Fiesta RapidRail Di Stesen LRT Ara Damansara

Share

Siapa yang gemar menaiki perkhidmatan awam terutamanya LRT pasti perasan iklan Fiesta RapidRail di Stesen LRT Ara Damansara yang sedang berlangsung sepanjang bulan April ini dengan kerjasama portal membeli-belah atas talian, Roopawan. Uncle ada perasan tempoh hari kat Stesen Salak Selatan iklan ni.



Dianjurkan Setiap Hari Sabtu Dan Ahad Sepanjang April

Fiesta RapidRail hanya akan dianjurkan pada setiap hari Sabtu dan Ahad sepanjang bulan April dari 10 pagi sehingga 10 malam . Ia akan melibatkan penyertaan lebih 60 vendor trak makanan serta gerai selebriti tempatan dengan dimeriahkan oleh pelbagai persembahan hiburan. Antara selebrity tempatan yang melibatkan diri adalah Sakura Band, 6ixth Sense, Alvin Chong, Anis Al Idrus, Bunkface, Wak Doyok, Fiza Sabjahan (Personaliti TV), Hazreena (Personaliti TV), Bob Ringgo dan Tonton. Banyak kan? Sure meriah punya sepanjang hari Sabtu Ahad di Stesen LRT Ara Damansara.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid KL Dato Ir Zohari

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, Dato’ Ir Zohari Sulaiman memberi ucapan ketika majlis perasmian Fiesta RapidRail di Stesen LRT Ara Damansara pada 13 April yang lepas.

Menurut Dato’ Ir Zohari Sulaiman ketika majlis perasmian Fiesta RapidRail; “Fiesta Makanan RapidRail yang dianjurkan di Stesen LRT Ara Damansara ini adalah satu inisiatif Rapid Rail untuk mempromosi dan menceriakan stesen-stesen LRT supaya ianya menjadi tempat tarikan dan hentian setempat untuk orang ramai berinteraksi dan juga melaksanakan aktiviti kemersial.

Usaha ini diharapkan dapat menarik lebih ramai orang awam menggunakan perkhidmatan LRT, yang disediakan oleh kerajaan untuk kemudahan rakyat. Inisiatif ini juga diharapkan akan  meningkatkan bilangan penumpang sekali gus menjana pendapatan positif kepada Rapid Rail. Kami berharap acara ini akan mendapat sambutan yang memberangsangkan,”.

Fiesta-RapidRail-2017

Antara vendor yang mengambil bahagian Fiesta RapidRail 2017.

Menurut Shahrul Effendy yang merupakan jurucakap 6ixth Sense & Sakura Band, mereka berbangga diberi kepercayaan sepenuhnya oleh pihak Rapid Rail dalam mengelolakan acara RapidRaid Fiesta sepanjang bulan April ini. Ujarnya lagi yang penyertaan mereka selaku syarikat pengurusan acara membuktikan mereka tidak mahu terus berada di dalam zon selesa dunia hiburan sahaja yang mana pada mereka ini adalah batu loncatan untuk berkecimpung dalam bisnes korporat serta membina jenama kumpulan mereka.

Persembahan 6ixth Sense

Persembahan 6ixth Sense pada majlis pelancaran RapidRail Fiesta.

Follow latest update mengenai Fiesta RapidRail 2017 di laman media sosial Facebook @rapidrailfiesta atau Instagram @rapidrailfiesta (#rapidrailfiesta), dan juga ke laman rasmi Rapid KL di www.myrapid.com.my dan ikuti laman media sosial Facebook @myrapid atau Instagram @myrapidkl. Juga, ketahui perkembangan status perjalanan terkini menerusi laman Twitter @myrapidkl.

Follow rapat juga 6ixth Sense di Instagram @6ixthSenseOfficial & Sakura Band di Instagram @sakurabandmy. Dua-dua ni one of most talented band yang ada kat Malaysia yang uncle suka dari dulu hingga sekarang.

Untuk menikmati pengalaman membeli-belah mudah dan ringkas di Roopawan, layari laman portal www.roopawan.com hari ini. Ikuti perkembangan terkini produk baharu menerusi laman media sosial Facebook @roopawan atau Instagram @roopawan.




752 total views, 3 views today

Share
Comments
  1. Haidar
  2. Mohd Aswad
  3. Aqalili Azizan
  4. olaoli
  5. Anuar
  6. RAIHANAH AHMAD
  7. qian
  8. Emily
  9. Krizzia Navarroza
  10. Bella Leong
  11. Rane Chin
  12. Otomen Taro
  13. Suria Amanda
  14. mrhanafi
  15. JobThru
  16. ciklilyputih
  17. Noriza Abdul Rahman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge