Hampir Menitis Air Mata Tengok Persembahan Muzikal MUD KL

Share

Pernah tengok persembahan musikal MUD KL?

Tahu tak yang pada tahun 1881, banjir besar telah melanda Kuala Lumpur dan telah memusnahkan banyak harta benda termasuk memusnahkan impian penduduk kota terbut?

MUD KL adalah satu persembahan musikal yang anda perlu tonton kalau anda nak tau sejarah #AboutKL.

Dalam masa 1 jam persembahan tersebut, anda akan mengetahui mengenai sejarah kejatuhan dan kebangkitan kota raya Kuala Lumpur. Anda juga akan dapat merasa semangat tidak berputus asa dan semangat perpaduan antara kaum yang pasti akan membuat anda menitiskan air mata.

Uncle belanja teaser MUD KL yang telah uncle upload di YouTube;

MUD: Kisah Kuala Lumpur Tahun 1880

Sinopsis: Persembahan Muzikal MUD KL ini tertumpu pada zaman kegemilangan biji timah yang mana telah membawa ramai pemborong dan pedagang dari seluruh asia ke pertemuan dua buah sungai iaitu Sungai Lumpur (harini dikenali sebagai Sungai Gombak) dan Sungai Kelang.

Di Kuala Lumpur, tempat dimana 3 orang sahabat; Mamat, Meng dan Muthiah yang telah berhijrah dari kampung halaman demi mencari peluang hidup yang lebih baik di kota yang sedang membangun.

Persembahan Dikemaskan Kepada 4 Babak Utama

Susunan kemas persembahan musikal ini dibahagikan kepada 4 babak yang mana ia bermula pada sekitar tahun 1880 dengan pertemuan semula Meng dan Muthiah dengan sahabat lama mereka Mamat yang telah berhijrah ke Kota Raya.

Persembahan lakonan, tarian dan nyanyian mantap dari barisan pelakon Enfiniti Academy membuatkan uncle leka tanpa rasa ingin menyentuh telefon bimbit anda walaupun ia sedang berbunyi.

Uncle yakin anda pasti takkan berkelip mata ketika melihat tarian dan nyanyian lagu tempatan dan juga diselitkan dengan syair Melayu dalam adengan ibu dan anak. Dan babak tarian boria pada adengan kenduri kampung pasti membuatkan anda meremang bulu roma.



Interaksi Pelakon dan Penonton Yang Baik

Keunikkan yang uncle nampak yang dibawa oleh persembahan muzikal ini adalah penonton akan ditarik secara rawak oleh pelakon untuk naik ke atas pentas bagi melakonkan bersama bersama.

Penonton ditarik untuk melakonkan bersama babak bergotong-royong ketika kenduri diadakan, dan bersama dalam babak bekerjasama memadamkan kebakaran yang berlaku.

Para penonton juga dibenarkan untuk mengambil gambar sepanjang persembahan berlangsung.

Persembahan Diadakan di Dalam Bangunan Ikonik Panggung Bandaraya

Persembahan ini diadakan didalam bangunan ikonik Panggung Bandaraya yang telah dibina pada tahun 1902.

Uniknya bangunan ini ialah ia diinspirasi daripada complex Mughal yang mana ia mempunyai muka bangunan melengkung dan kubah tembaga di atas anjung utama.

Didalam panggung pernah menjadi pusat perkembangan seni di Kuala Lumpur yang mana di sini telah pernah dianjurkan banyak persembahan tradisional, kontemporari, termasuk drama, muzikal, tarian dan konsert.

Baik, harga tiket MUD KL boleh didapati dengan hanya RM 84.80 (bukan pemegang MyKad), dan RM 53 (untuk pemegang MyKad).

Anda boleh dapatkan tiket di kaunter Pangung Bandaraya Box Office, atau secara online di www.mudKL.com.

Tayangan hanya setiap hari dan waktu tayangan adalah pada jam 3 petang, dan 8.30 malam sahaja.

Macam mana nak ke Panggung Bandaraya? Ada 2 kaedah untuk ke Pangung Bandaraya jika anda menggunakan kemudahan awam; iaitu melalui LRT (hanya 5 minit berjalan kaki dari stesen Masjid Jamek), Bus Hop-On Hop-Off (Turun di perhentian #17 di dataran Merdeka)

Layari www.mudkl.com atau hubungi di talian 03 2602 3335 untuk maklumat lanjut.

Program #AboutKL adalah sebuah program anjuran Tourism Malaysia Kuala Lumpur dengan kerjasama Gaya Travel Magazine dalam usaha menjadikan Kuala Lumpur pusat tumpuan social media influencer untuk meneroka dan berkongsi keunikkan yang ada di Kuala Lumpur di laman social media dan di laman web rasmi aboutkl.my.

2,269 total views, 7 views today

Share
Comments
  1. Aina
  2. Encik Spider
  3. Muhammad Khairuddin Lim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge