Hutan Lipur Jeram Toi

Share

Fuhhh… Lega bila dapat larikan diri dari kesibukkan kota dengan menikmati ciptaan Illahi di air terjun Jeram Toi, Negeri Sembilan. Bila dah kerja ni, tension takkan boleh di elakkan betul? Jadi uncle dan travel buddies uncle ambil keputusan untuk jadikan Jeram Toi salah satu lokasi ‘melepaskan tension‘ kami. Hehe siapa kata uncle selalu travel solo?

Hutan Lipur Jeram Toi adalah destinasi rekreasi Negeri Sembilan yang popular di kalangan anak muda dan keluarga yang ingin beriadah dan bermandi-manda sambil menikmati udara segar.

pintu masuk jeram toi

Untuk pengetahuan, Jeram Toi terletak di Hutan Simpan Berembun dalam Daerah Jelebu, Negeri Sembilan. Ia cuma lebih kurang 28km dari bandar Seremban dan 12km dari Pekan Kuala Klawang. Boleh pakai apps Waze atau Google Map kalau tak pasti macam mana nak ke Jeram Toi.

Tak macam sesetengah hutan lipur, masuk hutan lipur Jeram Toi adalah PERCUMA.

Waktu di benarkan untuk masuk ke dalam Hutan Lipur Jeram Toi adalah antara jam 8 pagi sehingga 6 petang sahaja

Apa yang menjadi tarikkan utama tentang Jeram Toi adalah ia merupakan air terjun 4 tingkat dan merupakan laluan tracking menuju ke Gunung Telapak Buruk. Menarik bukan?

jeram toi water slide

Ada beberapa tingkat air terjun. Gambar di atas adalah bahagian paling bawah. Berbanding bahagian atau kawasan lebih tinggi, kawasan bawah ini menjadi tumpuan utama pengunjung.

Untuk keselesan dan keselematan anak-anak kecil, turut di bina kolam renang kecil. Siap ada di sediakan water-slide mini lagi tu. Disebabkan faktor usia, uncle tak main la waterslide tu haha.

jeram toi (14)

Ada juga di sediakan pool renang untuk dewasa. Dalam sikit la paras air kat pool ni. Kurang sesuai untuk kanak kanak yang tak reti berenang. Siapa yang ada bawak kamera GoPro tu, boleh cuba ambil gambar melompat masuk ke dalam pool yang di sediakan ini.

jeram toi

Biasanya, ramai pengunjung akan tertumpu bahagian bawah. Jadi kalau tak berapa selesa ramai orang, boleh naik ke kawasan yang lebih tinggi. Tangga di sediakan untuk korang naik ke bahagian atas. Senang cerita, makin atas korang naik, makin tak ramai orang.

jeram toi bertingkat

Gambar di atas adalah kawasan ke-2, atau tingkat ke-2 air terjun Jeram Toi. Berbanding kawasan di bawah, kawasan ni kecil sedikit. Jadi memang tak ramai orang tertumpu di kawasan ni sebab air pun cetek.

air terjun jeram toi

Nak FREE massage? Boleh dapatkan di kawasan air terjun tingkat ke-3 hehe.

jeram toi tingkat 4

Kalau korang nak beriadah di kawasan yang memang tak ramai orang (sebab malas nak naik tangga) boleh layan diri di tingkat-4 kawasan air terjun Jeram Toi. Kawasan ni tak ramai orang. Air pun lebih jernih dari kawasan bawah.

hutan lipur jeram toi

Kalau minat tengok nature, boleh la teruskan perjalanan ke atas. Banyak pokok pokok besar korang boleh tengok di sini.

jeram toi kemudahan tandas

Kemudahan tandas, tempat mandi dan tempat persalinan baju di sediakan untuk keselesaan pengunjung.

jeram toi kemudahan surau

Tutut disediakan kemudahan Surau kepada pengunjung. Jadi tak perlu risau la kalau takut terlepas solat Zohor dan Asar ketika berada di sini.

jeram toi visit negeri sembilan

Okay, sampai sini sahaja perkongsian uncle mengenai hutan lipur air terjun Jeram Toi. Harap ia memberi informasi berguna kepada mereka yang nak lari dari ‘belantara konkrit’ pada hujung minggu.

Ada kelapangan, boleh la ke Jeram Toi, dekat je 🙂

Nota kaki: Mana destinasi pelancongan paling korang minat di dalam Malaysia? Uncle nak ke sana untuk share kisah uncle di sana kepada pembaca semua 🙂

2,463 total views, 6 views today

Share
Comments
  1. Eina
  2. suri
  3. zool
  4. Noriza Rahman
  5. Azmir Shah
  6. Shahira
  7. raihanah
  8. hafiz
  9. Hero Borneo
  10. berita semasa online
    • Uncle Zuan
  11. ringantangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge