Hi Tea di Grand Salon, Palace of The Golden Horses

Share

Sekali sekala keluar untuk hi-tea pada hujung minggu memang best. Nak-nak bila gaji baru masuk, ataupun ada meeting penting atau ada sesuatu untuk diraikan.

Tempat terbaik untuk Hi-Tea untuk hujng minggu yang baru-baru ini uncle terokai dan rasai di sekitar kawasan Seri Kembangan adalah di Grand Salon Lobby Lounge, Palace of The Golden Horses. Dengar nama pun dah boleh rasa grand tempat hi-tea ni kan? Nak jadikan tempat meeting pun tak rasa kekok dan segan. 😉

Menawarkan 3 jenis set iaitu Malaysian Hi Tea, English Hi Tea dan Healthy Hi-Tea pada harga permulaan serendah RM65 untuk 2 orang.



Malaysian Hi Tea

malaysian hi tea

Malaysian Hi Tea

Untuk set Malaysian hi tea ni memang mengikut selera tekak orang Malaysia. Kaya dengan hidangan tempatan yang telah di mix dan di modenkan. Set kegemaran uncle. Set cuma RM65 untuk 2 orang.

English Hi Tea

english hi tea

English Hi Tea

Bagi yang gemarkan makanan barat, english Hi Tea yang telah di localizekan mungkin adalah pilihan terbaik untuk anda. Harga cuma RM122 untuk 2 orang.

Healthy Hi Tea

healthy hi tea

Healthy Hi Tea

Dan set ke 3 adalah set untuk mereka yang mahukan hi tea berkonsepkan vegetarian. Healthy Hi Tea adalah set hi tea berkonsepkan vegetarian yang mana satu set hanyalah RM65 untuk 2 orang. Jangan pandang rendah dengan set Healthy hi tea ni ye, sebab uncle dah try dan memang sedap!

hi tea

Grand Salon Lobby Lounge

Dengan seni bina yang mempunyai ciri-ciri mewah dan megah, Grand Salon Lobby Lounge menawarkan suasana yang selesa di mana anda boleh menikmati muzik ringan sambil menjamu minuman petang atau koktel pada sebelah malam. Selain itu, anda akan dihiburkan sepanjang malam oleh live band kecuali pada hari Isnin.

Grand Salon Lobby Lounge dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 12 tengah malam.

Untuk maklumat lanjut atau untuk tempahan Hi Tea anda, layari FB Page Palace of The Golden Horses atau hubungi di talian 603 8946 4888 ext 3782.




8,843 total views, 8 views today

Share
Comments
  1. Hero Borneo
  2. Jacqueline Khoo
  3. Fris
  4. VENNY LEE
  5. Sunshine Kelly
  6. zulhilmitempoyak
  7. nurul fatin adiana
  8. nadia johari
  9. Wan Syahida
  10. Suria Amanda
  11. lokmanamirul
  12. ternak ayam
  13. siti hazreen
  14. MeqZa Abdul Rahman
  15. rahimah majid
  16. Seorang Syed
    • Uncle Zuan
  17. mrhanafi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge