Hey Korang! Jom Subscribe YouTube Channel Ni

Share

YouTube adalah salah satu medium untuk menyampaikan maklumat, idea, pengalaman, pendapat, hiburan dan macam-macam lagi.

Uncle ada beberapa YouTube channel, iaitu SyaSha Travel yang memfokuskan Travel Couple, YouTube Channel Uncle Zuan yang uncle selalu mengarut kat situ, dan terbaru uncle buat satu YouTube channel baru khas untuk uncle kongsikan hobi dan pendapat uncle iaitu Hey Korang!

Tercetusnya uncle nak buat YouTube Hey Korang! ni adalah sebab uncle suka kongsikan minat uncle. Jadi uncle ni peminat toys sebenarnya. Tapi tak banyak pun koleksi toys uncle. Ada la sikit.

Uncle tengok banyak YouTuber kat Malaysia ni banyak buat video untuk mekap la, makan la, tapi toys tak banyak. Jadi kesian dekat peminat toys ni sebab tak ada YouTube channel berbahasa Melayu yang diorang boleh tengok.

Jadi uncle buat la Hey Korang! untuk mengisi kekosongan tersebut.

Ini adalah profile picture ataupun avatar uncle untuk YouTube Hey Korang! ni. Ha kalau korang peminat Funko, mesti tau dekat mana boleh dapatkan avatar cute macam ni.

Setakat uncle tulis artikel ini, uncle baru ada 1 video dekat Hey Korang!. Uncle cadang nak buat 1 video unboxing untuk setiap 1 minggu. Hmm durasi video adalah antara 5 ke 10 minit.

Apa yang keunikkan YouTube channel Hey Korang! yang uncle cuba nak sampaikan ini adalah, selain daripada unboxing dan close up video produk, uncle akan cerita serba sedikit mengenai background character yang uncle kongsikan tu. Jadi pada yang tak tau mengenai character tersebut, boleh la tahu serba sedikit info mengenainya.

Ini adalah video pertama uncle unboxing Tyrion Lannister in Battle Armor.

Untuk setakat ini, uncle akan cuba fokuskan untuk unboxing, dan inshaAllah, uncle akan kongsikan juga tips mengenai pembelian Funko Pop!, senarai Funko termahal, dan mungkin akan bawa korang keluar shopping Funko dengan uncle juga.

Baik, harap korang ada kelapangan untuk tonton video dekat Hey Korang! Kalau korang suka, tekan like, dan jangan lupa untuk subscribe.

InshaAllah, ada rezeki, akan buat juga sesi giveaway. Jadi stay tuned!

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge