Hantar Barang Dari UK ke Malaysia Dengan AmnEx

Share

Uncle selalu usya barangan yang dijual kat online shop di luar negara. Banyak barang-barang yang murah, dan yang tak ada dijual di Malaysia boleh dapat kat sana.

Kualiti barangan yang ada dijual memang tip top la lebih-lebih lagi kalau barang tu dari United Kingdom (UK).

Antara laman web yang selalu uncle usya untuk beli barang dari UK adalah Amazon.co.uk, Asda.com dan Boundary Mill.

Barang-barang yang biasa dijual kat online shop ni memang murah, rare, dan selalu ada diskaun.

Tapi masaalah yang biasanya timbul adalah shipping barang tu balik ke Malaysia la.

Biasanya perkhidmatan penghantaran barang yang ada agak mahal, leceh sikit sebab perlukan alamat kat UK sebelum hantar balik ke Malaysia barang tu, dan kebanyakkan perlu dilakukan secara manual.

Secara manual ni kira anda perlu contact dulu syarikat yang anda nak gunakan perkhidmatan penghantaran barang tu (biasanya melalui email) sebelum book servis tersebut untuk penghantaran.

Jadi banyak prosedur perlu buat, dan ambil masa la kan? End up barang lambat sampai dari yang sepatutnya.



AmnEx Ada Menyediakan Perkhidmatan Penghataran Barang Dari UK ke Malaysia

Mungkin ada yang pernah dengar pasal AmnEx.

Kalau tak tau, syarikat AmnEx ni ada sediakan perkhidmatan penghataran barang. Tapi buat masa sekarang ni perkhidmatan penghantaran yang disediakan hanyalah dari UK ke Malaysia sahaja.

Tapi dengar kata lepas ni anda boleh juga ship barang dari Australia ke Malaysia, dan boleh juga hantar barang dalam Malaysia.

amnex-how-to-book

Carta aliran bagaimana nak booking servis dengan AmnEx

Penghantaran Barang Melalui Udara vs Penghantaran Barang Melalui Laut

Setakat ini untuk penghantaran barang dari UK ke Malaysia, AmnEx ada sediakan 2 jenis pengangkutan untuk pelanggan; iaitu melalui pengangkutan laut (kapal) dan pengangkutan udara (flight).

Kalau nak cepat, ambil la melalui udara yang mana biasanya barang akan sampai ke pintu rumah anda dalam hanya 1 minggu, TAPI kos dia mahal sikit la dari menggunakan pengangkuan laut yang lebih murah, tapi barang sampai ke depan pintu ambil masa sehingga 2 bulan.

Jadi bab nak pilih mana satu jenis pengangkutan yang sesuai tu, ikut la kepada masa dan bajet anda sendiri.

Kalau nak murah tapi sanggup tunggu hingga 2 bulan, ambil la melalui laut, kalau nak cepat tapi tak kesah kos tu mahal sikit, ambil la melalui udara.

Saiz Kotak

Untuk saiz kotak pula, ada 3 jenis iaitu dari kecil, sederhana dan besar.

amnex-box

Harga tu berbeza beza la, boleh rujuk harga tu di sini >>> Air / Sea Freight.

Tapi kalau anda nak pakai kotak sendiri, boleh juga selagi berat kotak tu tak melebihi 30KG.

Beli Barang Dari UK Dan Hantar Barang Balik Ke Malaysia Dengan Lebih Mudah

Mengikut dari kualiti servis yang ditawarkan iaitu ‘door to door’ servis, booking secara mudah iaitu terus melalui online, dan harga yang competitive dengan pesaing yang ada; uncle rasa adalah bagus untuk cuba dan guna terus perkidmatan penghataran barang dari AmnEx ni.

amnex-shipping-item-from-uk-to-malaysia

Untuk maklumat lanjut mengenai servis perkhidmatan yang ditawarkan oleh AmnEx, boleh rujuk di http://amnex.co/, atau boleh terus email di shipukmalaysia@amnex.co.

3,438 total views, 10 views today

Share
Comments
  1. nureen
    • Uncle Zuan
    • wani
  2. zik
  3. nila anggraini
  4. Muhammad Khairuddin Lim
  5. Anuar
  6. mejuez
  7. reezluv
    • Uncle Zuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge