Hindari Haram Ketika Melayari Internet Dengan Salam Browser

Share

Di zaman teknologi maklumat ini, kelekaan melari internet secara berlebihan boleh menyebabkan anda…. berdosa!

Haaa ye la, cari je apa sahaja, boleh jumpa. Tak ada sekatan pun bab yang haram ni. Cari porno boleh, cari laman web berunsur judi boleh, dan apa sahaja carian yang tidak menyehatkan minda dan iman, boleh dicari dengan mudah.

Kadang dalam uncle dok sibuk baca manga One Piece pun tiba-tiba boleh pop-up iklan gambar gadis sexy. Adehhh, mengugat fokus membaca betul. Kita ni manusia, kadang-kadang kalah juga sampai ter-klik iklan tu.

Pak Arab kata dengan tegas, “Haram! Haram!! Haram!!!

Keburukkan disini adalah kepada mereka yang ada daya ingin tahu yang tinggi dan kuran kepekaan tentang halal dan haram. Semua nak dicari. Dari situ la ada kebarangkalian, perkara tak senonoh pun habis dicarinya. Kalau tengok ada iklan pop-up yang lain macam je, habis semua dia klik.

Tau tak sekali klik iklan tu, selalunya ada la maklumat-maklumat sulit yang cuba dipancing si pembuat iklan. Kalau tak fikir panjang, habis semua maklumat diberi secara percuma kepada si pemancing, dan kembung la perut si pemancing itu.

Atas faktor usia ni, uncle punya nafsu dan semangat ingin tahu dengan benda tak senonoh ni dah boleh kata kurang. Jadi tak sibuk sangat nak menambah dosa sebab banyak lagi benda uncle nak kena buat.

Okay, berbalik kepada motif asal.

Apa la uncle dok sibuk cerita pasal web surfing tambah dosa ni kan? Macam mengarut je kan?

Baik, uncle sebenarnya nak perkenalkan satu ‘benda alah’ cool ni.

Memang rare ‘benda alah’ ni.

Tak ada jual kat mana-mana ‘benda alah’ ni..

PERCUMA je…

Perkenalkan, Salam Browser, Pelayar Web Islamik!

salam browser

Masih dalam peringkat BETA Salam Browser adalah pelayar web patuh syariah yang dikatakan mampu menyekat lebih 1.4 juta laman web yang mengandungi unsur maksiat, perjudian dan lain-lain kandungan yang haram yang boleh membawa mudarat kepada sesiapa sahaja.

Cool kan?

Dipacu dengan teknologi Chromium yang sama dengan Google Chrome, Salam Browser mempunyai pelbagai ciri khas yang membantu pengguna melayari internet dengan lebih selamat.

Jadi tak perlu lagi risau mengenai terkena ‘umpan si pemancing’, inshaAllah data anda selamat. Dan tak lagi rasa rimas dengan pop-up iklan spam yang merosakkan mata yang mungkin membuatkan anda ter-tekan iklan tersebut.

salambrowser

Baik, berminat untuk cuba? Muat turun salambrowser.com sebagai langkah pertama anda hindari dosa.



806 total views, 1 views today

Share
Comments
  1. Ahmad
  2. seri nian
  3. seri nian
  4. nila anggraini
  5. Afif Rayyan
  6. Raihanah Ahmad
  7. Noriza Rahman
  8. Nur Fannun
  9. Ezad Skytech
  10. anuar
    • Uncle Zuan
  11. Muhammad Khairuddin Lim
  12. Bro Framestone

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge