Funko Pop Icons Ke-2, Jollibee in Philippines Barong

Yes! Akhirnya dapat juga Funko Pop icons yang uncle cari selama ini, iaitu Jollibee. Tapi Jollibee yang uncle dapat ni bukan common punya, uncle dapat exclusive keluaran untuk hari kemerdekaan Filipina tahun 2019 (2019 Philippines Independence Day Exclusive).

Lagi special apabila Jollibee itu sendiri memakai baju rasmi Filipina iaitu Barong. Menjadikan Jollibee sebagai koleksi ke-2 uncle untuk siri Pop Icons. Uncle nak kumpul Pop Icons ikut daripada negara, dan yup Filipina menjadi negara ke-2 uncle selepas Singapura.

Ketika uncle tulis artikel ini, Jollibee exclusive ini boleh dapat pada harga USD55 pada 2nd market, dan uncle rasa kalau korang ke Filipina, korang mungkin masih boleh beli Jollibee ni pada harga retail.

Rezeki uncle bila dapat beli Jollibee ni pada harga bawah harga PPG (Pop Price Guide). Susah juga nak cari. Alhamdulillah jumpa kat Carousell. Kalau korang nak cari Funko Pop, uncle cadangkan cari kat Carousell. Banyak juga collector yang let go Pops mereka pada harga yang bawah PPG. Selain itu korang boleh juga usya tempat-tempat beli funko di sini.

Pada yang tak tahu, Jollibee ni fast food chain popular dari Filipina. Ada banyak cawangan seluruh dunia dan kat Malaysia, Jollibee baru masuk Kota Kinabalu Sabah pada tahun lepas. Bila nak sampai KL tu uncle tak tahu lagi la. Makanan Jollibee lebih fokus kepada ayam goreng dan spagetti.

Persoalan uncle sekarang, adakah Chicken Rice Shop Malaysia akan keluarkan Funko Pop mereka sendiri? Atau mungkin Air Asia mengeluarkan Funko Pop mereka dengan pramugari mereka sebagai model? Banyak kita boleh buat, cuma nak buat ke tak nak buat je.

209 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge