Gaya Untuk Berjaya Karya Sulung CuteCarry Dilancarkan

Share

Kesibukkan menghadiri majlis rumah terbuka pada penghujung bulan Syawal bukan penghalang untuk uncle hadirkan diri ke majlis pelancaran buku Gaya untuk Berjaya. Buku sulung yang ditulis oleh pakar perunding imej, Hafiz Mustapha yang juga selesa dengan nama panggilan Cute Carry.

Majlis diadakan pada petang hari Ahad di Pusat Bandar Putra Permai berdekatan dengan pejabat CuteCarry Sdn Bhd.

Masjlis pelancaran buku Gaya Untuk Berjaya.

Siapakah Hafiz Mustapha atau Cute Carry?

  • Seorang pencerama, perunding imej, penulis blog (http://www.cutecarry.com) dan pengasas CuteCarry Sdn Bhd.
  • Beliau merupakan Naib Persiden Federation of Image Professionals International (FIPI) Malaysia Chapter.
  • Kepakaran beliau adalah didalam bidang IMEJ ABC- Appearance, Behavior, Communication and Developement (ABCD), Protokol & Etika, Perkhidmatan Pelanggan, Penjenamaan Perniagaan, Motivasi, 5s, Daya Tarikkan (Law of Attraction), Pengendali Majlis dan pelbagai bidang yang berkaitan.
  • Pernah memberi perkhidmatan dalam bidang penjenamaan, mysteri shopper dan pengurusan pelanggan dan imej kepada Petronas, UMW Corporation, Perodua Malaysia, Andalusia Travel.
  • Pemegang Ijazah Sarjana Muda dlam bidang Perakaunan dan Komunikasi Media di Kolej Ripa London, UK.
  • Dianugerahkan Ahli Mangku Pahang (AMP) oleh Sultan Pahang pada tahun 2007.

Kenapa Anda Perlu Dapatkan Senaskah Buku Gaya Untuk Berjaya

  • Gaya Untuk Berjaya mengabungkan empat elemen imej (ABCD) iaitu Appearance (Penampilan), Behavior (Kelakuan atau Protokol), Communication (Komunikasi), Development (Pembangunan diri).
  • Ditulis berdasarkan pengalaman penulis yang bermula dari bawah untuk mengembangkan kerjaya sebagai penceramah dan perunding imej berjaya.
  • Gaya penulisan yang santai dan straight to the point dibantu dengan gambar yang memudahkan pembaca untuk memahami penyampaian dengan lebih mendalam.
  • Sesuai untuk mereka yang sentiasa ragu-ragu dengan gaya penampilan terutama dari pemakaian dan cara percakapan.
  • Pemilihan warna pakaian mengikut kepada warna kulit, dan banyak lagi

Uncle dah baca beberapa helaian pertama buku ini dan uncle suka dengan cara penyampaian penulis. Uncle harap dapat habiskan baca dalam beberapa hari ini dan akan sentiasa menggunakan buku ini sebagai panduan.

Dengan harga pengenalan cuma RM50, senaskah buku ini mampu mengubah gaya anda menjadi seorang yang berjaya. Dapatkan Gaya Untuk Berjaya di  http://buku.cutecarry.com/.

2,222 total views, 7 views today

Share
Comments
  1. epermohoan
  2. Sani
  3. Noriza Rahman
  4. theboss
  5. raihanah
  6. Anuar
  7. titan
  8. Terrigal Accommodation
  9. Farah Alina
  10. Khir Khalid
  11. Ikhwan
  12. mrhanafi
  13. ira
  14. nikkhazami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge