Funko Keluarkan Pop! Around The World Untuk Kaki Travel

Untuk kaki travel macam uncle, sangat gembira bila Funko pada tahun lepas telah membuat pengemuman untuk line baru mereka iaitu Pop! Around The World. Ia adalah line atau siri yang fokus kepada negara.

Apa yang menariknya Around the World ini adalah ia akan menggunakan haiwan sebagai icon ataupun vinyl pop untuk mewakili setiap negara, dan haiwan tersebut akan mengenakan dress atau topi atau akan memegang sesuaiu yang relevant dengan negara tersebut.

Barkingham – Bulldog dari UK

Pops yang pertama dikeluarkan untuk siri Around the World ini adalah Barkingham. Kalau korang tengok gambar IG di atas, Barkingham tu yang #01. Barkingham ini adalah sejenis bulldog. Bulldog agak popular di UK. Jadi funko menggunakan bulldog sebagai haiwan untuk mewakili negara tersebut. Barkingham mengenakan baju rasmi guard diraja. Dan kalau korang perasan Barkingham ada memegang secawan air teh. Air teh merupakan antara air kegemaran orang UK.

Setakat artikel ini ditulis, Funko telah mengeluarkan 5 pops Around the World. Negara pertama yang dikeluarkan adalah UK, diikuti Brazil, Ireland, Australia dan Mexico. Lepas ini Funko akan keluarkan India pula. Tak sabar nak pre-order dekat Collectors Hunt.

Pada yang subs YouTube uncle iaitu “Hey Korang” korang pasti ada yang dah tengok video uncle buat review pops. Mungkin ada yang dah pernah juga tengok video uncle review pops Barkingham.

Kalau yang belum, boleh usya video dibawah;

Dah lama juga uncle tak keluar hunt pops. Sejak zaman codiv-19 ni, makin takut nak keluar hunt pops. Uncle order online je. Takut wei. Order online la selamat sikit.

Tapi yang terbaru ni, uncle mengigihkan diri untuk ke Amcorp Mall untuk collect lagi 4 pops Around the World yang uncle dah order tempoh hari. Jadi ini adalah video terbaru dari uncle;

 1,560 total views,  5 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge