Hidup Tanpa Limitasi – Kisah Niki Menawan Broga

Kau ok lagi tak ni?” Tanya aku pada Niki (bukan nama sebenar).
“Gua ok je~” jawab Niki. Seorang lelaki berumur pertengahan 20an. Berbadan ‘comel’, tapi mempunyai stamina luar biasa. Kami berhenti sebenar selepas berjalan mendaki bukit selama lebih kurang 20 minit. Ini adalah kali pertama kami membuat suatu aktiviti mendaki dalam kumpulan yang kecil tanpa sebarang guide. Keadaan keliling masih gelap. Jam menunjukkan hampir pukul 6. Kelihatan satu kumpulan mula menghampiri kami.

Ok tak semua?” tanya ketua pasukan yang baru sampai ke tempat kami berehat.
“Kitorang ok bang, rehat kejap minum air.” Jawab salah seorang dari kami, Huhu namanya (Bukan nama sebenar).
Alright, jumpa di atas!” kata ketua kumpulan tadi sambil memberi sign ‘good’. Dan mereka pun meneruskan perjalanan. Ada lebih kurang 7 orang didalam kumpulan mereka.

Nah minum air isotonik ni, tambah sikit tenago ekau..” hulur Tar (bukan nama sebenar), seorang bakal guru. Niki terus mengambil air yang dihulurkan tanpa sepatah kata. Niki kelihatan agak penat. Perjalanan ke perhentian pertama dianggarkan lebih kurang 10 minit.

“Ok jom!” Ajak Niki selepas dia minum air isotonik yang diberikan Tar. Kelihatan air tu seperti memberi ‘supliment tambahan’ untuk Niki. Dia kelihatan begitu bersemangat untuk teruskan perjalanan ke perhentian pertama.

Howdy peeps! “KALAU KAU BOLEH! AKU PUN BOLEH!” Semangat seorang kawan bernama Niki, bertubuh ‘comel’ tapi mempunyai stamina luar biasa dalam usaha menawan puncak bukit Broga. Dilabelkan bukit tahap amatur dikalangan pendaki pendaki bukit dan gunung. juga dikenali sebagai Bukit Lalang, terletak diantara Negeri Selangor dan Negeri Sembilan atau secara tepatnya di Semenyih. Berketinggian 400 meter dan dijangkakan jarak masa perjalanan ke puncak hanya mengambil masa 20 hingga 45 minit.

Niki memang dikenali sebagai seorang kenalan yang cuba menyaingi orang lain terutama dengan sahabat-sahabatnya di dalam bidang sukan, terutamanya Futsal. Dia membuktikan tak semestinya berbadan ‘comel’, tak boleh bersukan macam orang lain. Walaupun kadang-kadang berperangai pelik dan cuba membuat benda-benda pelik, tapi dia berjaya mendapat pujian dikalangan sahabat di atas keberanian dan semangatnya mengatasi cabaran.

Kami tiba di perhentian pertama lebih kurang pukul 6 suku. Agak lewat kalau di ikutkan kiraan untuk tiba ke perhentian terakhir bagi melihat matahari tebit.
“Alright, kita ada 2 lagi stop. Dah nak sampai dah ni. Cuma lepasni rasanya lagi mencabar la untuk kau Niki!” Kata Huhu kepada semua. Huhu lebih bersikap abang-abang kepada kami, dilihat Hunu mempunyai tokoh kepimpinan untuk menjadi salah seorang pemimpin di masa hadapan. Sambungnya lagi, “Kita rehat lagi 5 minit, lepastu sambung naik. OK?”
“Ok cun!”

Perjalanan diteruskan 5 minit kemudian. Kami meneruskan perjalanan ke puncak bukit Broga. Walaupun banyak kali berhenti disebabkan kepenatan pertama kali, semangat untuk kepuncak tidak memutuskan semangat kami. ‘Tarik dan tolak’ banyak dilakukan bagi ‘melincirkan’ perjalanan. Tepat jam 8 pagi, puncak bukit Broga berjaya ditawan.

broga hero (2) copy

Ramai yang berbadan ‘comel’ yang mungkin kurang bersemangat atau kurang minat untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang dilakukan mereka berbadan normal disebabkan kurang stamina dan mungkin takut akan membebankan rakan lain. Tapi Niki memberi inspirasi yang “Size doesn’t matter! Ada passion, ada semangat, gedah je!“.

p.s entry ini pernah ditulis di blog EleventX, tetapi ‘dikupas‘ semula isinya di blog ini bagi menunjukkan ‘rasa juicy sebenar‘.

Zuan

Doktor FB merupakan sebuah aplikasi yang berkonsepkan viral dan mempunyai fungsi-fungsi yang dapat meningkatkan jualan kepada pemilik bisnes di Facebook.

Comments
  1. akubiomed
    • Zuan
  2. gomo merah
  3. ProfHariz
  4. MK Kimi
  5. encikarman
  6. Melastik Bintang
  7. Ladfe Amir
  8. schaze zainn
  9. blackrosehunter
  10. kakiblog
  11. waiman takwa
  12. Mashitah Rosli's
  13. arelan
  14. Denaihati
  15. dkna abza
  16. Norfanil
  17. boni ultra kacak
  18. encikarman
  19. tips
  20. aisya lieza
  21. Azham Vsvc
  22. Cikgu Hairul
  23. BUNDA
  24. titan
  25. encikarman
  26. Hafizul
  27. Jardness

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Recommended
Recommended
Howdy peeps, rasanya 'kepanasan' burger bakar sudah menjadi 'suam-suam kuku'....