Hero oleh Rhonda Byrne

Share

Ketika den ke BBW haritu, Hero (The secret) salah satu buku yang den grab dan paling teruja untuk baca. Mana taknya, buku ini adalah salah satu buku tulisan Rhonda Byrne. Siapa Rhonda Byrne? Beliau adalah penulis buku self-help yang popular The Secret (p.s den beli buku ni kat BBW dengan harga Rm10 je). Buku tulisan pertama beliau The Secret, telah terjual lebih 25 juta salinan seluruh dunia dan telah di alih bahasa ke 50 bahasa (tak pasti ada dalam Malay atau tidak).

 

hero the secret hard cover rhonda byrne

Kenapa den teruja baca buku ini sampai dapat habis baca 227 muka surat dalam satu minggu?

Buku ini mengumpulkan kisah 12 individu yang berjaya di dalam bidang yang mereka ceburi. Yups, ada 12 kisah menarik yang setiap satunya boleh dijadikan quotes.

12 individu yang inspirasikan buku ini adalah Michael Acton Smith, Layne Beachley, Peter Burwash, Pete Carroll, John Paul DeJoria, Peter Foyo, Laird Hamilton, Mastin Kipp, Liz Murray, Paul Orfalea, G. M. Rao, dan Anastasia  Soare. Biasa dengar nama mereka?

Tapi jangan ingat yang buku ini cerita pasal kisah suka duka, motivasi dan cara mereka hadapinya mereka sahaja. Ia di sampaikan oleh penulis seperti sebuah peta. Menarik bukan?

Apa yang den maksudkan dengan sebuah peta? Di dalam buku ni terbahagi kepada 4 bahagian iaitu The Dream, The Hero, The Quest dan The Victory. Setiap bahagian pula ada di bahagikan kepada bahagian-bahagian kecil. Setiap bahagian di ceritakan bagai kronologi bagaimana Hero (12 individu berjaya di dalam buku ini) melalui halangan yang menimpa dan jadikan setiap satunya motivasi untuk berjaya.

Jadi bayangkan, anda ada sebuah peta di tangan anda. Peta tu akan guide anda untuk dapat harta karun idaman anda. Dengan bantuan peta ini, den percaya harini pengalaman boleh di beli, tak perlu lagi kita hadapi.

Pada den dekurangan yang ada pada buku ini adalah terlalu banyak kisah yang di ceritakan, jadi kita sebagai pembaca, sukar untuk memberi fokus atau mungin akan terlupa akan latar belakang beberapa kisah Hero yang di ceritakan.

Pada yang suka buku bergenre self-help, motivation, spiritual, ataupun buku yang punya kisah-kisah orang yang berjaya, dapatkan buku ini dalam versi hard cover sebab feeling baca buku dalam versi hard cover.

Zuan

Comments
  1. connazleah
  2. nanadhoi
    • Zuan
  3. deqnoor
  4. sabree hussin
    • Zuan
  5. Alin Marlini
  6. Redha
    • Zuan
  7. ema
  8. Hana
    • Zuan
  9. Ezad Skytech
    • Zuan
  10. puteri kasih
    • Zuan
  11. Ismail N
    • Zuan
  12. Abdur
    • Zuan
  13. Miracle Vitamins
  14. titan
  15. Bahrain
  16. eyriqazz
  17. JAWATAN KOSONG TERBARU
    • Zuan
  18. Hero Borneo
  19. miera
  20. blogger lelaki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Recommended
Baru pertengahan October dah nak wrap? Neeeh saja je kasi...