Gambar Sekitar MAHA 2016
Biasa pergi MAHA kan?
Ekspo MAHA kembali lagi untuk tahun 2016.
MAHA adalah nama singkatan untuk ‘Malaysia Agriculture Horticulture & Agrotourism’ dengan tema tahun ini Our Food Our Future.
Haaaa makanan kita, masa depan kita la kan?
Menekankan betapa pentingnya pengambilan makanan untuk kesihatan yang baik pada masa akan datang.
Uncle mula-mula malas juga nak ke MAHA 2016 ni, tapi sebab ramai sangat dok tweet, pasal #MAHA2016, ramai sangat dok live update pasal MAHA.
Uncle pun mengigihkan diri uncle untuk ke MAHA.
Gambar Sekitar MAHA 2016
MAHA 2016: Pintu masuk 2 MAEPS SERDANG. Uncle tiba seawal jam 9 pagi. Kawasan parking memang banyak. Uncle nasihatkan datang awal dan park la dekat kawasan yang senang nak keluar untuk mengelakkan jem.
MAHA2016: NAFAS (National Farmers Organization) Cube tarikkan terbaru di #MAHA2016. Ada 7 container homes, 10 culvert rooms & 10 tents.
MAHA 2016: Jangan lupa singgah Laman PADI. Macam-macam info pasal Padi boleh belajar kat sini. Ada props amek gambar cun juga. 😉
MAHA 2016: Hasi seni yang boleh dibuat dari beras. Our Food Our Future. Makanan kita masa depan kita.
MAHA2016: Jus Bob Nanas. Sodap wei!!!
MAHA 2016: Jalan di sekitar kawasan jentera berat, terjumpa pulak Autobots dari Transformers. Datang nak jaga keamanan katanya.
MAHA2016: Perkenalkan, lembu Sado. Dimaklumkan yang lembu sado ni memang spesis dia sado, bukan kena inject atau sebagainya.
MAHA2016. Kawasan MAEPS ni memang besar. Tapi jangan risau, papan tanda juga besar kalau anda sesat.
Ada baik juga MAHA berlangsung dari tarikh 1 Disember hingga 11 Disember 2016. Sebab kalau sekejap sahaja, pasti tak sempat nak datang 2-3 kali untuk habiskan pusing semua tempat di MAHA.
Harap tahun depan punya MAHA 2017 lebih meriah dari tahun MAHA2016.
Apa pun, tahniah kepada semua yang terlibat dengan MAHA. 😉
6,198 total views, 1 views today
Gambar yang bawah gambar beras dalam tu, diorang tengah buat bedak sejuk kan. Rindunyaaaa nak buat bedak sejuk.
Sue recently posted…Makan Vitamin Boleh Rosakkan Buah Pinggang. Ye ke?
Otomen tak sempat nak ke MAHA2016 untuk kali ni. In shaa Allah akan dating Otomen cuba curi masa untuk singgah…hehe..
ZoL aka Otomen Taro recently posted…Menang Sebuah Kereta dengan Tonton Movie di TGV Cinema
paling suka nenas dan asikrim tu. bestnya kalau dpt pi hari tu
raihanah recently posted…Cara Jaga Kesihatan Ibu Hamil Dengan GDM
Untunglah pergi MAHA 😛
best gila pergi sini, macam2 ada kan
kan, memang best giler. tak sabar nak tunggu tahun depan punya MAHA 2017
Uncle Zuan recently posted…Majlis Pelancaran Produk Mewangi Berlangsung Dengan Jayanya
pehh..rajin betul korang pi maha eh..
titan recently posted…Hate to lose.
haha setahun sekali je bro. harus la rajin ke MAHA 😀
Uncle Zuan recently posted…Majlis Pelancaran Produk Mewangi Berlangsung Dengan Jayanya
hari tu pergi cari parking tak jump2x last pergi ioi city mall. hahahah
Mesti datang lewat hari tue kan?
hahaha sah sampai lewat
Teringin nak pegi..tapi ramai yang cakap ramai orang and packed sangat..so terkubur la impian.. HAHAHAHAHA.. :p
Jangan turun pada hujung minggu
Rajinnya uncle Zuan.. pergi MAHA 2016..
Saya teringin juga nak pergi.. tapi memikirkan anak2 kecil ni susah nak jaga dkt tempat org ramai macam tu… terus tak jadi pergi..
anuar recently posted…5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
ala ruginya kalau tak pergi. Setahun sekali je bro. JOm ke MAHA 2016. harini dengan esok last day 😀
Uncle Zuan recently posted…Aktiviti Yang Anda Boleh Buat Selama 2 Hari 1 Malam Di Nusajaya