Feeling Duduk Kat Kampung Di Chalet Riverside Janda Baik

Hmm lebih kurang satu bulan juga la uncle dah tinggalkan tempat kerja yang uncle dah bekerja selama tiga tahun. Yups! Gigih bertahan sebagai seorang telemarketer bank untuk selama 3 tahun. Pencapaian yang boleh dibanggakan beb! Bukan senang nak buat sales melalui call. Tanya la siapa yang pernah masuk bidang telemarketing, pasti tau kesusahan jadi telemarketer.

Task terakhir uncle sebelum meninggalkan tempat kerja adalah dengan menganjurkan satu weekend escape dengan harapan ia beri memori beharga kepada rakan sekerja.

Sebenarnya, uncle memang malas sebenarnya bab nak organize trip ni. Sebab tu kalau travel, uncle either travel solo, atau ikut orang atau ikut je FAM trip. Memang tak la nak bawak-bawak orang ni pi travel.

Bincang punya bincang kami pun ambil keputusan untuk weekend escape kat Janda Baik, Pahang. #DekatJe dengan KL. Ada la dalam 30 minit drive dari sentral of KL.

Bila dah decide lokasi, kena la decide kat mana nak stay, berapa bajet boleh keluarkan, apa aktiviti nak buat, timing semua.

Piece of cake je la pada uncle bab ni.

Jadi uncle dan beberapa orang college pun pergi la Janda Baik untuk cari lokasi penginapan yang lokasinya dekat dengan sungai, tak mahal, dan boleh buat BBQ sekali.

Cari punya cari; banyak yang mahal, dan tak ada kekosongan pada tarikh yang kami nak pergi.

Dalam perjalanan balik dengan perasaan kecewa, disebelah kiri jalan kami terpandang sign Riverside Janda Baik.

Dari tepi memang nampak menarik. Masing-masing macam berminat nak berhenti tanya.

Tanya punya tanya harga semua, kemudian tengok kawasan sekitar dan tengok bilik yang available, terus kami booking.

Jom uncle share gambar dan facilities yang ada kat Riverside Janda Baik ni;

riverside-janda-baik-pahang-1

Kami sewa 2 chalet. Satu Seroja, satu lagi Kenanga (gambar kat atas ni gambar chalet Kenanga).
Seroja perempuan yang duduk. Rental RM130 je per night. (tiada gambar diambil)
Kami lelaki ambil Kenanga, satu malam RM210 je.

riverside-janda-baik-pahang-7

Yang bagusnya, bilik air ada disediakan di dalam, bukan di luar macam biasa rumah-rumah kampung ada sediakan

Info: Riverside Janda Baik telah dibangunkan pada tahun 2008, adalah berkeluasan 3 ekar tanah yang bukan sahaja menyediakan kemudahan penginapan, turut menyediakan tempat untuk camping dan beriadah untuk keluarga.

riverside-janda-baik-pahang-8

Kenanga yang kami duduk boleh memuatkan sehingga 9 orang.
Siap ada bagi lagi extra tilam dan bantal dan ada juga bilik kecil yang boleh memuatkan 2 orang.

riverside-janda-baik-pahang-10

Siap ada ruang beranda di depan rumah lagi untuk santai-santai

riverside-janda-baik-pahang-3

Antara faktor utama Riverside Janda Baik jadi pilihan adalah kerana ia berdekatan dengan sungai.
Senang nak pi mandi sungai 😀

riverside-janda-baik-pahang-6

Kalau anda stay di sini, set nak bakar BBQ pun ada disediakan.

Beberapa info tambahan mengenai fasiliti yang disediakan oleh Riverside Janda Baik:

  • Ada disediakan padang rumput yang besar yang boleh memuatkan sehingga 200 orang. Sesuai la kalau nak buat aktiviti family day.
  • Pihak Riverside Janda Baik juga menyediakan ruangan untuk parking kereta yang luas. Jadi tak perlu risau kalau tak ada parking.
  • Untuk keselesaan pengunjung yang beragama Islam, turut disediakan sebuah surau.
  • Jika anda nak buat meeting, atau makan besar, atau perlukan dewan terbuka, turut disediakan pihak Riverside.
  • Pengunjung juga boleh menyewa pelampung, tikar dan alat pembakar BBQ pada kadar sewaan yang murah.

riverside-janda-baik-pahang-5

riverside-janda-baik-pahang-2

riverside-janda-baik-pahang-4

Riverside Janda Baik

Alamat: Lot 5506, Jalan Sum-Sum Hilir, Kampung Janda Baik, 28750, Bentong, Pahang.
Contact: Hussin Bin Yusoff / Nor Zaiti Nordin – 019 948 3100
Email: makerting@riverside.com.my
Website: www.riverside.com.my

1,388 total views, 11 views today

Comments
  1. Hawa Hassan
  2. zara
  3. sabree hussin
  4. Farid Laham
  5. nurul fatin adiana
  6. aswaleyla

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge