Film Ant-Man (2015) Penutup Fasa ke-2 MCU

Share

Bila masuk hari raya, orang kita memang akan suka untuk makan. Dan bila dah makan tu, berat badan pun naik la hehe. Solusi? Kena la turunkan berat badan. Waktu tu la baru sibuk nak dapatkan plan diet, nak dapatkan teknik workout kardio dan sebagainya.

Follower filem terbitan Marvel Studios sejak film Iron Man (2008) sehingga Avengers: Age of Ultron (2015), dah pasti takkan terlepas untuk menonton filem penutup untuk fasa ke-2 dalam Marvel Cinematic Universe (MCU), Ant-Man. Uncle baru je tengok, korang?

Pada yang buat research atau selalu baca forum/blog atau fanboy macam uncle, pasti tau yang Marvel Studios ada sediakan 3 fasa dalam MCU.

marvel cinematic universe phase 1

Fasa 1 MCU telah bermula pada tahun 2008 dan melabuhkan tirai pada 2012. Dalam fasa 1 ada film; Iron Man, The Incredible Hulk, Iron Man 2, Thor, Captain America: The First Avenger, dan Marvel’s The Avengers.

marvel cinematic universe phase 2

Fasa 2 MCU bermula tahun berikutnya selepas penutup fasa 1 iaitu 2013. Antara film yang ada dalam fasa 2 adalah; Iron Man 3, Thor: The Dark World, Captain America: The Winter Soldier, Guardians of the Galaxy, Avengers: Age of Ultron dan Ant-Man.

Ant-Man adalah penutup untuk fasa 2, dan pemacu untuk fasa ke 3 yang akan bermula pada tahun depan dengan filem Captain America: Civil War. Pada yang belum tengok Ant-Man, pastikan korang jangan ke mana-mana pas abis movie tu, sebab ada 2 post credit.

Siapa Ant-Man?

Ramai kawan uncle tak kenal Ant-Man. Malah rasa macam tak berbaloi untuk tengok. Uncle meyakinkan diorang dengan 2 point je. Satu melalui trailer yang memang lawak giler dan point ke 2 adalah sebab Ant-Man adalah antara original founding member The Avengers (ikut original storyline).

Ant-Man adalah superhero yang di cipta Stan Lee. Hank Pym adalah saintis di sebalik hero Ant-Man telah mencipta bahan kimia yang membolehkan beliau mengecilkan saiz badan. Dengan bantuan helmet istimewa ciptaanya, membolehkan Hank untuk berkomunikasi dan mengawal semut. Dengan bantuan The Wasp, Ant-Man bersama dengan Iron Man, Hulk dan Thor mencipta Avengers.

Antara kekuatan Ant-Man adalah size-shifting iaitu boleh mengecil sekecil-kecil mikroskopik kepada sebesar-besar 100 kaki. Walaupun bersaiz kecil, Ant-Man mempunyai agiliti dan kekuatan luar biasa.

Review Film Ant-Man

poster ant-man 2015

Uncle tengok cerita ni pada hari raya ke-2. Film ini adalah pengenalan Ant-Man kepada MCU, dan follower film Marvel Studio. Film ini lebih kepada untuk ceritakan bagaimana Hank Pym menurunkan Ant-Man kepada Scott Lang dalam usaha untuk mengekang perantis beliau Darren Cross a.k.a Yellowjacket daripada membuat huru hara.

Kalau korang yang dah tengok film Guardian of the Galaxy rasa filem tu fun to watch, film ni much more fun beb. Banyak humor baru yang ada. Kira tak recycle humor la dalam film ni.

Storyline pun tak bosan, penuh dengan idea dan pengalaman baru dalam dunia kecil. Satu pengenalan yang baik untuk Ant-Man kepada peminat baru.

Sebab uncle fanboy Marvel, Uncle bagi rating 8.5/10 untuk filem Ant-Man. 😉

Apa Yang Menanti Di MCU Fasa 3

Pada yang dah tengok Ant-Man, pasti ternanti nanti dengan filem Captain America: Civil War yang bakal keluar bulan May tahun 2016. Civil War akan membariskan geng Avengers yang sedia ada (dengar rumors Hulk tak ada dalam filem ini), dan akan memperkenalkan Black Panther dan Spider-Man (masih belum ada kepastian pasal ni)! Yahooooo!!!!

Untuk fasa ke 3, Marvel Studio yang diketuai Kevin Feige telah mengumumkan 10 tajuk film untuk fasa 3 yang dikatakan adalah fasa terakhir untuk MCU.

Antara filem yang di jadualkan akan keluar sehingga 2019 adalah; Captain America: Civil War, Doctor Strange, Guardians of the Galaxy Vol. 2, Spider-Man, Thor: Ragnarok, Avengers: Infinity War – Part 1, Black Panther, Captain Marvel, Avengers: Infinity War – Part 2, dan Inhumans.

Pada fanboy komik dari Amerika, pengemuman fasa 3 MCU adalah berita yang menarik. Dan lagi menarik sekarang ni DC Comics pun sudah mula join dalam ‘peperangan’ filem superhero dengan Marvel. Upcoming movie dari DC adalah Batman v Superman : Dawn of Justice. Pasti ramai fanboy batman tak sabar nak tengok Batman (Bat-Flack) dalam Bat-Suit 😀

 

Nota Kaki: Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca Blog Uncle Zuan, kalau ada terkasar bahasa di sini dan ada terguris hati korang semua sepanjang penulisan uncle, kosong-kosong ya? Raya jemput datang rumah 😀

Share
Comments
  1. Belang Tarung
  2. Amanina
  3. Jia Rizaira
  4. Noriza Rahman
  5. nadia johari
  6. mawardiyunus
  7. Sani
  8. Anuar
  9. MamaBard
  10. Syazana Zainuddin
    • Uncle Zuan
  11. zool
  12. Hero Borneo
  13. Khir Khalid
  14. mrhanafi
  15. Ezad Skytech
  16. adarain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge