Sesuatu Yang Tak Pernah Diajar Di Sekolah – Think and Grow Rich

Share

Apa yang diajar di sekolah, tak semua kita guna secara praktikal atau teori di dalam dunia pekerjaan. Kerana di sekolah tidak pernah diajar cara menguruskan kewangan peribadi kita, di sekolah tidak ada di ajar cara membuat duit ataupun cara menjadi ahli perniagaan yang berjaya. Di sekolah, kita diajar untuk dapat A, dan bekerja di bawah orang apabila sudah tamat pengajian.

Buku buku bergene motivasi personal development dan self help, memainkan peranan pentang dalam hal ini. Ia membantu mereka yang ingin mengubah gaya hidup mereka dari segala aspek. Ia menyedarkan dan menolong kita untuk ‘Mengejutkan Naga’ di dalam diri kita. Apa yang dimaksudkan dengan naga di sini adalah, potensi sebenar yang ada di dalam diri kita yang kita sendiri mungkin tak dapat nak kenalpasti.

“So many books, so little time.”

Frank Zappa

Kalau anda perasan, rata-rata buku bergenre motivasi personal development dan self help yang ada di pasaran harini mempunyai idea yang lebih kurang sahaja. Cuma yang mungkin membezakan adalah cara penulis menghuraikan isi-isi mereka supaya lebih mudah ‘dihadam’ pembaca dan dibantu dengan idea baru yang lebih sesuai dengan zaman kini.

Patutkah anda meminjam wang untuk melabur dalam emas?

Tetapi ada satu buku klasik yang merupakan antara buku yang memberi impak di dalam hidup setiap pembaca selain buku terkenal karya Dale CarnegieHow to Win Friends & Influence People. Buku tersebut adalah Think and Grow Rich oleh Napoleon Hill yang di inspirasi oleh seorang businessman yang paling berjaya pada ketika itu, Andrew Carnegie.

 

Think and grow rich original cover

Cover asal buku Think and Grow Rich. Buku ni telah berjaya den ‘curi’ di event Big Bad Wolf Books (yang telah berlangsung pada 6-15 Dec yang lepas di MIECC @ The Mines).

 

“Desire is the starting point of all achievement, not a hope, not a wish, but a keen pulsating desire which transcends everything.”

Napoleon Hill

Tak dinafikan, setiap buku ada keunikkan sendiri. Yang unik adalah cara penulis ‘menghidangkan menu istimewa’ mereka kepada pembaca. Pada den, den lebih suka buku klasik ataupun easy reading seperti ini kerana buku seperti ini ditulis dengan lebih tulus dan setiap point dihuraikan dengan contoh yang lebih mudah difahami pembaca berbanding dengan buku yang terlampau banyak menerangkan definisi bagi memahamkan pembaca.

 

Apa yang menarik sangat tentang buku Think and Grow Rich ni?

  • Sebuah buku hasil kajian Napoleon Hill keatas lebih 500 individu individu yang telah berjaya ketika zaman beliau.
  • Membantu kita untuk mengenalpasti matlamat ataupun sasaran di dalam kehidupan.
  • Memfokuskan ’13 step’ ataupun formula untuk menjadi kaya antaranya dengan keinginan, kepercayaan, kegigihan dan imaginasi.
  • Mengajar dan mengingatkan pembaca untuk menepis pengaruh-pengaruh negative dari mempengaruhi kita untuk berjaya dengan fokus pada matlamat yang lebih besar.
  • Mengenalpasi jenis-jenis ketakutan di dalam diri yang perlu dibuang untuk berjaya di dalam hidup.
  • Buku yang den beli ni juga adalah revised dan versi update untuk abad ke 21 oleh Arthur R. Pell, yang mana menyelitkan juga inspirasi individu yang berjaya pada hari ini seperti Bill Gates, Michael Jordan dan Arnold Schwarzenegger. Contoh-contoh individu ini relevant untuk hari ini kerana setiap individu yang di selitkan kisah inspirasi mereka telah berjaya dalam pelbagai bidang.

 

Secara keseluruhannya, buku ini bukan semata-mata mengajar kita untuk set ubah mentaliti kita supaya berusaha menjadi kaya raya. Ia menginatkan kita untuk ada matlamat dalam hidup, dan berjaya dalam apa sahaja yang kita ceburi tanpa mengendahkan halangan yang di tempuh.

Pada yang masih tercari cari apa buku motivasi personal developement, self-help yang sesuai untuk dibaca semasa atau selepas alam persekolahan, buku ni den rekomen untuk dibaca sampai lebam. Kalau tak lebam, mungkin anda tak ‘rasa isinya’.

Tapi harus di ingatkan, membaca sahaja tak membantu kalau anda tak mulakan langkah dengan Bismillah.. 🙂

Zuan
p.s kalau ada yang ada nak cadangkan buku-buku yang bagus, boleh kongsikan di kotak komen di bawah.

Share
Comments
  1. Hero Borneo
  2. Noriza Rahman
    • Zuan
  3. nord
  4. atiqah wadiah
  5. Zamani Abe
  6. Denaihati
  7. Fadhil
  8. Mohd Shubhi
  9. Hafiszan Kamarudin
  10. hazman aka species1980
  11. anuar
  12. titan
  13. Aku Penghibur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge