Harmony Menginap Di De Palma Hotel Kuala Selangor

Share

Uncle suka menginap di penginapan yang berdekatan dengan tarikkan dan penginapan tersebut mestilah mudah diaskses dan ada banyak kemudahan asas yang diperlukan.

Baru-baru ini uncle telah berpeluang untuk menginap di De palma Hotel Kuala Selangor. Sebuah penginapan yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Selangor dan berhampiran dengan Sungai Selangor, untuk ke sini dari Kuala Lumpur hanyalah mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit.

Dikelilingi dengan persekitaran yang menghijau, pengalaman menginap di sini adalah pengalaman yang tak dapat dilupakan.

de-palma-hotel-kuala-selangor

Reception De Palma Hotel Kuala Selangor. Staff di sini sentiasa bersedia untuk menerima ketibaan pengunjung dan sentiasa ringan dengan senyuman.

De Palma Hotel Kuala Selangor mempunyai 48 buah chalet dan 12 buah villa.

Kalau anda nak buat function kat sini pun boleh, terus contact je pihak De Palma Hotel, pelbagai pakej untuk function, tour dan pakej main golf turut disediakan.

de-palma-hotel-kuala-selangor (6)

Bilik yang uncle inap adalah jenis superior, ada 2 katil sesuai untuk 2 orang.

de-palma-hotel-kuala-selangor (4)

Hotel De Palma Kuala Selangor juga menyediakan kemudahan swimming pool kepada pengunjung yang ingin mandi di swimming pool.

Antara tarikkan yang ada berdekatan dengan De Palma Hotel Kuala Selangor adalah;

  1. Lokasi Melihat Kelip-kelip Kampung Kuantan
  2. Nature Park Kuala Selangor
  3. Bukit Malawati
  4. Rumah Api Altingberg
  5. Sky Mirror
  6. Pantai Redang
  7. Ladang Padi Sekinchan
  8. Sri Shakti Temple

Untuk ke tempat tarikkan ini anda boleh pergi dengan kenderaan sendiri, atau boleh dapatkan pakej tour yang turut disediakan De Palma Hotel Kuala Selangor.

de-palma-hotel-kuala-selangor (5)

Landskap De Palma Hotel Kuala Selangor yang pasti menenangkan anda.

De Palma Hotel Kuala Selangor

Alamat: Jalan Tanjung Keramat, 45000, Kuala Selangor, Selangor.

Tel: 03 3289 7070 | Fax: 03 3289 7080

Email: info@depalmahotel.com.




2,330 total views, 5 views today

Share
Comments
  1. Emily
  2. Venny
  3. MeqZa Abdul Rahman
  4. SiennyLovesDrawing
  5. Bella Enveeus
  6. Nadratul Syazwana
  7. Seorang Syed
  8. ira
  9. Rane Chin
  10. RAIHANAH AHMAD
  11. qian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge