Fiesta Magica Carnival Di IJM Land Yang Mempesonakan

Share

IJM Land ni memang rajin buat karnival untuk mereka yang tinggal dalam property yang di developed oleh IJM Land dan kepada pengunjung bandar Seremban 2.

Tahun lepas uncle ada datang ke karnival IJM ni, waktu tu mereka open house. Tahun sebelum tu pun sama gak, Faizul Ridzuan, property investor pun ada waktu tu. Memang meriah la.

Tahun ni dengan tema magical, IJM Land telah berjaya menarik lebih ramai pengunjung yang mana karnival Fiesta Magica telah diadakan sepanjang 1 hari dari pagi hingga malam pada 13 November yang lepas.

Fiesta Magica Carnival Di IJM Land

pic-2

Pengunjung yang datang ke IJM Land’s Fiesta Magica Carnival sedang menikmati pelbagai aktiviti yang terdapat di karnival ini.

Untuk karnival tahun ini, pengunjung yang datang ke karnival ini dapat merasai pelbagai jenis aktiviti yang telah disediakan oleh IJM Land.

Menurut IJM Land’s Senior General Manager, Mr Hoo Kim See, adalah sesuatu yang bermakna kepada pihak IJM Land dengan penganjuran aktiviti kekeluargaan dengan penduduk Seremban 2 yang sentiasa menyokong aktiviti yang dianjurkan pihak IJM Land sekaligus menarik bakal pembeli rumah di Seremban 2.

pic-3

Kumpulan cosplayers juga tak lepaskan untuk ambil bahagian dalam ‘”‘Gathering of Cosplayers for Cosplay Costume Competition” yang turut diadakan dalam Magica Karnival Fiesta IJM Land

Untuk tahun ini, Pihak IJM land juga telah mengumpulakan peminat cosplay dalam “Gathering of Cosplayers for Cosplay Costume Competition”.

Dilihat ia satu kempen yang berjaya kerana telah berjaya mengumpulkan begitu rama cosplayer dari animasi poppular seperti Frozen, One Piece, Maleficent, Naruto dan Banyak lagi. Awesome kan?

pic-1

Salah seorang pengunjung ke Magica Karnival Fiesta IJM Land sedang menderma darahnya untuk kempen derma darah yang dianjurkan oleh Young Malaysians Movement (YMMNS), Persatuan Belia Xiang Lian dan Persatuan Kwang Tung N.S., dengan IJM Land sebagai menjadi penaja utama untuk karnival ini.

pic-5

Christine Wong (tiga dari kiri), Pengurus Kanan – Jualan dan Pemasaran IJM Land bersama-sama dengan cosplayers yang mengambil bahagian dalam “Gathering of Cosplayers for Cosplay Costume Competition” yang diadakan semasa Magica Karnival Fiesta IJM Land.

Kalau anda pernah masuk la kan area Seremban 2, dan pernah tengok property yang IJM Land ada buat, pasti rasa tertarik nak beli rumah dan sattledown kat Seremban 2.

Dengan pembangunan terancang, dekat dengan highway, dan kemudahan asas, pada uncle menetap di Seremban 2 lebih baik dari menetap di Kuala Lumpur.

pic-4

“Tunnel of LOVE” dibina khas oleh oleh IJM Land di pusat jualan mereka dalam usaha menaikkan feeling fairy tail kepada pengunjung yang hadir.

Diharap pihak IJM Land terus menerus mengadakan karnival seperti ini pada masa-masa mendatang.

Dan diharap juga, uncle dapat la harga diskaun kalau beli rumah kat IJM Land.



1,965 total views, 2 views today

Share
Comments
  1. Ira
  2. nadia johari
  3. Jari manis
  4. Kisahsidairy
  5. Ahmad Fauzi Aryaan
  6. zik
  7. anuar
  8. jual minyak zaitun asli
  9. siti hazreen
  10. Chaycya Simanjuntak
  11. raihanah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge