Gelandangan KL Terima Bantuan Kelab Rakan Malaysia, Roopawan dan Pantai Timur FC

Share

Dalam kita ada keupayaan untuk membantu mereka yang memerlukan, kita bantulah..

Gelandangan KL Terima Bantuan Kelab Rakan Malaysia, Roopawan dan Pantai Timur FC

Pada 18 Mac yang lepas, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Kelab Rakan Malaysia, Roopawan (www.roopawan.com) dan kelab bola sepak Pantai Timur FC telah bersama-sama menganjurkan Program Bersama Gelandangan di Pusat Transit Gelandangan, Kuala Lumpur.

Program khidmat masyarakat ini menggabungkan penganjur dari pelbagai industri ini turut mendapat sokongan daripada Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia (Muslim Care Malaysia Society), Program Power of Sedekah (NGO), SME PESAT (Persatuan SME Anak-Anak Terengganu Di Selangor dan Wilayah Persekutuan), Shortea Barbershop dan MZ Patin. Kira-kira 200 gelandangan dari sekitar Kuala Lumpur hadir pada hari tersebut.

Antara bantuan yang ditawarkan kepada gelandangan termasuklah pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh pakar perubatan, perkkhidmatan gunting rambut, pengagihan makanan dan pek makanan kering, pengagihan pakaian terpakai dan kemudahan bekalan asas seperti berus gigi, sabun mandi dan lain-lain lagi.

Program ini disertai oleh kira-kira 30 sukarelawan daripada gabungan agensi yang terlibat.

Menurut Dato’ Mohamed Zain Bin Abdul Malek, Presiden Kelab Rakan Malaysia, Program Bersama Gelandangan akan terus diadakan secara berkala setiap 3 bulan sepanjang tahun 2017.

Dan bagi Pengurus Besar Roopawan Marketing Sdn Bhd, Mohd Fuad Mohd Noor, Roopawan sebagai hub produk fesyen dan pasaran global muslim melihat yang pembabitan dalam khidmat sosial masyarakat ini dilihat sebagai cara menabur bakti kepada masyarakat.

Program Bersama Gelandangan Akan Diteruskan Setiap 3 Bulan

Program ini akan diteruskan pada setiap 3 bulan sepanjang tahun ini. Ia adalah selaras dengan hasrat kerajaan Malaysia dalam membendung gejala tidak sihat di kalangan gelandangan menerusi perhatian sewajarnya yang akan diberikan.

Berminat untuk menghulurkan sumbangan?

Anda boleh menghubungi Cik Ezette, Ketua Biro Perhubungan Awam & Acara, Kelab Rakan Malaysia di talian +0179746520 atau emel ezette.kram@gmail.com.




1,424 total views, 7 views today

Share
Comments
  1. aRz MoHa
  2. Wan Syahida
  3. Hero Borneo
    • Uncle Zuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge