Gula Petite Kini Dibuka Di IOI Putrajaya

Share

Anda pernah makan kek di Gula Cakery di Shah Alam? Kalau pernah, Gula Petite yang kini dibuka di IOI  City Mall Putrajaya adalah kafe kedua dibawah kendalian pemiliknya Nor Arieni Adriena binti Moh Ritzal. Tahniah diucapkan kepada Arieni kerana berjaya membuka cawangan kedua dalam tempoh setahun enam bulan.

gula-petite

Pembukaan Gula Petite di IOI City Mall Putrajaya.

Gula Petite Merupakan Cawangan kepada Gula Cakery

Gula Petite dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU, Dato’ Husni Salleh pada 30 April yang lepas. Menurut Nor Arieni, kafe yang baru dibuka ini berkonsepkan kafe mini yang memberi fokus kepada jualan aneka jenis kek, sandwich minuman panas dan minuman sejuk.

gula petite

Ujar Arieni ketika majlis pembukaan Gula Petite; “Menu kek di Gula Petite sama dengan di Gula Cakery, tapi Gula Cakery juga menyediakan menu makanan panas seperti Nasi Tomato Ayam Merah, Creamy Carbonara, dan Grilled Chicken Chop. Selain itu, Gula Cakery turut menyediakan kelas bakeri kanak-kanak dan dewasa.

Ujarnya lagi; “Kiranya, Gula Petite boleh dianggap sebagai mini Gula Cakery. Di kedua-dua Gula Petite dan Gula Cakery, kami sediakan lebih 13 jenis kek setiap hari. Dan untuk memberikan kepelbagaian pilihan buat pelanggan, kami akan menukar jenis kek setiap minggu.”

gula-petite

Pada hari pelancaran, turut dilancarkan buku nota resepi istimewa yang tampil dengan lima warna di mana ia turut memuatkan resepi signature.

Antara kek yang merupakan signature dan popular dikalangan pelanggan adalah kek Pandan Gula Melaka, kek Double Chocolate Nutella, Pavlova, dan Choux Pastries.

gula-petite-menu

Antara seleksi menu yang uncle cuba pada hari pembukaan tempoh hari. Sedap wo. Orang cakap, ‘memang buat nak bagi orang makan’.

Minat Arieni yang mendalam hasil dari kerajinannya dan minatnya membantu neneknya memasak dan membakar kek. Lama kelamaan selepas semakin mahir dalam pelbagai ilmu masakkan, Areni tampil dengan Gula Bakery yang mana beliau membuat kek berdasarkan tempahan daripada pelanggan. Dari situ la bermulanya sejarah perniagaan Gula.

Tengok dari penceritaan bermulanya perniagaan Gula oleh Arieni membuktikan yang kalau anda ada minat, dan ada skill yang diperlukan, kejar la minat dan impian tu. Boleh berjaya punya.

Untuk maklumat lanjut, layari www.gulacakery.com, atau layari di social media Facebook/gulacakery dan instagram/gulacakery atau untuk tempahan boleh email terus ke hello@gulacakery.com.




1,372 total views, 1 views today

Share
Comments
  1. titan
  2. nikkhazami
  3. reezluv
  4. LeYa
  5. Noriza Abdul Rahman
  6. RAIHANAH AHMAD
  7. Khairul Zamri
  8. Bahrain
  9. Ina Ainaa
  10. Mahamahu
  11. Anuar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge