Hypershoe Kini Dibuka di KIPMall Bangi

Share

Hypershoe yang dikenali dengan menjual brand kasut seperti Mix Point, Vertini dan MPkids telah membuka outlet terbaru di KIPMall Bangi. Sempat juga la uncle terjah ketika grand opening outlet ke-32 pada 8 October yang lepas.

Memandangkan uncle jenis suka pakai kasut, jadi Hypershoe merupakan salah satu tempat yang selalu uncle cuci mata apabila sampai masa uncle untuk mencari sepasang kasut yang baru.

Memilih pilihan kasut yang kena dengan cita rasa memang seronok di Hypershoe. Sebab ada pelbagai pilihan menarik yang membuatkan uncle teruja untuk setiap rekaan yang ada.

Pelbagai Jenama Kasut Yang Dipercayai Dijual Di Hypershoe

Oh ya, pada yang tak tahu, untuk lelaki, jenama kasut yang ada dijual di Hypershoe adalah Mix Point dan Mix Point Sport. Pelbagai pilihan daripada formal ke casual yang boleh didapati di Hypershoe.

hyper-shoe-bangi-men-shoe

Seleksi kasut lelaki dengan jenama Mix Point yang ada di Hypershoe Bangi.

hypershoe

Rambang mata juga nak pilih mana satu yang berkenan di hati.

Hypershoe Mix Point untuk lelaki sesuai dipakai untuk ke pejabat atau menghadiri majlis formal.

Hypershoe Mix Sport

Hypershoe MP Sport sesuai untuk dipakai untuk bersukan bagi lelaki.

Untuk wanita pula, jenama yang ada dijual adalah Vertini dan Mix Point Sport. Bab kasut perempuan ni bukan kepakaran uncle, tapi pada uncle cantik la hehe. Kualiti memang bagus sebab menurut Vinsoon Shoe Trading Sdn Bhd,  selain daripada design, mereka turut memfokuskan pada kualiti dan harga yang berpatutan kepada pelanggan.

hypershoe-vetini

Brand Vetini tampil dengan selesi rekaan menaik untuk wanita. Ada pelbagai jenis rekaan yang sesuai untuk dibawa ke pelbagai jenis majlis.

hypershoe women

Antara seleksi rekaan kasut untuk wanita yang ada di Hypershoe.

mp sport women

MP Sport juga hadir untuk wanita yang mencari kasut untuk bersukan.

Dan tidak lupa untuk budak budak kecil, MPkids yang turut menawarkan pelbagai rekaan dan warna yang pasti menarik perhatian anak-anak kecil.

mpkids hypershoe

Tidak terhad kepada rekaan untuk dewasa, turut menawarkan MPkids untuk kanak-kanak.

MPKids Hypershoe

MPKids untuk kanak-kanak perempuan.

hypershoe mpkids

Hypershoe MPKids

Jom ke cawangan Hypershoe

hypershoe cawangan bangi

Sejak dibuka dari tahun 1996, Hypershoe telah membuka 32 buah cawangan di seluruh negara.

Pada yang berdekatan dengan area Bangi, kunjungi cawangan Hypershoe, KIP Mart Bangi di alamat Lot M-02, M-03, M-04, M-05, G-05/2, KIP Mall Bangi, No 1, Jalan Medan Bangi, Off Persiaran Kemajuan, Seksyen 6, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor, atau cawangan Hypershoe berdekatan kawasan anda di, www.hypershoe.com.my/outlet-locations.

Hypershoe juga boleh didapati secara online di laman web rasmi, www.hypershoe.com.my.

Untuk maklumat lanjut mengenai kasut Hypershoe dan mengenai rekaan terkini, boleh layari terus laman web hypershoe.com, atau di Facebook.com/hypershoe.

97 total views, 18 views today

Share
Comments
  1. NORIZA ABDUL RAHMAN
  2. Eray Majid
  3. anuar
  4. mrhanafi
  5. My Resepi Menarik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge