Ice Age Alive Di Kuala Lumpur
Ice Age Alive bukanlah sebuah filem terbaru untuk siri Ice Age. Ia juga bukanlah satu taman tema yang ala-ala Jurassic Park. Ya ia bunyi seperti pameran juga. Kalau anda follow Twitter dan Instagram @unclezuan, uncle ada tweet dan share mengenainya.
Something BIG is coming!!#IceAgeAliveKL#VM2020#LOCCO pic.twitter.com/fnWRvANmB4
— 🍔 Uncle Zuan 🍔 (@UncleZuan) May 11, 2018
Menarik bukan?
Bermula dari 15 May hingga 31 December, datang dan rasai pameran paling sejuk di Kuala Lumpur yang membawa pengunjung ke Zaman Ais (Ice Age). Bertempat di Malaysia Tourism Center (MaTIC) KL, pameran ini dianjurkan oleh Creative Alliance Crew dan ditaja oleh Ministry of Tourism & Culture Malaysia.
Ice Age Alive di Kuala Lumpur
Saiz T-Rex yang sebenar. Jangan terkejut jika tiba-tiba si T-Rex ini bergerak ya. Teknologi sensor dipasang di dalam T-Rex yang mana akan bergerak jika ada orang berdekatannya.
Jangan risau, semasa uncle di sini, tiada pengunjung yang dilaporkan dimakan T-Rex.
Dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu Amerika, Europe, Australia dan New Zealand.
Siap sedia untuk dengar jeritan dan dapat melihat dengan lebih dekat haiwan-haiwan pupus ini. Sambil melihat sambil belajar sejarah dan info mengenai spesis haiwan yang pernah menduduki bumi ini satu masa dahulu.
Pengunjung bukan sahaja dapat datang dan melihat pameran, ada juga disediakan beberapa aktiviti menarik iaitu Jumping Castle untuk kanak-kanak, Ice Skating Rink untuk mereka yang minat meluncur, dan banyak lagi.
Apa tunggu lagi? Tengah trendy sekarang ni mengenai Ice Age Alive. Datang dan rasai pengalaman ini. Jika tiada aktiviti nak buat kalau berada di Kuala Lumpur, lebih baik masuk tengok pameran Ice Age Alive.
Tiket boleh didapati di kaunter atau secara online di iceagealive.com. Harga tiket bermula dari RM19.50 untuk kanak-kanak, RM29.50 untuk dewasa, dan RM85 untuk keluarga (2 dewasa, 2 kanak-kanak).
Pameran dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dari jam 10 pagi hingga 7 petang.
9,139 total views, 3 views today
hoho..
bawa anak aku mesti best nih.
tapi takde masa sangat la nih sekarang..
titan recently posted…PRU14 – Satu Kebangkitan yang penuh MAGIS.
rasa macam nak pergi yang ni.. bosan plak duduk umah time hujung minggu..harga kira berbaloila kan..
adarain recently posted…Aroi Thai Boat Noodle di Bandar Baru Bangi
Bestnya… kalau anak-anak saya tahu mesti dia orang rasa suka sgt ni..
Anuar recently posted…Contest SEO : Pakej Fotografi Perkahwinan. Hadiah berjumlah RM30870 untuk dimenangi!