Funko Collectors Malaysia

Siapa tak tahu Funko Pop! Come on? Takkan tak pernah dengar kot? Funko Pop sangat terkenal dengan figure vinyl mereka yang ada macam-macam figure seperti Iron Man, Thor, Captain America, Batman, Superman, Freddy Funko, Pokemon, Star Wars, dan banyak lagi la.

Uncle pun salah satu peminat funko dan dengan bangganya merupakan seorang Funko Collectors Malaysia.

Siapa yang follow uncle, mesti tahu yang uncle ada buat channel YouTube baru iaitu Hey Korang!

YouTube ni khusus untuk peminat Funko terutamanya di Malaysia. Kenapa malaysia sahaja? Sebab uncle pun dalam video tu cakap Malay, so target pun Malaysia sahaja.

Dalam YouTube Hey Korang, uncle akan share unboxing Funko pop yang uncle ada, uncle akan share kat mana uncle hunt Funko, tips tips Funko dan banyak lagi.

InshaAllah, satu minggu, akan uncle usahakan untuk buat video Funko.

Uncle adalah peminat siri TV HBO Game of Thrones, jadi sebenarnya Funko yang uncle kumpul adalah line GOT sahaja. Jadi minta maaf, mungkin uncle takkan unboxing Funko lain selain GOT.

Tapi sepanjang untuk video-video uncle upload di YouTube Hey Korang nanti, uncle akan certiakan dan kongsikan juga Funko lain yang ada. Uncle juga akan share tips macam mana nak elakkan dari beli Pops tak ori, macam mana nak deal Pops di 2nd market, dan banyak lagi

Banyak idea untuk video Funko Pop! di kepala uncle sekarang ni. Tapi slow slow la orang kata.

Korang minat Funko? Tinggal di ruangan komen. Jangan lupa untuk subs YouTube Channel Hey Korang! okay.

51 total views, 3 views today

Comments
  1. Perunding Takaful Ikhlas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge