral Manager (Central Region), IJM Berhad) bersama Mr Minoru Osada (Sales and Marketing Director of Yakult (Malaysia) Sdn Bhd) ketika majlis sidang media IJM Land Hald Marathon 2017.

Untuk pengetahuan, ini adalah kali ke-6 pihak IJM Land mengadakan upacara larian, dan menurut Dato’ Hoo Kim See (IJM Land Berhad, Senior General Manager – Central Region) acara larian Half Marathon ini adalah acara yang perlu dibuat oleh pihak IJM Land setiap tahun. Ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim mereka yang tinggal di Seremban 2 khususnya.

Kalau anda perasan kan, acara larian seperti half marathon seperti ini semakin mendapat tempat dikalangan rakyat Malaysia yang utamakan gaya hidup yang sihat. Uncle tengok, tak kira la walaupun 3km, 10km, ataupun 21km, mesti akan dapat sambutan yang mengalakkan dari peserta.

ijm land half marathon

Mr Lim Khon Seng, pemenang kategori lelaki Challenge Trophy 2016 mengisi borang penyertaan untuk penyertaannya di IJM Land Half Marathon 2017.

Untuk kali ke-3 berturut-turut, dana yang dikumpulkan dari IJM Land Half Marathon 2017 akan disumbangkan kepada 2 badan kebajikan iaitu Pertubuhan Hospic Negeri Sembilan (Hospice) dan Malaysia Lysosomal Disease Association (MLDA).

ijm-land-run (1)

Barisan penganjur IJM land Half Marathon 2017.

IJM Land Run akan mempunyai kategori 21KM (Half Marathon), dan 10KM (untuk wanita dan lelaki berusia 18 tahun dan ke atas) dan 10KM (untuk kanak-kanak atas 12 tahun). Seperti biasa, pemenang kategori Lelaki dan Wanita akan merima IJM Land Half Marathon Challenge Trophy.

Penganjur mensasarkan penyertaan sehingga 7000 peserta kali ini dan penyertaan dibuka bermula dari 31 March 2017 pada jam 12 tengah hari. Untuk pendaftaran, boleh daftar di www.ijmlandrun.com.

Jom daftar dan jumpa anda di IJM land Half Marathon 2017 yang akan bertempat di Dataran Centrio, Seremban 2.

2,570 total views, 13 views today

Share
Comments
  1. Ezad Skytech
  2. Ros
  3. ruggedmom
  4. Khir Khalid
  5. Mohd Aswad
  6. zik
  7. Dedaun Comel
  8. aRz MoHa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge